26 June 2012

[GAMBAR] Biar Betul! 20 Orang Model Jelita Berjalan-jalan Dengan Hanya Memakai Seluar Dalam??

Ingatkan model-model ni gila, rupanya semua mereka ni diupah oleh Reebok Taiwan untuk tema "Hari Tanpa Seluar' di Taiwan. Kesemua model ni hanya memakai seluar dalam dan mereka dilihat menaiki MRT (Mass Rapid Transit Metro System).


Tayang seluar dalam baru ke? Alahai meleleh hingus berdarahlah jawabnya lelaki-lelaki yang nampak ni. Kena sediakan ambulance ni, hahaha.



Macam-macam style seluar dalam kita boleh nampak kan? Kalau perogol bersiri nampak ni, habislah. So guys, jangan tiru aksi merbahaya ini dirumah atau dimana-mana saja. Okey?


Peace Out! (^.~)v


Petikan: Weirdasianews

23 June 2012

[GAMBAR] Potong, Masak Dan Hidangkan Kemaluan Sendiri Pada Harga US$1,250!

Adehhhh, Tak tahu nak cakap apa dah. Memang pelik sepelik peliknya. Memang gila segila gilanya. Hidangan exotik ini dihidangkan kepada 5 orang pelanggan "bertuah". Setiap seorang daripada mereka perlu membayar US$250 seorang.

JUMLAH KEUNTUNGAN = US$1,250







Ikuti cerita penuhnya di Weirdasianews.

[GAMBAR] Bra Ajaib Untuk Si Wanita Moden

Mentang-mentanglah sekarang ni musim panas kan, ada-ada saja ciptaan manusia ni. Daripada dia sejukkan bahagian situ, kan bagus dia buat baju ais, so satu badan dapat rasa sejuk, hahaha!




 


Ikuti cerita penuhnya di Weirdasianews.


22 June 2012

[PELIK] Sanggup Bakar Diri Kerana Marah?

Hairan dengan manusia macam ini. Kalau ya pun marah atau tidak puas hati dengan kerajaan, janganlah sampai membakar diri. Apa guna buat macam tu? Kononnya nak menegakkan keadilan, tapi sayang, nyawa melayang dan perjuangan hanya sia-sia.


Dua lelaki nekad membakar diri di daerah Yushu, dalam wilayah Qinghai bagi membantah pemerintahan China di Tibet. Kedua-dua lelaki itu memegang bendera kemerdekaan Tibet ketika badan mereka dijilat api.

Mangsa yang mati sebagai Tenzin Khedup, 24, dan rakannya ialah Ngawang Norphel berusia 22 tahun.


Ikuti berita penuhnya di SINI


Cik Azura: Pelik tapi benar. Sepanjang tahun lalu, dianggarkan berpuluh-puluh orang membakar diri di Tibet. Mereka bertindak demikian kerana mendakwa Beijing menindas penduduk etnik Tibet.


18 June 2012

Happy Father's Day Papa


Hari yang sangat teruk.

Pasti semua orang sibuk merayakan Hari Bapa hari ini kan? Kami sekeluarga pula terasa sangat sedih, tahun ini merupakan tahun pertama kami tidak menyambut Hari Bapa.

Tentu ada sesetengah dari kamu semua yang belum tahu kan? Papa saya pergi meninggalkan kami pada 16 Disember tahun lepas. Walaupun sudah setangah tahun berlalu, kesedihan itu masih ada. Tidak mungkinlah kami dapat melupakannya dalam masa yang singkat. Bagi mereka yang pernah mengalaminya pasti memahami situasi yang sedang saya dan keluarga saya alami.

Sebenarnya, hari ini saya sangat sedih. Saya lihat mama menangis. Rasanya dia sedih dan rindu dengan papa. Saya dah cuba rahsiakan hari ini ialah perayaan Hari Bapa. Tapi malangnya, auntie dan uncle saya pula bawa kek dan anak-anak ke rumah kami untuk menyambut Hari Bapa. 

Pelik. 

Saya tak faham apa tujuan mereka buat macam itu. Mungkin juga mereka tidak sengaja. Tapi saya, mama dan adik-adik saya sedikit tertekan dan sedih. Anak-anak dia sibuk menyanyi lagu, peluk, kiss, wish papa dorang. Jadi kami ni? Apa? Tunggul? Saya cuba mengawal kemarahan dan kesedihan saya. Malas nak bertekak dengan orang lebih tua yang sepatutnya ada otak berfikir.

Saya cuma mampu sampaikan doa untuk papa, moga-moga dia tenang disana. Kalaulah ada cara untuk berhubung dengan dia, pasti saya akan usahakan. Saya cuma nak dia tahu, yang kami sekeluarga amat merindui dia. 

Salaim bin Lebi
(13/12/1942 - 16/12/2011)

We love you papa. Always. All ways. 


Cik Azura: Rasanya sesetengah orang perlu belajar menjaga perasaan orang lain. Cuba letakkan diri ditempat orang, fahami situasi mereka, apa rasanya?


17 June 2012

Ciuman Si Gadis Gagalkan Niat Remaja Lelaki Berusia 16 Tahun Untuk Membunuh Diri

Wahhhh, hebat sungguh amoi ni kan? Sebenarnya dia tak kenal pun siapa remaja lelaki yang cuba membunuh diri tu, tapi berkat kepintaran serta keberanian dia, pihak bomba mempunyai peluang dan masa yang cukup untuk menarik remaja lelaki itu ke tempat selamat.




Remaja lelaki tersebut difahamkan berasa tertekan selepas ibu tiri dia menipu duit ayah dia. Dia kehilangan ibu kandung dia semasa dia masih kecil lagi. Oleh kerana dia berasa sangat kesunyian dan tiada tempat untuk mengadu, dia akhirnya memutuskan untuk membunuh diri.

Semasa gadis berani itu cuba menenangkan remaja lelaki itu, dia menangis. Kerana dia sendiri pun pernah berada di dalam situasi tersebut, dan dia juga pernah beberapa kali cuba untuk membunuh diri. Dia sangat memahami perasaan remaja lelaki tersebut.

Akhirnya semasa dia mencium remaja lelaki yang kesedihan itu, pihak bomba dapat menarik dia ke tempat selamat. Hurray!


07 June 2012

[18SX] Isteri Berzina Dan Curang Terhadap Suami Dapat Padah

Sepandai-pandainya tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.


Inilah yang berlaku kepada si isteri yang curang terhadap suami dia. Semasa asyik berzina dengan dengan teman lelaki dia, kemaluan mereka dua melekat. Rupa-rupanya si suami sudah pun memasang jampi voodoo kepada isteri kerana mengesyaki si isteri bermain kayu tiga.

Polis sudah cuba untuk memisahkan mereka, namun gagal. Hanya selepas teman lelaki si isteri berjanji untuk membayar pampasan syiling Kenya 20,000.00 (RM716.00) kepada si suami, barulah si suami bersetuju untuk meleraikan jampi itu. Seorang paderi Kristian dipanggil dan akhirnya kedua-dua mereka berjaya dipisahkan.




Petikan: MyNewsHub

01 June 2012

[Gambar] Paris Hilton: Bangga Betulkan Seluar Dalam Di Khalayak Orang Ramai

Ada-ada saja kontroversi yang ditimbulkan oleh Paris Hilton ni. Yang ni pula alahai, berani betul dia betulkan seluar dalam depan orang ramai. Dahlah paparazzi ni ada dimana-mana saja, tak pula dia takut atau rasa malu. Maybe dah jadi kebiasaan dia. Pelik.


Lepas dah siap julingkan mata orang, dia terus buat-buat macam tak tahu pula. Rasa bangga kot. Kalaulah anak dara saya macam ni, dah saya lenyek-lenyek macam nasi tu. Menakutkan.


Diharapkan artis-artis negara kita tidak terikut-ikut dengan perangai artis barat. Biarlah kita hidup dengan budaya kita sendiri, yang penuh dengan kesopanan dan budi bahasa.

Petikan: MyNewsHub


Cik Azura: Ada juga dengar gosip-gosip artis kita ni suka bersosial dan menghadiri parti mabuk. Ada juga yang gambar lucahnya tersiar di internet. Manusia biasa kan, siapa tak buat silap. Harap-harap mereka sedar dan kalau boleh janganlah ulangi kebodohan mereka tu lagi.


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More