19 December 2011

Masih Bersedih Atas Pemergian Papa

Hai semua, lama tak chit-chat kan? Sorry lama tak update blog. Saya baru saja berpindah ke KK, so banyak hal yang perlu saya uruskan. Lagipun, belum ada idea lagi nak update blog. Otak kosong.
Hari ni, sudah masuk hari yang ketiga pemergian Papa. Sedih sangat-sangat. Rasa macam mimpi. Masih tak dapat percaya, kami telah kehilangan dia buat selama-lamanya. Selalunya nampak orang sedih bila mereka kehilangan ahli keluarga tersayang. Kali ni, giliran saya sendiri yang merasai kepedihan perasaan itu.




15/12/2011
Jam 8 malam, Papa mengadu sakit dada, mukanya sudah mula pucat dan muntah-muntah, sempat lagi bergurau senda dengan dia, tapi bila nampak mukanya makin teruk, kami mengambil keputusan untuk menghantar dia ke hospital Tuaran. Sempat lagi pujuk dia untuk ke hospital. 

11 malam. Papa masih ditahan di wad kecemasan hospital Tuaran. Doktor ambil X-ray, OK. Cuma pernafasan dia sedikit tercungap-cungap. Denyutan jantung dia lemah. So doktor rujuk Papa masuk ward hospital Queen Elizabeth 1. Sempat pegang tangan bapa dan bagitau dia, supaya jangan takut. Papa dihantar dengan ambulans ke sana. Kami excort dari belakang.

Hati berdebar-debar.

Sampai sana, Papa dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Papa makin serius. Apa yang dapat saya lakukan, cuma berdoa. Kami menunggu diluar ward kecemasan sehingga jam 4.30 pagi. Saya dan adik lelakai saya terpaksa pulang ke rumah. Mama dengan adik perempuan saya masih menunggu diluar wad.


16/12/2011
Jam 1.00 tengah hari, kami sampai ke hospital Queen Elizabeth 1 untuk melawat Papa. Mula-mulanya dia sempat lagi pegang tangan kami dan buka mata. Kemudian kami nampak dia menangis. 

Jam 2.00 petang, doktor suruh kami bersedia. Keadaan dia semakin teruk. Kami terdiam.

Jam 2.32 petang. Papa pergi, meninggalkan kami. Sampai hati dia buat kami macam ni. Kami semua menangis. Sampai hati dia tinggalkan kami. 

Sampai ke rumah, semua kami terdiam. Saya mengemas baju dan barang-barang milik Papa, sambil menangis.


17/12/2011
Konvoi beramai-ramai ke Kg. Tinutuan, Ranau, tempat lahir Papa. Papa dikebumikan disana. Itulah hajat terakhir dia. 

Now, he's home.



Cik Azura: Sangat terasa dengan kehilangan Papa. Tiada lagi gurau senda Papa. Tiada lagi bebelan Papa. Kami minta maaf ya Pa, sebab tak mampu balas budi Papa, tak mampu bagi kebahagiaan kepada Papa. Kami minta ampun banyak-banyak, atas segala dosa kami terhadap Papa. Halalkanlah makan-minum kami sepanjang dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Papa. Walau apapun terjadi, Papa sentiasa dihati kami.

I love you Pa. All ways. Always.


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More