04 June 2011

Tips Untuk Menjadi Pendengar Yang Setia

Adakah kamu jenis orang yang lebih suka bercerita tentang diri sendiri? Pernah tak kita memberi peluang kepada sahabat kita untuk bercerita tentang diri dia atau masalah dia? Apa kata untuk seketika, kita cuba untuk menjadi pendengar yang setia. Pasti hubungan persahabatan akan lebih bermakna. :)

Credit image: Sadawertgy

Tips menjadi pendengar setia.
 Apabila sahabat kamu bercerita tentang masalahnya, janganlah kamu jadi seperti batu. Berilah respon dengan apa yang dikatakannya.

 Berikan perhatian sepenuhnya ketika mendengar luahan hati sahabat kamu. Jangan sesekali menyampuk atau membuat kerja lain semasa dia sedang meluahkan masalahnya. 

 Kamu boleh menanyakan soalan untuk lebih memahami situasi masalah sahabat kamu.

 Kamu boleh juga memberikan cadangan kepadanya, ataupun memberi pendapat mengenai cara dia nak menyelesaikan masalahnya. Pujian haruslah diberi secara ikhlas, jangan memuji kerana terpaksa. Jika kamu tak bersetuju dengan cara dia, berterus-terang dengan dia dan bagi dia sebab.


2 Sweet Roses!:

yatie boleh jd pendengar.. tp nk bg cdngan utk selesaikan mslah tu susa skit.. hehe

Hehehe, samalah, sebab takut juga ni salah bagi cadangan, hahaha.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More