10 July 2015

Dirogol Bergilir-gilir Dan Dicampak Ke Parit

Foto Ihsan : Freemalaysiatoday

Polis sedang menyiasat kes seorang gadis yang dipercayai dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibuang ke dalam parit. 

Gadis berusia lingkungan 20-an itu ditemui terbaring di dalam parit berhampiran sebuah restoran makanan laut di Jalan Bundusan, dekat Penampang. Ketika ditemui, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri dan seluruh anggota badannya mengalami lebam-lebam dipercayai akibat dipukul. 

Timbalan Ketua Polis Penampang, DSP Rosley Honden berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Penampang bagi mendapatkan rawatan. “Gadis itu kini sedang mendapatkan rawatan sebelum kita boleh mengambil keterangan daripadanya,” katanya. 

Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat. 


Cik Azura: Teruknya perangai manusia ni, dahlah rogol orang, dikasi malu lagi buang dalam parit, sial la punya manusia.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More