13 January 2013

[PELIK] Nak Tak Zura Belikan Kek Macam Ini?

Alahai, nasib baik birthday saya dah lepas. Kamu pula macam mana? Apa? Birthday dah dekat? Bah, apa kata pilihlah design pelik untuk tema tahun ni. :D

Kalau kamu seorang tukang jahit, nah apa kata pilih design yang ini.

Courtesy of: 13above

Kalau kamu seorang pelakon atau artis yang banyak terima anugerah, apa kata cuba design dibawah  ini. Jangan malu-malu.

Courtesy of: 13above

Nah, kalau kamu ni tukang kasino atau raja judi, trylah design kek ini. Teruskan. Jangan malu.

Courtesy of: Davesfotoworld

Kalau kamu ni gila beli gadjet atau suka laptop canggih manggih ni. Saya syorkan design kek yang ini. Terbaik dari ladang!

Courtesy of: Davesfotoworld

Wahahaha, tapi kek ini juga paling manang! Tadaaa!

Courtesy of: feedmeblog
Yikes! Sumpah tak mahu saya makan!


Ambil Gambar Kahwin Selepas 88 Tahun

Alahai comelnya pasangan tua ni, biarpun kedua-dua mereka mengalami sedikit kesusahan untuk berdiri tegak dan mengimbangkan badan mereka, kedua-dua mereka masih tersenyum manis ke arah kamera. 

Conghan Wu yang berusia 101 tahun dan Songshi Wu, berusia 103 tahun, berpeluang mengambil semua gambar kahwin mereka atas bantuan photographer amatur yang sedang mengumpul gambar kahwin pasangan tua dalam pakaian pengantin.

Ajaibnya, mereka berdua telah hidup bersama selama 88 tahun. Mungkin inilah maksudnya, setia ke hujung nyawa, hanya ajal yang mampu pisahkan mereka.

Sumber: Weirdasianews





Buaya Jadi Bodyguard Dadah Dalam Rumah



Anggota-anggota pihak berkuasa di California Utara telah membuat penemuan yang mengejutkan dalam serbuan dadah di bilik sebuah rumah di Lembah Castro di sini pada Selasa lalu.

Mereka menemui seekor buaya sepanjang 1.53 meter yang mengawal 15.4 kilogram ganja yang bernilai AS$100,000 (RM302,000). Buaya spesies Caiman itu diletakkan di dalam sebuah tangki untuk menjaga ganja tersebut. Haiwan itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan berpaya di Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

Pemilik reptilia itu, Assif Mayar telah ditangkap pada Selasa lalu dan dituduh memproses ganja untuk dijual. Mayar, 32, tidak membuat pengakuan semasa perbicaraannya berlangsung di Mahkamah Tinggi Alameda. Dia kini ditahan dengan ikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM60,400).

Buaya itu kemudian dilepaskan ke sebuah zoo dan Mayar akan dibicarakan semula pada 15 Januari ini. 

Sumber: Kosmo Online


10 January 2013

Sophie Paris: Saya Gila Make-up! [EYESHADOW]

Make-up, make-up, make-up.

Paling geram beli make-up mahal-mahal, tapi langsung tak tahan lama especially eyeshadow. Bila nampak harga make-up dari jenama Koshize ni, perkara pertama yang muncul di kepala, ishh tahan meh? Harga begini murah. Tapi sebab nak cukupkan sales, try jugalah beli make-up dia ni.


Bila dah cuba pakai, barulah nampak memang berkualiti make-up ni biarpun harga murah. Senang nak blend lagi, ish ish ish. Memang puas hati.

Klik imej untuk gambar yang lebih jelas.

Terdapat dalam 5 pilihan warna:
1. Georgeous Pink
2. Intense Grey
3. Golden Bronze
4. Hot Brown
5. Elegant Blue

Harga RM25.00 setiap satu (percuma kos penghantaran sekitar Kota Kinabalu). Jangan risau, eyeshadow tahan lama biarpun tidak menggunakan eyeshadow primer.

**Diskaun 20% hanya akan diberikan kepada sesiapa yang menjadi ahli Sophie Paris. Hanya RM15.00 diperlukan untuk keahlian seumur hidup. Untuk maklumat lanjut sila emel saya di azuraanisalaim@yahoo.com ataupun terus hubungi saya di 010-9486929.


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More