17 November 2011

[Dunia Oh Dunia] Wanita Lebih Rela Berkahwin Dengan Diri Sendiri


Pelik tapi apa nak buat?

Perempuan yang berasal dari Taiwan ini lebih rela berkahwin dengan diri sendiri kerana bosan dengan pandangan masyarakat sekeliling yang pelik dengan diri dia kerana belum berkahwin pada usia 30 tahun.

"Umur 30 tahun sangat sesuai untuk berkahwin. Pengalaman serta kerjaya saya berjalan dengan lancar, malangnya sampai ke saat ini, saya masih belum menemui pasangan hidup. Jadi saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan diri sendiri." - Chen
Untuk upacara perkahwinan tersebut, dia telah menggunakan belanja sebanyak NT$50,000 (US$1,500). Dia juga telah mengupah seorang perunding perkahwinan, mengambil gambar kahwin, serta menyewa sebuah dewan untuk meraihkan perkahwinan dia bersama 30 orang sahabat. Yang hebatnya, dia juga menempah pakej berbulan madu secara solo ke Australia! 

Perkahwinan dia ni mendapat liputan meluas secara online. Ramai yang memberikan komen tanda simpati dengan keputusan dia.

Ikuti berita selanjutnya di SINI.



Cik Azura: Kalau dia dah jumpa lelaki idamannya, terpaksa la bercerai ni kan? Bercerai dengan diri sendiri, tak juga rugi, hihihi. :P


2 Sweet Roses!:

mcm mana tu ahh kawin sama diri sendiri

Hahahaha, tak pasti pula syiok ka tidak, sebab belum pernah dan tak teringin pun mau cuba. :D

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More