01 December 2012

Hantu Budak Perempuan Teriak Dalam Lif


Bayangkan diri you all berada dalam situasi macam ni, apa yang you all akan buat? Wahhhh tolonglah, janganlah saya terkena situasi macam ni. Sebab saya ni memang penakut, ekeke. Silap-silap pengsan la pula dalam lif. 

Tapi rasa kasihan pula dengan orang tua yang ketakutan tu. Nasib baik tiada yang lemah jantung. Hasihhh, berani juga dorang buat lawak macam ni. Kalau di Malaysia maybe sudah kena saman ni. Jangan lupa tengok sampai habis, bahagian paling 'last' memang lucu. 

You all rasa ada tak yang marah kena lawak macam ni? Manalah tahu kan, ada yang marah, ataupun ada yang tak takut hantu silap-silap dia pergi tampar pula budak tu sebab dia ingat hantu betul. :D


07 November 2012

Wordless Wednesday #12


Ps: Kepada adik-adik yang tengah berdebar-debar menjawap soalan SPM tu, jangan takut, tenangkan fikiran, mudah-mudahan you all semua dapat jawap soalan itu dan berjaya dapat keputusan yang cemerlang. 

Fighting!

Wordless Wednesday #11



Ps: Aarrgghhh, really?


06 November 2012

Opps! Girlfriend Ku Seorang Lelaki??


Cik ABC: Alahai, susahnya nak bezakan mereka ni, rupanya semuanya lelaki. Cantik lagi tu, ish ish ish!

02 November 2012

Lelaki VS Wanita. Siapa Yang Menang?

Pernah tak kamu rasa pasangan kamu langsung tak faham dengan diri dan situasi kamu? Ada masanya, disebabkan perkara kecil pun kita dengan pasangan kita boleh bergaduh besar. Tambahan lagi, kalau dua-duanya tidak mahu mengalah, nah perang dunialah jadinya. 


Tapi pernahkan kita cuba letakkan diri kita di situasi pasangan kita? Pernahkan kita cuba fikir apa yang mereka sedang fikirkan? Rasanya jarang yang akan cuba untuk berbuat demikian.

Samalah macam saya, hahaha. Tapi cuba kamu lihat video dibawah ni, dan ambil pengajaran dari situ. Semoga hari ini dan hari-hari yang seterusnya sentiasa dipenuhi dengan senyuman dan kebahagian. Babai! 



19 July 2012

Tutorial Letak Iklan ChurpChurp Dengan Penerangan Mengenai Iklan Pada Gambar

Hai semua, lama tak buat tutorial. Hari ini Zura nak buat satu tutorial simple mengenai cara untuk meletakkan iklan churpchurp pada side bar blog. Bila kita mouse-over pada gambar iklan, kita boleh lihat serba sedikit penerangan mengenai iklan yang kita paparkan.

Tutorial ini ditujukan khas untuk 2 orang sahabat blogger baru saya iaitu: BeePing dan Hasslina.

Contohnya: 



Langkah-langkahnya senang saja:-

1. Pergi ke Dashboard > Layout 
Klik untuk pembesaran imej.

2. Pada side bar sebelah kanan/kiri (terpulang kepada kedudukan side bar blog), pilih Add A Gadget > HTML/JavaScript
Klik untuk pembesaran imej.

3. Copy code dibawah dan paste pada ruangan HTML/JavaScript. Berikan tajuk jika perlu.

<center><a href="Link Iklan"><img border="0" height="100" src="Link Gambar" width="100" title="Penerangan Iklan" /></a>
<a href=" Link Iklan"><img border="0" height="100" src="Link Gambar" width="100" title="Penerangan Iklan" /></a></center>
<center><a href=" Link Iklan"><img border="0" height="100" src="Link Gambar" width="100" title="Penerangan Iklan" /></a>
<a href=" Link Iklan"><img border="0" height="100" src="Link Gambar" width="100" title="Penerangan Iklan" /></a></center>

Nota: Untuk mengubah saiz gambar iklan, boleh ubah pada bahagian Height dan Width.

4. Preview. Jika tiada sebarang error, bolehlah save. 

Senang kan? Jika ada sebarang masalah, tinggalkan komen atau soalan diruangan komen. Jangan lupa tinggalkan url blog sekali, senang sikit Zura datang melawat blog you all. :)

Untuk tutorial simple cara meletakkan iklan churpchurp pada blog tanpa penerangan mengenai iklannya, sila ke post:



13 July 2012

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie


Hai semua, jom kita join segmen Super Bloglist yang dianjurkan oleh Fadzmie. Cara yang senang saja, untuk info lebih lanjut, bolehlah singgah ke blog Fadzmie.

Tiga blog bertuah yang dipilih melalui cabutan random akan menerima topup sebanyak RM50.00 setiap seorang. Tak salah cuba kan? Manalah tahu ada nasib. Hihihi!



Tarikh tutup: 1 Ogos 2012


Sasha Elite Bercerai Lagi


Credit gambar: Kosmo / Gua / Google

Bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Mohamad Saidin dicerai talak satu oleh suaminya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam selepas dua tahun mereka hidup berasingan. 

Sasha, 36, sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris, Jason Skinner atau Johan Abdullah di London, England pada 2003 sebelum bercerai dua tahun kemudian tanpa dikurniakan anak.

Salyo, 37, yang merupakan penerbit dari Indonesia, melafazkan cerai terhadap Sasha di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang setelah mencapai persetujuan bersama.

Sejurus berakhir lafaz tersebut, Sasha dilihat menadah tangan sambil berdoa, sebelum memeluk ibunya dengan perasaan sebak manakala Salyo yang hadir bersama seorang rakan turut kelihatan sedih dan terus meninggalkan mahkamah.


Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 10 November 2007 di Masjid Baitussalam, Duren Tiga, Jakarta Selatan dan dikurniakan seorang anak lelaki Adam Aryasenna Notoemarsono yang berusia tiga tahun.


Cik ABC: Apa nak buat, jodoh mereka cuma sampai disitu saja, sama-sama kita doakan mereka menemui kebahagian mereka. 


12 July 2012

Hero. Kucing Malang Yang Menjadi Mangsa Kekejaman Manusia Berhati Syaitan.

The brave cat, from zero to hero.
Takdir.

Mei 2005, seekor kucing malang telah dipotong kedua-dua kaki hadapannya hanya kerana mencuri ikan di sebuah restoran. Apa yang lebih menyedihkan lagi, kucing itu telah dibuang ditepi longkang sebuah kedai runcit. Si pelaku pula, tanpa segan silu membuangnya sambil memaki kucing malang itu biarpun sedar bahawa kucing itu boleh mati kerana kehilangan banyak darah.

Syukur, ada seorang pemuda yang berhati mulia, bertindak cepat membalut kucing tersebut dengan jaketnya untuk memberhentikan darah dan membawanya pulang ke rumah. Walaupun sedar dia kurang mampu untuk membawa kucing malang ini ke klinik haiwan yang berhampiran, dia tetap berusaha sedaya upaya dia untuk membantu dan menyembuhkan kucing itu. Ada masanya, pemuda itu menangis mengenangkan nasib kucing tersebut.


Sebulan lebih kemudian, dengan hanya berbekalkan ubat gamat, kucing itu sembuh sepenuhnya. Dan kerana sayang yang amat sangat kepada kucing tersebut, dia telah menamakannya HERO.

Hero. From Zero to Hero.

Ikuti perkembangan Hero di blog Kakimotong.


Cik ABC: Sedih dan sayu sekali bila nampak kisah Hero di TV3 semalam. Syukurlah masih ada manusia yang punya hati dan perasaan di dunia ini. Semoga Tuhan sentiasa memberikan rezeki dan membantu semua orang yang selalu membantu haiwan-haiwan yang sedang didera atau diperlakukan secara kejam. Amin.

11 July 2012

Anak-anakku Yang Comel. :P

Hai semua, dah makan? Malam ni tak tahu nak update pasal apa, so saja nak share gambar kucing kesayangan saya ni. Comel-comel tau, kadang-kadang bila dorang berak atau kencing sembarangan, nak marah pun susah, sebab dorang pandai buat muka kesian. Macam muka PUSS IN BOOTS

Pssst! Kalau gambar tak jelas, click for larger view ya. Chaoww!


  





Paling photogenik Si Ompok
Paling nakal: Si Omel
Paling Suka Mengacau: Si Onton

Wordless Wednesday #10



Wordless Wednesday #9

Kepada semua lelaki diluar sana, janganlah MALAS. Tak rugi kalau sendiri pandai masak, pandai cuci kain dan pandai kemas rumah. Perempuan lagi senang terpikat, hihihi. 


Cik Azura: Nasib baik bakal laki rajin dan pandai masak. Sangat bersyukur sebab Tuhan temukan saya dengan lelaki macam dia. Love you teddybear. <3

10 July 2012

[PROMOSI] Magic Sponge! Mampu Membersihkan Kotoran Degil Pada Kereta, Dinding Rumah, Tandas Dan Sebagainya!






Pernah dengar mengenai Magic Sponge? Saya rasa ada sesetengah daripada anda semua yang mungkin pernah mendengar ataupun pernah menggunakannya. Banyak sebenarnya kegunaan Magic Sponge ni. Ia mampu membersihkan kotoran degil pada barangan plastik, kaca, kayu, besi, fiber, getah dan permukaan yang bercat. Apatah lagi kalau ada anak-anak yang suka conteng dinding rumah, memang tak payah risau lagi dengan adanya Magic Sponge.






Cara penggunaannya senang sekali, cuma perlu dibasahkan dengan sedikit air dan lap pada bahagian yang anda perlu bersihkan. Dijamin bersih tanpa perlu menggunakan tenaga yang banyak dan masa yang lama.


Apa kata kita tengok dulu video diatas ni, bagi yang berminat untuk membeli, bolehlah hubungi saya di azuraanisalaim@yahoo.com. Satu set (2 keping) berharga RM15.00. Dan untuk promosi terhad, 2 set (4 keping) cuma berharga RM25.00. Anda jimat RM5.00!

Stok terhad. Jom shopping.

**Nota: Harga tidak termasuk kos penghantaran. 

09 July 2012

[Gambar] Lagi Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Ella Dan Azhar Ghazali





Credit gambar: Gua

Majlis akad nikah Ella Dan Azhar Ghazali berlangsung dalam suasana meriah walaupun berlaku masalah yang tidak disangka-sangka. Berikut beberapa perkara menarik yang ingin saya kongsikan bersama dengan anda semua:-


1)    Majlis akad nikah yang sepatutnya bermula pada jam 9.00 malam terpaksa ditanggungkan ke jam 10 malam kerana rumah pengantin perempuan bergelap selama dua jam apabila berlaku masalah dengan bekalan elektrik. Masalah berlaku apabila pihak tuan rumah cuba menggunakan penghawa dingin berkuasa besar yang tidak sesuai untuk penggunaan kediaman. 

2)    Walaupun majlis diadakan untuk kenalan dan sanak-saudara rapat, tetapi lebih 200 orang tetamu dilihat membanjiri perkarangan rumah pengantin.

3)    Tujuh buah khemah disediakan untuk tetamu. Namun, tempat duduk masih tidak mencukupi sehingga pengacara majlis terpaksa meminta jasa baik tetamu yang sudah selesai menjamu selera meninggalkan meja makan.

4)    Ramai yang memuji hidangan yang disediakan untuk tetamu. 

5)    Selain menikmati hidangan utama, tetamu juga berpeluang menikmati menu sampingan seperti cendol, soya, Laksa Utara dan rojak yang disediakan oleh Hanna Conner di sebuah lori putih.

6)     Pelamin Ella dihiasi dengan ribuan bungaan berona putih dan peach. Selain itu, karpet putih memenuhi ruang pelaminan. 

7)   Protégé Ella, Puteri Caroline sentiasa menemani Ella sepanjang majlis berlangsung. Caroline nampak mesra dengan ahli keluarga Ella.

8)     Ella mendapat sentuhan kakaknya sendiri iaitu Saidatulnisa (Kak Sai) sebagai jurumekap. 

9)   Selain diberikan bunga telur dan sebiji kek cawan, tetamu turut dihadiahkan senaskah kitab yang mengandungi Ayat Kursi, Surah Yassin, dan pelbagai doa harian.

10)   Sesi temubual bersama pihak media terpaksa diadakan sebanyak dua kali kerana terlalu ramai pihak media yang hadir membuat liputan. Masalah ruang yang sempit juga menyukarkan pihak media tampil ke hadapan untuk mendengar komen kedua-dua pengantin.

08 July 2012

[Gambar] Majlis Perkahwinan Ella Dan Azhar Ghazali


Ratu rock negara Ella, atau nama sebenar Norzila Aminuddin, menamatkan zaman bujangnya apabila sah bergelar isteri kepada juruterbang Azhar Husaini Ghazali. Khabarnya Ella telah pun mengenali Azhar selama 9 tahun. Syukurlah, mari kita sama-sama mendoakan semoga perkahwinan mereka berkekalan. Jumlah hantaran ialah sebanyak RM50,000.

Credit gambar: Rotikaya








Cik Azura: Kadang-kadang, kita sibuk mencari jodoh hidup kita, sedangkan jodoh kita tu ada didepan mata kita. Betul tak?

05 July 2012

Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize


Wahhhh bestnya, dah lama tak join GA Contest ni, so malam ni nak cubalah join GA anjuran Cik Buaya kita ni. Eh sama lah pula nama kita kan Cik Buaya, ehehe. 

Hadiah pilihan saya pula ialah:
<<MISS ROSS MAKEUP PALLETE>>

Tag untuk 3 orang blogger yang cun melecun:
1. Ieyla
2. Bee Ping
3. Khuza

Terma dan syarat GA ni simple saja:
1. Follow blog Cik Buaya.
2. Like Facebook Fan Page Cik Buaya di SINI.
3. Create satu post dengan tajuk "Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize"
4. Jangan lupa letakkan banner dan linkkan ke entri GA Cik Buaya.
5. Pilih hanya salah satu daripada hadiah diatas.
6. Tag 3 orang blogger. Pastikan mereka tahu pasal GA ni.
7. Komen entri post GA Cik Buaya.

Tarikh Tutup: 12 Ogos 2012. So apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai kita join!


26 June 2012

[GAMBAR] Biar Betul! 20 Orang Model Jelita Berjalan-jalan Dengan Hanya Memakai Seluar Dalam??

Ingatkan model-model ni gila, rupanya semua mereka ni diupah oleh Reebok Taiwan untuk tema "Hari Tanpa Seluar' di Taiwan. Kesemua model ni hanya memakai seluar dalam dan mereka dilihat menaiki MRT (Mass Rapid Transit Metro System).


Tayang seluar dalam baru ke? Alahai meleleh hingus berdarahlah jawabnya lelaki-lelaki yang nampak ni. Kena sediakan ambulance ni, hahaha.



Macam-macam style seluar dalam kita boleh nampak kan? Kalau perogol bersiri nampak ni, habislah. So guys, jangan tiru aksi merbahaya ini dirumah atau dimana-mana saja. Okey?


Peace Out! (^.~)v


Petikan: Weirdasianews

23 June 2012

[GAMBAR] Potong, Masak Dan Hidangkan Kemaluan Sendiri Pada Harga US$1,250!

Adehhhh, Tak tahu nak cakap apa dah. Memang pelik sepelik peliknya. Memang gila segila gilanya. Hidangan exotik ini dihidangkan kepada 5 orang pelanggan "bertuah". Setiap seorang daripada mereka perlu membayar US$250 seorang.

JUMLAH KEUNTUNGAN = US$1,250







Ikuti cerita penuhnya di Weirdasianews.

[GAMBAR] Bra Ajaib Untuk Si Wanita Moden

Mentang-mentanglah sekarang ni musim panas kan, ada-ada saja ciptaan manusia ni. Daripada dia sejukkan bahagian situ, kan bagus dia buat baju ais, so satu badan dapat rasa sejuk, hahaha!




 


Ikuti cerita penuhnya di Weirdasianews.


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More