22 July 2011

Giveaway Julai Bersama Blogger by andyhowtt.com


Yeaahhh! Jom ramai-ramai join giveaway ni. Rugi tau kalau tak join. Untuk lihat terma dan syarat penyertaan, sila ke entry Giveaway Julai Bersama Blogger by andyhowtt.com. Pastikan you all buat kesemua syarat yang ditetapkan. Tak susah pun. Jom ushar cepat! Hadiah yang ditawarkan oleh andyhowtt.com dan semua sponsor-sponsor memang hebat! I like bertubi-tubi!

Giveaway Julai Bersama Blogger ini dianjurkan oleh andyhowtt.com, dan hadiah telah disponsor oleh Nisa Kay, Akmal Hilmi, Faizal Fredley, Nota Kosong, Saya Doodle,NorfanilMohd Khairi, Munzir Shafie, Azri Johan,  Alya Esprezzo, Kaizen Shinobi dan Malcube

 Tarikh Tutup: 31 Julai 2011



Cik Azura: Tak sabar nak balik rumah, nak tengok sambungan drama Kawen Masal. Hehe!





19 July 2011

Jadi Veterinarian Untuk Satu Hari. Masa Untuk Suntikan!

Actually, this is my dream job. :)

Sebenarnya bukan veterinarian (doktor haiwan) betul-betul pun, hahaha. Anjing peliharaan saya tiba-tiba sakit. Mula-mula tak perasaan sangat, bila dah keluar simptom penyakit ni, barulah saya perasan yang anjing saya sakit teruk. Patutlah badannya mengurus. Huhuhu.
Diagnosis: Canine Distemper
"THE CANINE DISTEMPER VIRUS (CDV) IS A HIGHLY CONTAGIOUS DISEASE THAT AFFECTS MANY PARTS OF A DOG’S BODY, INCLUDING THEIR RESPIRATORY AND CENTRAL NERVOUS SYSTEMS, AS WELL AS THEIR GASTROINTESTINAL TRACTS."

Simptom: Demam, hilang selera makan, mata merah, mengalami kemurungan, bersin, batuk-batuk, selsema, berhingus, badan lemah, kesukaran bernafas.

  canine disemper

So, semalam sempat singgah ke Vet Pharmacy untuk beli ubat ni. Masa untuk menyuntik!


Sorry gambar kabur, banyak gambar terpadam, huhuhu, tangan gatal, salah delete folder, mau nangis owh. Gambar ubat saja yang ada ni. Masa suntik si Popi, adik lelaki saya terpaksa pegang badannya, saya suntik di pahanya, miahaha, syiok owh, I hope Popi tak rasa sakit. Cepat sembuh ya Popi. :)

So kalau you all semua ada kucing, anjing atau haiwan peliharaan kamu yang sakit, cepat-cepatlah bawa ke klinik haiwan ataupun just pergi ke Vet Pharmacy untuk dapatkan ubat, yang penting you all dah tau apa simptomnya.



Cik Azura: Sangat geli pada darah manusia, tapi tak pula geli pada darah binatang. Pelik. 


09 July 2011

Misi Menyiapkan Kedai Dan Banglow Idaman!

Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan
Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan
Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan

Tak tau apa nak buat ni, boring betul sendirian di office ni, menyesal tak bawa DIY (Do It Yourself) Green Bar saya tu. Nak tahu apa yang saya tengah merepek ni? Sila lihat gambar dibawah. :)


Okay tak? Baru mula buat pun, so masih tak nampak bentuknya, hahaha. Sebenarnya nak beli Cake House, tapi tiada stock, so beli yang ni sajalah, lagipun boleh beli lagi, tunggu stock kedai lain ada, saya mahu kumpul semuanya, miahahaa! 

Semalam tengah gam kan semua accessories pintu bar, malam ni baru sambung decorate bahagian dalam pula. Kalau dah siap nanti, hopefully secantik gambar dibawah ni. Nanti saya akan post juga hasilnya, tapi tak tau bila siap, kita tunggu dan lihat ya.

Bahagian luar bar.
Bahagian dalam bar.
Ada lampu tau, jangan main-main.
Kerusi, botol minuman, hiasan dalaman, lampu, semuanya kena buat sendiri.
Owh ya, lupa bagitau, DIY crafts ni saya beli online, so kalau you all pun berminat, boleh layari website ni. Banyak lagi barang-barang yang dijual disini.


Kalau mahu bertanya lebih lanjut tentang produk ni, boleh berhubung secara langsung dengan Sophia Leong di Facebook beliau. :)


07 July 2011

Sanggup Tidak Mandi 37 Tahun Untuk Mendapatkan Anak Lelaki


Wahhh hebatkan si Guru Kailash Singh ni, sanggup tidak mandi 37 tahun gara-gara teringin nak dapatkan anak lelaki. Isterinya, Kalavati Devi, 60 tahun pun tidak tahan dengan bau badan suami dia. 

Sudah banyak kali dia memaksa suaminya mandi dengan bantuan jiran-jiran dan ahli keluarga, tetapi dia melawan dan lari. Si isteri mengalah dan akhirnya terpaksa membiasakan diri dengan perangai pelik suaminya.

Ramai yang tertanya-tanya, adakah dia berjaya mendapatkan anak lelaki? Jawapannya tidak. Dia mempunyai tujuh anak perempuan dan masih mencuba untuk mendapatkan anak lelaki. Selagi dia tidak dapat anak lelaki, selagi itulah dia tidak akan mandi. Pelik!

Credit: Weird Asia News






Cik Azura: Aduhhhh, kalau sayalah, satu hari tak mandi pun tak selesa, inikan pula 37 tahun, gila gila. Lalat pun mati ni kalau dekat dia.

Sanggup Tukar Jantina Anak Perempuan Kepada Lelaki Kerana Wang


Pelik tapi benar. Inilah yang berlaku di India. Sesetengah ibubapa sanggup membelanjakan sehingga £2,000 untuk menukarkan jantina anak perempuan mereka kepada lelaki melalui proses pembedahan yang dipanggil genitoplasty.

Genitoplasty: Fashions a penis from female organs, with the child being injected with male hormones to create a boy.
Ramai ibu bapa tidak menyedari, mereka sebenarnya membunuh masa depan anak-anak mereka. Pembedahan ini dikatakan boleh menyebabkan kemandulan dan mati pucuk pada kanak-kanak malang ini. Ini kerana, hormon dalam badan yang tidak stabil akan mengganggu proses tumbesaran organ tersebut sehingga akhirnya ia gagal berfungsi dan mandul.

Dianggarkan sehingga 300 kanak-kanak perempuan dibedah menjadi kanak-kanak lelaki kerana ibu bapa mereka tidak sanggup membelanjakan wang untuk pendidikan dan kos perkahwinan (dowry) yang semakin meningkat. Ada juga ibu bapa yang sanggup menukar jantina anak perempuan mereka kepada lelaki untuk mengahwinkan anak mereka dengan perempuan-perempuan kaya.




Cik Azura: Teruknya, baguskan kalau mamanya yang ditukar jantina jadi lelaki, bapa pula ditukar jantina jadi perempuan, baru dia tau apa rasanya. Damn these parents! They can go to hell!



Risau dengan prestasi pelajaran adik-adik yang semakin menurun? Cari tips belajar dan kongsikan debaran menanti exam dan tips adik-adik di SINI. Happy studying ya! :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More