28 June 2011

Sabarlah Dalam Menghadapi Dugaan

Pagi tadi, masa bersiap ke tempat kerja, terkejut nampak kereta jenazah dirumah jiran. Teringin nak tanya, siapa yang telah 'pergi'. Tapi bila dah hampir sampai ke rumah jiran, saya terdiam. Dia kelihatan sangat sedih. Saya pun tak nak ganggu. Biarlah dia bertenang sekejap. Saya simpati dengan keadaan dia.

Credit to: davidsonmarbleandgranite.com
Bak kata orang, jodoh pertemuan dan ajal maut terletak ditangan Tuhan. Apa yang kita dapat buat, hanyalah berdoa, mudah-mudahan orang yang kita sayang itu bahagia di alam sana. Pasti mereka pun tak nak melihat kita sedih kan? Memang susah untuk kita yang masih hidup ini untuk meneruskan kehidupan tanpa orang yang tersayang, tapi tiada guna juga untuk kita terus bersedih, kerana yang telah pergi takkan kembali. 

Credit to: thegoodshopguide.com
Bagi yang sedang mengalami masalah, jangan berputus asa. Kuatkan semangat, dan yakinlah, setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan pernah terfikir untuk menyerah kalah. Dan banyakkan berdoa kepada Tuhan, supaya ditunjukkan jalan penyelesaian kepada masalah yang kamu hadapi.

Restu Tuhan untuk segalanya memang indah dalam percaturan hidup. Sabarlah wahai manusia dalam menghadapi dugaan. Kadang-kadang Tuhan sengaja mendatangkan kita ribut taufan untuk menghadiahkan kita pelangi indah. 

Bila kamu memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan hujan yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana Tuhan tidak akan sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. 

Bukan Tuhan tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah akrab serta dekat dengan-Nya. 


4 Sweet Roses!:

baru jak habis kena marah sama abang coz kereta rosak..huhu..
sabar,...

Sabar jaklah ya adik ku sayang, hihihi. Nanti sejuk juga hati dia tu. :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More