18 June 2012

Happy Father's Day Papa


Hari yang sangat teruk.

Pasti semua orang sibuk merayakan Hari Bapa hari ini kan? Kami sekeluarga pula terasa sangat sedih, tahun ini merupakan tahun pertama kami tidak menyambut Hari Bapa.

Tentu ada sesetengah dari kamu semua yang belum tahu kan? Papa saya pergi meninggalkan kami pada 16 Disember tahun lepas. Walaupun sudah setangah tahun berlalu, kesedihan itu masih ada. Tidak mungkinlah kami dapat melupakannya dalam masa yang singkat. Bagi mereka yang pernah mengalaminya pasti memahami situasi yang sedang saya dan keluarga saya alami.

Sebenarnya, hari ini saya sangat sedih. Saya lihat mama menangis. Rasanya dia sedih dan rindu dengan papa. Saya dah cuba rahsiakan hari ini ialah perayaan Hari Bapa. Tapi malangnya, auntie dan uncle saya pula bawa kek dan anak-anak ke rumah kami untuk menyambut Hari Bapa. 

Pelik. 

Saya tak faham apa tujuan mereka buat macam itu. Mungkin juga mereka tidak sengaja. Tapi saya, mama dan adik-adik saya sedikit tertekan dan sedih. Anak-anak dia sibuk menyanyi lagu, peluk, kiss, wish papa dorang. Jadi kami ni? Apa? Tunggul? Saya cuba mengawal kemarahan dan kesedihan saya. Malas nak bertekak dengan orang lebih tua yang sepatutnya ada otak berfikir.

Saya cuma mampu sampaikan doa untuk papa, moga-moga dia tenang disana. Kalaulah ada cara untuk berhubung dengan dia, pasti saya akan usahakan. Saya cuma nak dia tahu, yang kami sekeluarga amat merindui dia. 

Salaim bin Lebi
(13/12/1942 - 16/12/2011)

We love you papa. Always. All ways. 


Cik Azura: Rasanya sesetengah orang perlu belajar menjaga perasaan orang lain. Cuba letakkan diri ditempat orang, fahami situasi mereka, apa rasanya?


0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More