28 June 2011

Sabarlah Dalam Menghadapi Dugaan

Pagi tadi, masa bersiap ke tempat kerja, terkejut nampak kereta jenazah dirumah jiran. Teringin nak tanya, siapa yang telah 'pergi'. Tapi bila dah hampir sampai ke rumah jiran, saya terdiam. Dia kelihatan sangat sedih. Saya pun tak nak ganggu. Biarlah dia bertenang sekejap. Saya simpati dengan keadaan dia.

Credit to: davidsonmarbleandgranite.com
Bak kata orang, jodoh pertemuan dan ajal maut terletak ditangan Tuhan. Apa yang kita dapat buat, hanyalah berdoa, mudah-mudahan orang yang kita sayang itu bahagia di alam sana. Pasti mereka pun tak nak melihat kita sedih kan? Memang susah untuk kita yang masih hidup ini untuk meneruskan kehidupan tanpa orang yang tersayang, tapi tiada guna juga untuk kita terus bersedih, kerana yang telah pergi takkan kembali. 

Credit to: thegoodshopguide.com
Bagi yang sedang mengalami masalah, jangan berputus asa. Kuatkan semangat, dan yakinlah, setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan pernah terfikir untuk menyerah kalah. Dan banyakkan berdoa kepada Tuhan, supaya ditunjukkan jalan penyelesaian kepada masalah yang kamu hadapi.

Restu Tuhan untuk segalanya memang indah dalam percaturan hidup. Sabarlah wahai manusia dalam menghadapi dugaan. Kadang-kadang Tuhan sengaja mendatangkan kita ribut taufan untuk menghadiahkan kita pelangi indah. 

Bila kamu memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan hujan yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana Tuhan tidak akan sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. 

Bukan Tuhan tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah akrab serta dekat dengan-Nya. 


Tutorial - Penyelesaian Kepada Error 101 (net::ERR_CONNECTION_RESET)

Aduhhhh, sakit hati, PC di office ada masalah, langsung tak dapat connect internet, padahal line okay saja, PC kawan pun boleh pakai online, terpaksa bersabar dan tahan air liur tengok kawan online Facebook. Hahaha, malas juga nak kacau PC orang.

Ingatkan hari ni dah okay, tapi rupanya, masalah sama juga, bila nak masuk Facebook, terus keluar mesej ni.

Error 101 (net::ERR_CONNECTION_RESET)

Sedih. Terpaksalah tahan air liur lagi tengok kawan online Facebook. So cuba kurangkan sakit hati dengan siapkan kerja. Tapi bila semua kerja dah siap, bosan pula, tak tahu nak buat apa lagi. Haissshh.

Bosan punya bosan, terus otak cari idea macam mana nak selesaikannya, so terpaksalah pinjam PC kawan and tanya si MR. GOOGLE. Bila tanya dia, banyak pula jawapan dia bagi, so kenalah cuba satu-satu. Nak tengok apa jawapan dia bagi? Click SINI.

Akhirnya, cuba punya cuba, berjaya juga saya fix Error 101 ni. Thanks to Jerick Mac. Akhirnya dapat online Facebook. Hurray!

So, kalau you all pun ada masalah macam saya ni. Just follow steps dibawah ya. Kalau gambar tak jelas, boleh klik untuk besarkan. :)

1. Buka Internet Explorer
2. Click [Tools]

3. Click [Internet Options]

4. Click [Connection]

5. Click [LAN Settings]
6. Pastikan settings sama seperti diatas dan click [OK].

Akhir sekali, cuba buka laman web, boleh buka dengan Google Chrome ataupun Mozilla Firefox, confirm okay punya. Selamat mencuba. Kalau ada masalah boleh tinggalkan komen okay. :)


25 June 2011

Kalaulah Bakal Suami Saya Seorang Tauke Kedai Komputer

Aduhhh, banyak betul jemputan kahwin ni, kadang-kadang cemburu juga, bilalah sampai giliran saya ni. Asyik pergi kenduri kahwin kawan-kawan dan saudara saja. 

Tiba-tiba datang penyakit buang tabiat, mulalah berangan. Nak fikirkan macam manalah agaknya majlis perkahwinan saya nanti. Tak salahkan berangan sekejap, hahaha.

So fikir punya fikir, tiba-tiba terfikir pula idea gila ni. 

"KALAULAH BAKAL SUAMI SAYA SEORANG TAUKE KEDAI KOMPUTER"

Nahhh, apa macam? Mesti bestkan? Hantaran semua berupa gadget komputer yang terbaru. Bolehkah minta laptop dibawah ni sebagai hantaran utama?



Tidak juga lupa external hard disk and pendrive. Faham-faham jaklah, cyg kan suka kumpul drama korea. Tak cukup satu, mahu 10 biji ya. Hahaha.



Emm, apa kata, tambah lagi handphone ya sayang. Hahaha.



Okaylah, cukuplah ni sayang, kalau minta lebih-lebih nanti tak jadi kahwin pula, hahahaha.

----THE END----


Cik Azura: Entry sekadar gurauan, bukan betul ya, hahaha. :)


18 June 2011

Ada Blog Kena Hack? Lihat Senarai Blog Ini. Anda Mungkin Mangsa Seterusnya!


Terkejut beruk dengar kes blog kena hack, sudahlah baru-baru ni negara kita heboh dengan kes godam oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Anonymous"! Ish ish ish, terus saja saya pergi ke blogger untuk "IMPORT BLOG" dan "DOWNLOAD TEMPLATE" sebagai langkah berjaga-jaga, hahaha, sot sot. Biarpun line slow disini, sanggup ditunggu juga, demi menyelamatkan blog kesayangan, hahaha.

Bila tengok senarai list yang kononnya bakal dihack tu, ada pula url blog AZURA BANYAK CAKAP kesayangan saya ni, ish ish ish, panic juga, kamu juga boleh lihat senarai blog itu di SINI. Jangan lupa tekan CTRL + F untuk memudahkan pencarian url blog kamu.

Rasa-rasanyalah kan, maybe itu list senarai blogger yang mendaftar dengan GENG BLOGGER, tapi apa-apa pun, kena jugalah ambil langkah keselamatan kan, takut menyesal di kemudian hari. So kalau rajin, importlah blog kamu. Kalau ada Wordpress, boleh juga export ke situ, so ada backup, hehehe. Okaylah, nak sambung main EMPIRE & ALLIES di Facebook, happy blogging semua. :)



Ingin band anda membuat persembahan bersama Incubus? Sila lihat terma dan syaratnya di SINI. Rasai kehebatannya! Dan rebutlah peluang ini sekarang!






17 June 2011

Tidak Berpuas Hati Dengan Hidup Anda?


Pernahkah kamu merungut dengan kehidupan yang kamu ada sekarang? Pernahkah kamu merungut masakan yang mama masak tak sedap? Atau tempat tidur kamu tidak selesa? Atau merungut sebab duit tak pernah cukup?

Saksikan video ini, dan bandingkan hidup dia dengan hidup kamu. Siapa yang lebih malang?

Renung-renungkan...




MAD Deal of the Day: Car Tinting with Fujisafe Safety Tint for ALL CARS INCLUDING MPV & SUV at RM330 instead of RM1200 for 1 Car or RM600 instead of RM2,400 for 2 Cars. 18 Years Warranty by Fujicool Marketing, Damansara Perdana.
For more details, click HERE.

    04 June 2011

    Tips Untuk Menjadi Pendengar Yang Setia

    Adakah kamu jenis orang yang lebih suka bercerita tentang diri sendiri? Pernah tak kita memberi peluang kepada sahabat kita untuk bercerita tentang diri dia atau masalah dia? Apa kata untuk seketika, kita cuba untuk menjadi pendengar yang setia. Pasti hubungan persahabatan akan lebih bermakna. :)

    Credit image: Sadawertgy

    Tips menjadi pendengar setia.
     Apabila sahabat kamu bercerita tentang masalahnya, janganlah kamu jadi seperti batu. Berilah respon dengan apa yang dikatakannya.

     Berikan perhatian sepenuhnya ketika mendengar luahan hati sahabat kamu. Jangan sesekali menyampuk atau membuat kerja lain semasa dia sedang meluahkan masalahnya. 

     Kamu boleh menanyakan soalan untuk lebih memahami situasi masalah sahabat kamu.

     Kamu boleh juga memberikan cadangan kepadanya, ataupun memberi pendapat mengenai cara dia nak menyelesaikan masalahnya. Pujian haruslah diberi secara ikhlas, jangan memuji kerana terpaksa. Jika kamu tak bersetuju dengan cara dia, berterus-terang dengan dia dan bagi dia sebab.


    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More