08 June 2013

Pengemis Dan Gelandangan Jalanan di China DIkurung Dalam Sangkar

Pelik, tapi inilah realiti kehidupan yang berlaku di China. Setiap kali ada majlis rasmi ataupun majlis keramaian, pengemis dan gelandangan jalanan akan dikurung dalam sangkar. 

Alasan pihak berkuasa:-

MENJAMIN KESELAMATAN PENDUDUK SETEMPAT DAN PELANCONG ASING


Takkan tiada penyelesaian lain yang lebih baik? 

Contohnya:-
1. Memberikan pekerjaan untuk kehidupan yang lebih baik.
2. Memberikan perlindungan atau penginapan sementara yang jauh lebih selesa daripada sangkar.


Nota AAS: Saya pun tak faham. Seteruk manapun mereka ni, saya tetap rasa tak patut diletakkan ke dalam sangkar. Mereka ni pun manusia. Sama macam kita semua.

Penyeluk Saku Mencuri Dengan Kungfu Chopstick?

Saya sebenarnya tak tahu pula, chopstick ni rupanya banyak kegunaan lain selain digunakan untuk makan atau memasak. Salah satu kegunaannya yang tak pernah pula saya terfikir orang akan cuba ialah:-

MENYELUK SAKU DENGAN CHOPSTICK!!

Jangan terkejut, kes ni memang betul-betul berlaku di Jepun. 





Nota AAS: Agak-agaknya berapa keuntungan dia setiap hari dengan kungfu chopsticknya tu ah?

02 May 2013

Cara Mudah Untuk Reprint Slip Rebat RM200.00 Telefon Pintar Belia 1Malaysia

Hai semua, lama kita tak sembang kan? Biasalah, kalau harapkan BERUKBAND, confirm susah nak online tanpa rasa mengamuk, hahaha! Nasib baiklah dah pasang Streamyx di rumah. Senang sikit hati ni, online pun puas hati, line laju macam air yng mengalir, cewah promote habis.

Okay, siapa pernah dengar pasal skim rebat RM200.00 telefon pintar belia 1Malaysia? Kamu dah apply? Zura dah cuba apply, dan syukurlah sebab berjaya juga dapat rebat ni. Ingat nak beli Sony  Xperia Tipo. Tak payahlah beli yang mahal-mahal. Asal ada canggih sikit-sikit cukuplah.

Ada dua cara untuk apply.

1. Apply secara online di https://komunikasibelia.skmm.gov.my.

Tapi kalau apply secara online banyak betul data kena isi. Especially kalau apply sebagai pekerja, dia minta pula no. KWSP. Susahlah. Lepas tu kena print slip and bawa sekali salinan kad pengenalan ke kedai-kedai yang boleh tebus rebat ni.

2. Apply melalui kedai-kedai telefon yang ada menyediakan kemudahan memohon rebat RM200.00 di kedai mereka. Yang ni senang sikit. Cuma perlu bawa salinan kad pngenalan. Yang selebihnya mereka akan uruskan.


Ada juga kawan-kawan yang daftar secara online lupa print slip rebat selepas daftar. Nah, masalah besar ni, kalau dah daftar secara online, memang tak dapatlah tebus kalau tak ada slip tu. Dorang cakap akan email, tapi tiada pun. Pelik bin ajaib.

Jangan risau, just ikut steps dibawah ni:-

1. Copy url dibawah ni dan pastekan ke bahagian address url kamu.

https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/Success?ic=850109******

2. Tukarkan tulisan yaang dihighlightkan dengan warna kuning itu dengan nombor kad pengenalan kamu.

3. Tekan ENTER.

Siap! Dapat tak? Hehehe, selamat mencuba.


13 January 2013

[PELIK] Nak Tak Zura Belikan Kek Macam Ini?

Alahai, nasib baik birthday saya dah lepas. Kamu pula macam mana? Apa? Birthday dah dekat? Bah, apa kata pilihlah design pelik untuk tema tahun ni. :D

Kalau kamu seorang tukang jahit, nah apa kata pilih design yang ini.

Courtesy of: 13above

Kalau kamu seorang pelakon atau artis yang banyak terima anugerah, apa kata cuba design dibawah  ini. Jangan malu-malu.

Courtesy of: 13above

Nah, kalau kamu ni tukang kasino atau raja judi, trylah design kek ini. Teruskan. Jangan malu.

Courtesy of: Davesfotoworld

Kalau kamu ni gila beli gadjet atau suka laptop canggih manggih ni. Saya syorkan design kek yang ini. Terbaik dari ladang!

Courtesy of: Davesfotoworld

Wahahaha, tapi kek ini juga paling manang! Tadaaa!

Courtesy of: feedmeblog
Yikes! Sumpah tak mahu saya makan!


Ambil Gambar Kahwin Selepas 88 Tahun

Alahai comelnya pasangan tua ni, biarpun kedua-dua mereka mengalami sedikit kesusahan untuk berdiri tegak dan mengimbangkan badan mereka, kedua-dua mereka masih tersenyum manis ke arah kamera. 

Conghan Wu yang berusia 101 tahun dan Songshi Wu, berusia 103 tahun, berpeluang mengambil semua gambar kahwin mereka atas bantuan photographer amatur yang sedang mengumpul gambar kahwin pasangan tua dalam pakaian pengantin.

Ajaibnya, mereka berdua telah hidup bersama selama 88 tahun. Mungkin inilah maksudnya, setia ke hujung nyawa, hanya ajal yang mampu pisahkan mereka.

Sumber: Weirdasianews





Buaya Jadi Bodyguard Dadah Dalam Rumah



Anggota-anggota pihak berkuasa di California Utara telah membuat penemuan yang mengejutkan dalam serbuan dadah di bilik sebuah rumah di Lembah Castro di sini pada Selasa lalu.

Mereka menemui seekor buaya sepanjang 1.53 meter yang mengawal 15.4 kilogram ganja yang bernilai AS$100,000 (RM302,000). Buaya spesies Caiman itu diletakkan di dalam sebuah tangki untuk menjaga ganja tersebut. Haiwan itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan berpaya di Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

Pemilik reptilia itu, Assif Mayar telah ditangkap pada Selasa lalu dan dituduh memproses ganja untuk dijual. Mayar, 32, tidak membuat pengakuan semasa perbicaraannya berlangsung di Mahkamah Tinggi Alameda. Dia kini ditahan dengan ikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM60,400).

Buaya itu kemudian dilepaskan ke sebuah zoo dan Mayar akan dibicarakan semula pada 15 Januari ini. 

Sumber: Kosmo Online


10 January 2013

Sophie Paris: Saya Gila Make-up! [EYESHADOW]

Make-up, make-up, make-up.

Paling geram beli make-up mahal-mahal, tapi langsung tak tahan lama especially eyeshadow. Bila nampak harga make-up dari jenama Koshize ni, perkara pertama yang muncul di kepala, ishh tahan meh? Harga begini murah. Tapi sebab nak cukupkan sales, try jugalah beli make-up dia ni.


Bila dah cuba pakai, barulah nampak memang berkualiti make-up ni biarpun harga murah. Senang nak blend lagi, ish ish ish. Memang puas hati.

Klik imej untuk gambar yang lebih jelas.

Terdapat dalam 5 pilihan warna:
1. Georgeous Pink
2. Intense Grey
3. Golden Bronze
4. Hot Brown
5. Elegant Blue

Harga RM25.00 setiap satu (percuma kos penghantaran sekitar Kota Kinabalu). Jangan risau, eyeshadow tahan lama biarpun tidak menggunakan eyeshadow primer.

**Diskaun 20% hanya akan diberikan kepada sesiapa yang menjadi ahli Sophie Paris. Hanya RM15.00 diperlukan untuk keahlian seumur hidup. Untuk maklumat lanjut sila emel saya di azuraanisalaim@yahoo.com ataupun terus hubungi saya di 010-9486929.


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More