28 June 2011

Tutorial - Penyelesaian Kepada Error 101 (net::ERR_CONNECTION_RESET)

Aduhhhh, sakit hati, PC di office ada masalah, langsung tak dapat connect internet, padahal line okay saja, PC kawan pun boleh pakai online, terpaksa bersabar dan tahan air liur tengok kawan online Facebook. Hahaha, malas juga nak kacau PC orang.

Ingatkan hari ni dah okay, tapi rupanya, masalah sama juga, bila nak masuk Facebook, terus keluar mesej ni.

Error 101 (net::ERR_CONNECTION_RESET)

Sedih. Terpaksalah tahan air liur lagi tengok kawan online Facebook. So cuba kurangkan sakit hati dengan siapkan kerja. Tapi bila semua kerja dah siap, bosan pula, tak tahu nak buat apa lagi. Haissshh.

Bosan punya bosan, terus otak cari idea macam mana nak selesaikannya, so terpaksalah pinjam PC kawan and tanya si MR. GOOGLE. Bila tanya dia, banyak pula jawapan dia bagi, so kenalah cuba satu-satu. Nak tengok apa jawapan dia bagi? Click SINI.

Akhirnya, cuba punya cuba, berjaya juga saya fix Error 101 ni. Thanks to Jerick Mac. Akhirnya dapat online Facebook. Hurray!

So, kalau you all pun ada masalah macam saya ni. Just follow steps dibawah ya. Kalau gambar tak jelas, boleh klik untuk besarkan. :)

1. Buka Internet Explorer
2. Click [Tools]

3. Click [Internet Options]

4. Click [Connection]

5. Click [LAN Settings]
6. Pastikan settings sama seperti diatas dan click [OK].

Akhir sekali, cuba buka laman web, boleh buka dengan Google Chrome ataupun Mozilla Firefox, confirm okay punya. Selamat mencuba. Kalau ada masalah boleh tinggalkan komen okay. :)


2 Sweet Roses!:

Masalah ni sebab PC atau Browser? Senang2, pakailah Chrome / Firefox, ehe3..

Rasanya salah setting, terTICK proxy, ekekeke. :D

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More