02 May 2013

Cara Mudah Untuk Reprint Slip Rebat RM200.00 Telefon Pintar Belia 1Malaysia

Hai semua, lama kita tak sembang kan? Biasalah, kalau harapkan BERUKBAND, confirm susah nak online tanpa rasa mengamuk, hahaha! Nasib baiklah dah pasang Streamyx di rumah. Senang sikit hati ni, online pun puas hati, line laju macam air yng mengalir, cewah promote habis.

Okay, siapa pernah dengar pasal skim rebat RM200.00 telefon pintar belia 1Malaysia? Kamu dah apply? Zura dah cuba apply, dan syukurlah sebab berjaya juga dapat rebat ni. Ingat nak beli Sony  Xperia Tipo. Tak payahlah beli yang mahal-mahal. Asal ada canggih sikit-sikit cukuplah.

Ada dua cara untuk apply.

1. Apply secara online di https://komunikasibelia.skmm.gov.my.

Tapi kalau apply secara online banyak betul data kena isi. Especially kalau apply sebagai pekerja, dia minta pula no. KWSP. Susahlah. Lepas tu kena print slip and bawa sekali salinan kad pengenalan ke kedai-kedai yang boleh tebus rebat ni.

2. Apply melalui kedai-kedai telefon yang ada menyediakan kemudahan memohon rebat RM200.00 di kedai mereka. Yang ni senang sikit. Cuma perlu bawa salinan kad pngenalan. Yang selebihnya mereka akan uruskan.


Ada juga kawan-kawan yang daftar secara online lupa print slip rebat selepas daftar. Nah, masalah besar ni, kalau dah daftar secara online, memang tak dapatlah tebus kalau tak ada slip tu. Dorang cakap akan email, tapi tiada pun. Pelik bin ajaib.

Jangan risau, just ikut steps dibawah ni:-

1. Copy url dibawah ni dan pastekan ke bahagian address url kamu.

https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/Success?ic=850109******

2. Tukarkan tulisan yaang dihighlightkan dengan warna kuning itu dengan nombor kad pengenalan kamu.

3. Tekan ENTER.

Siap! Dapat tak? Hehehe, selamat mencuba.


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More