17 November 2011

[Dunia Oh Dunia] Wanita Lebih Rela Berkahwin Dengan Diri Sendiri


Pelik tapi apa nak buat?

Perempuan yang berasal dari Taiwan ini lebih rela berkahwin dengan diri sendiri kerana bosan dengan pandangan masyarakat sekeliling yang pelik dengan diri dia kerana belum berkahwin pada usia 30 tahun.

"Umur 30 tahun sangat sesuai untuk berkahwin. Pengalaman serta kerjaya saya berjalan dengan lancar, malangnya sampai ke saat ini, saya masih belum menemui pasangan hidup. Jadi saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan diri sendiri." - Chen
Untuk upacara perkahwinan tersebut, dia telah menggunakan belanja sebanyak NT$50,000 (US$1,500). Dia juga telah mengupah seorang perunding perkahwinan, mengambil gambar kahwin, serta menyewa sebuah dewan untuk meraihkan perkahwinan dia bersama 30 orang sahabat. Yang hebatnya, dia juga menempah pakej berbulan madu secara solo ke Australia! 

Perkahwinan dia ni mendapat liputan meluas secara online. Ramai yang memberikan komen tanda simpati dengan keputusan dia.

Ikuti berita selanjutnya di SINI.



Cik Azura: Kalau dia dah jumpa lelaki idamannya, terpaksa la bercerai ni kan? Bercerai dengan diri sendiri, tak juga rugi, hihihi. :P


[Pelik Tapi Benar] Kentang Kelihatan Seperti Kura-kura.


Xiuling Ma, seorang petani yang berasal daripada Kampung Longshan di Yanji, China, tiba-tiba menjadi terkenal kerana beliau berjaya menemui sebiji kentang yang kelihatan seperti seekor kura-kura di kebun beliau. 


Yang peliknya, kentang itu juga mempunyai dua titik pada bahagian kepala, sekaligus membuatkannya kelihatan seperti memiliki sepasang mata. Petani bertuah itu turut memberitahu wartawan bahawa, kentang ini turut memiliki ekor, tetapi malangnya ia terputus semasa mereka menggali tanah.

Ramai penduduk kampung yang tidak percaya berduyun-duyun datang ke rumah beliau untuk melihat sendiri kentang ini.

Sumber: Weirdasianews


Cik Azura: Aduiii comelnya, boleh minta ka? Kikikiki!



16 November 2011

[Sediakan Tisu] Kasih Sayang Seorang Ayah Yang Pekak Dan Bisu


Saya masih ingat lagi masa kecil.

Papa selalu control saya.
Tak bagi saya keluar malam.
Tak bagi saya berkawan dengan sembarangan orang.
Kalau exam tak dapat A memang kena rotan.
Tapi bagus juga kalau dapat A, sebab ada hadiah RM100.
Tak bagi saya tengok tv dengan rancangan yang bodoh2.
Paksa saya dengar lagu English, baca buku English atau Chinese.
Pernah sekali exam tak dapat Top 5, saya takut balik, sebab takut.
Papa selalu marah2 saya.

Saya selalu tu sakit hati, tapi bila dah besar rasa bersyukur pula, semuanya dia lakukan demi kebaikan saya. Thanks papa. I love you so much!




Wordless Wednesday #8


Kepada SPM candidates, jangan tiru ni ya, ekekeke!


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More