19 December 2011

Masih Bersedih Atas Pemergian Papa

Hai semua, lama tak chit-chat kan? Sorry lama tak update blog. Saya baru saja berpindah ke KK, so banyak hal yang perlu saya uruskan. Lagipun, belum ada idea lagi nak update blog. Otak kosong.
Hari ni, sudah masuk hari yang ketiga pemergian Papa. Sedih sangat-sangat. Rasa macam mimpi. Masih tak dapat percaya, kami telah kehilangan dia buat selama-lamanya. Selalunya nampak orang sedih bila mereka kehilangan ahli keluarga tersayang. Kali ni, giliran saya sendiri yang merasai kepedihan perasaan itu.




15/12/2011
Jam 8 malam, Papa mengadu sakit dada, mukanya sudah mula pucat dan muntah-muntah, sempat lagi bergurau senda dengan dia, tapi bila nampak mukanya makin teruk, kami mengambil keputusan untuk menghantar dia ke hospital Tuaran. Sempat lagi pujuk dia untuk ke hospital. 

11 malam. Papa masih ditahan di wad kecemasan hospital Tuaran. Doktor ambil X-ray, OK. Cuma pernafasan dia sedikit tercungap-cungap. Denyutan jantung dia lemah. So doktor rujuk Papa masuk ward hospital Queen Elizabeth 1. Sempat pegang tangan bapa dan bagitau dia, supaya jangan takut. Papa dihantar dengan ambulans ke sana. Kami excort dari belakang.

Hati berdebar-debar.

Sampai sana, Papa dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Papa makin serius. Apa yang dapat saya lakukan, cuma berdoa. Kami menunggu diluar ward kecemasan sehingga jam 4.30 pagi. Saya dan adik lelakai saya terpaksa pulang ke rumah. Mama dengan adik perempuan saya masih menunggu diluar wad.


16/12/2011
Jam 1.00 tengah hari, kami sampai ke hospital Queen Elizabeth 1 untuk melawat Papa. Mula-mulanya dia sempat lagi pegang tangan kami dan buka mata. Kemudian kami nampak dia menangis. 

Jam 2.00 petang, doktor suruh kami bersedia. Keadaan dia semakin teruk. Kami terdiam.

Jam 2.32 petang. Papa pergi, meninggalkan kami. Sampai hati dia buat kami macam ni. Kami semua menangis. Sampai hati dia tinggalkan kami. 

Sampai ke rumah, semua kami terdiam. Saya mengemas baju dan barang-barang milik Papa, sambil menangis.


17/12/2011
Konvoi beramai-ramai ke Kg. Tinutuan, Ranau, tempat lahir Papa. Papa dikebumikan disana. Itulah hajat terakhir dia. 

Now, he's home.



Cik Azura: Sangat terasa dengan kehilangan Papa. Tiada lagi gurau senda Papa. Tiada lagi bebelan Papa. Kami minta maaf ya Pa, sebab tak mampu balas budi Papa, tak mampu bagi kebahagiaan kepada Papa. Kami minta ampun banyak-banyak, atas segala dosa kami terhadap Papa. Halalkanlah makan-minum kami sepanjang dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Papa. Walau apapun terjadi, Papa sentiasa dihati kami.

I love you Pa. All ways. Always.


12 Sweet Roses!:

Takziah ya...

Be strong... Bila rindu, banyakkan doa dan sedekah yasin pada arwah, itu yang sis buat bila sis rindu arwah abah sis..

Semoga roh arwah papa kamu dirahmati Allah selalu. Aminnnn..

be strong sis...
pray the best for him..

BE STRONG ZURA.... AND PRAY TO GOD MAY HIS SOUL WILL REST IN PEACE...

Takziah zura..aku tahu ko gadis tabah..sbb aku langsung nda nmpk dr status fb/twit mu yg ko sedih..semoga dia aman di sna..

Tabahkan hati sis..

Setiap insan pasti akan merasai saat itu..huhu
Saveq

takziah..
smoga roh arwah sntiasa dirahmati Allah..
sedih baca, nak nangis pn ada..
tp sabar la, be strong.. :)

Saya masih lagi ada seorang lelaki yang bergelar 'ayah', but this entry put me in tears. It made me think, sekiranya my Dad pergi dulu sebelum saya, what would I feel about it, how do I react to it, etc.

May Allah SWT make things easier for you and your family. Whenever you think about your Dad, sadaqa kan Al-Fatihah buat arwah.

turut berduka cita tetap semangat yahh...

Terima kasih ya semua, saya masih lagi sedih sampai sekarang, especially bila nampak ambulans, semua kenangan masa tu kembali menghantui saya. Takut sangat-sangat.

Baru baca entri ni Zura.. Takziah untuk kamu sekeluarga.. Aku doakan moga kamu semua tabah dan arwah dirahmati oleh-Nya di sana.. al-Fatihah.. -_-

Thanks ya Samizul, dah setengah tahun berlalu, tapi sedih tu masih ada. Hari ni Father's Day, biasanya kami dah sibuk tanya dia apa dia nak makan, tapi hari ni dia tiada sudah, kami cuma mampu kirimkan dia doa, mudah2an dia aman disana. :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More