09 July 2012

[Gambar] Lagi Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Ella Dan Azhar Ghazali





Credit gambar: Gua

Majlis akad nikah Ella Dan Azhar Ghazali berlangsung dalam suasana meriah walaupun berlaku masalah yang tidak disangka-sangka. Berikut beberapa perkara menarik yang ingin saya kongsikan bersama dengan anda semua:-


1)    Majlis akad nikah yang sepatutnya bermula pada jam 9.00 malam terpaksa ditanggungkan ke jam 10 malam kerana rumah pengantin perempuan bergelap selama dua jam apabila berlaku masalah dengan bekalan elektrik. Masalah berlaku apabila pihak tuan rumah cuba menggunakan penghawa dingin berkuasa besar yang tidak sesuai untuk penggunaan kediaman. 

2)    Walaupun majlis diadakan untuk kenalan dan sanak-saudara rapat, tetapi lebih 200 orang tetamu dilihat membanjiri perkarangan rumah pengantin.

3)    Tujuh buah khemah disediakan untuk tetamu. Namun, tempat duduk masih tidak mencukupi sehingga pengacara majlis terpaksa meminta jasa baik tetamu yang sudah selesai menjamu selera meninggalkan meja makan.

4)    Ramai yang memuji hidangan yang disediakan untuk tetamu. 

5)    Selain menikmati hidangan utama, tetamu juga berpeluang menikmati menu sampingan seperti cendol, soya, Laksa Utara dan rojak yang disediakan oleh Hanna Conner di sebuah lori putih.

6)     Pelamin Ella dihiasi dengan ribuan bungaan berona putih dan peach. Selain itu, karpet putih memenuhi ruang pelaminan. 

7)   Protégé Ella, Puteri Caroline sentiasa menemani Ella sepanjang majlis berlangsung. Caroline nampak mesra dengan ahli keluarga Ella.

8)     Ella mendapat sentuhan kakaknya sendiri iaitu Saidatulnisa (Kak Sai) sebagai jurumekap. 

9)   Selain diberikan bunga telur dan sebiji kek cawan, tetamu turut dihadiahkan senaskah kitab yang mengandungi Ayat Kursi, Surah Yassin, dan pelbagai doa harian.

10)   Sesi temubual bersama pihak media terpaksa diadakan sebanyak dua kali kerana terlalu ramai pihak media yang hadir membuat liputan. Masalah ruang yang sempit juga menyukarkan pihak media tampil ke hadapan untuk mendengar komen kedua-dua pengantin.

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More