12 July 2012

Hero. Kucing Malang Yang Menjadi Mangsa Kekejaman Manusia Berhati Syaitan.

The brave cat, from zero to hero.
Takdir.

Mei 2005, seekor kucing malang telah dipotong kedua-dua kaki hadapannya hanya kerana mencuri ikan di sebuah restoran. Apa yang lebih menyedihkan lagi, kucing itu telah dibuang ditepi longkang sebuah kedai runcit. Si pelaku pula, tanpa segan silu membuangnya sambil memaki kucing malang itu biarpun sedar bahawa kucing itu boleh mati kerana kehilangan banyak darah.

Syukur, ada seorang pemuda yang berhati mulia, bertindak cepat membalut kucing tersebut dengan jaketnya untuk memberhentikan darah dan membawanya pulang ke rumah. Walaupun sedar dia kurang mampu untuk membawa kucing malang ini ke klinik haiwan yang berhampiran, dia tetap berusaha sedaya upaya dia untuk membantu dan menyembuhkan kucing itu. Ada masanya, pemuda itu menangis mengenangkan nasib kucing tersebut.


Sebulan lebih kemudian, dengan hanya berbekalkan ubat gamat, kucing itu sembuh sepenuhnya. Dan kerana sayang yang amat sangat kepada kucing tersebut, dia telah menamakannya HERO.

Hero. From Zero to Hero.

Ikuti perkembangan Hero di blog Kakimotong.


Cik ABC: Sedih dan sayu sekali bila nampak kisah Hero di TV3 semalam. Syukurlah masih ada manusia yang punya hati dan perasaan di dunia ini. Semoga Tuhan sentiasa memberikan rezeki dan membantu semua orang yang selalu membantu haiwan-haiwan yang sedang didera atau diperlakukan secara kejam. Amin.

1 Sweet Roses!:

Hero sudah mengucapkan salam terakhir buat kita semua...

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More