10 September 2011

7 Orang Anak Buang Bapa Yang Uzur Tepi Masjid Pada Hari Raya Aidilfitri


Pilu hati seorang bapa, Wahid Hussin yang berusia 71 tahun apabila kerinduan yang terpendam dalam hati terhadap anak-anaknya berakhir dengan insiden yang tidak dijangka apabila dia dihantar "orang suruhan" anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam selepas melepaskan kepenatan dirumah anaknya.

Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu, sanggup menempuh perjalanan sejauh  lebih 60km menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama anak lelaki beliau yang berusia 40-an.

Warga emas yang telah kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja dibuang, malah duit hasil sumbangan dari ihsan orang ramai ketika beliau dirawat di hospital turut dikebas oleh anak beliau.

Syukurlah, warga emas ini bernasib baik apabila ditemui oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke perkarangan rumah ibadat untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.


Tanpa berselindung, Wahid menceritakan kisah beliau. "Selepas duduk beberapa jam dirumah anak, saya diarahkan untuk menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki sebelum diturunkan berhampiran masjid ini," katanya sebak. Pemandu terbabit sempat berpesan, supaya dia menunggu di masid itu dengan alasan ada orang lain yang akan mengambilnya nanti sebelum lelaki itu pergi. 

Bagaimanapun, selepas beberapa jam menanti, tiada sesiapa yang datang, dan dia mula menerima hakikat, bahawa anaknya itu ingin membuang dia jauh-jauh dari kehidupan mereka.

Adik kepada warga emas ini, Alias, berjaya dihubungi berikutan penemuan sekeping kertas tertulis nama dan nombor telefon adiknya dan dua orang anak warga emas ini. Anak warga emas ini tidak berjaya dihubungi. 

Sementara itu, Pegawai Unit Warga Emas JKM Labuan akan mendapatkan perintah mahkamah supaya warga emas ini ditempatkan dirumah warga emas. 

Sumber: Harian Metro



Cik Azura: Sedih, kenapalah 7 orang anak dia ni, satu pun tidak sanggup jaga dia. Betullah cakap orang. 1 orang bapa/mak mampu jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu sanggup menjada seorang bapa/mak.

Tuhan, ajarlah hatiku supaya sentiasa sayang dan mengenang budi mak dan papa yang sudah susah payah membesarkan aku dari kecil sehingga sekarang. Janganlah sampai aku pun ikut jadi anak derhaka macam dorang ni. Amin.


4 Sweet Roses!:

Ish3,,Apa la salah gilir2 7 org sehari seminggu jaga.Stupid no school~

TAPI KAT mETRO PLAK TADI ADA LAK ANAK DIA BAGITAU TU SUME FITNAH????? ERKKK ENTAHLER...

hanya Tuhan dapat membalasnya..minta2 kita d jauhkan dr berbuat demikian..T.T

Tak fahamlah anak2 dia ni. Kalau betul, tunggu pembalasan la dr Tuhan. Kalau tipu, harap2 mslh antara pakcik tu dgn anak2nya cepat selesai.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More