30 May 2011

What Is The Meaning Of True Love? Can You Please Tell Me?

Semua orang tahu apa itu CINTA kan? Semua orang juga mungkin pernah merasainya. Tak kisahlah cinta itu indah atau cinta itu menyakitkan. Saya sendiri pun pernah merasainya, dan masih berusaha memahami apa erti sebenar cinta.

Terus-terang saya katakan, saya hanya pernah serius bercinta sebanyak dua kali. Cinta monyet pasti ada, tapi tak penting pun. Cinta pertama saya bertahan selama 5 tahun setengah. Walaupun dia tidaklah kaya, tidaklah kacak, dan berlainan bangsa serta agama dengan saya, tapi dia sangat menghormati keluarga saya. 

Walaupun kami berjauhan, kami selalu menghabiskan masa bersms dan bertelefon. Keluarga dia juga mampu menerima saya seadanya biarpun saya ni berlainan bangsa dan agama dengan mereka. Terasa seperti mimpi. Terasa seperti hidup dalam fairytale. Semuanya indah. Semuanya berjalan dengan lancar. Sehinggalah satu hari, saya dapat tahu, dia curang, curang dengan sahabat saya sendiri. 

Saat itu baru saya sedar, cinta itu tak selalunya indah. Usia hubungan tidak memberi jaminan, hubungan cinta yang terjalin tidak akan mengalami masalah. Dia akhirnya meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Kerana saya sayang dan ingin menjaga hati kedua-dua keluarga, saya memaafkannya, walaupun hati sudah berubah. Akhirnya, saya mengundurkan diri bila mendapat tahu, dia masih berhubungan dengan sahabat saya. Saya memberanikan diri untuk memutuskan hubungan. Dan mulakan hidup baru.

Cinta kedua, berlaku secara tidak sengaja. Si dia baru dipindahkan dari Head Branch ke cawangan kami. Selepas sebulan berkenalan, kami sah menjadi couple selepas dia datang ke rumah, dan memberitahu family saya, yang dia mahu ada hubungan serius dengan saya. Saya terkejut dan malu! Hahahaha!

Lucu kan? Perangai dia yang macam ni buat saya betul-betul sayang sama dia. Hubungan kami bertahan selama 2 tahun setengah dan kami terpaksa berpisah. Bukan sebab pihak ketiga, tapi kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. 

Dia lain dari lelaki yang lain. Dia jenis yang kuat cemburu, cepat marah, manja, dan selalu buat saya marah, benci (tapi sayang). Hahaha. Bila saya sakit, dialah yang paling risau, dia akan masak dan jaga saya, masakan dia memang sedap, ada juga saya belajar memasak dari dia. Bila hujan, dia sanggup ambil jaket atau baju tutup kepala saya kalau kebetulan tiada payung. Bila dalam kereta, saya kena panas atau kena matahari, dia pasti turunkan penghadang matahari. 

It's the little things that he do, that make me fall in love over and over again. But now, he's not here with me. Saya terpaksa mulakan hidup baru tanpa dia walaupun saya masih sayangkan dia. Mula-mula memang tidak biasa hidup tanpa dia, tapi sekarang, saya lebih berani, dan tak pernah berputus asa. Cuma kadang-kadang sunyi juga, tiada tempat mengadu, tiada tempat luahkan rasa sedih, beginilah kehidupan orang single kan? Hahaha. 

Lagipun saya belum bersedia menerima lelaki lain dalam hidup saya. Mungkin kerana takut kecewa, atau takut jumpa lelaki yang tak serius bercinta dengan saya. Ungkapan "I Love You" dan "I Miss You" dari lelaki lain rasa macam masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Rasa macam tak bererti. Rasa macam kosong. Hati saya, sedikit pun tidak terusik. Saya tak perlukan ramai peminat, saya cuma perlukan seorang lelaki yang betul-betul mencintai saya, dan mampu menerima saya seadanya.

Apa yang saya belajar dari pengalaman cinta saya, kita tidak boleh menaruh harapan tinggi terhadap pasangan kita. Apa yang boleh kita lakukan, ialah terima segala risiko dan menghargai masa-masa kita bersama pasangan kita. Ujian dalam bercinta itu bagus, kerana itulah penentu sama ada hubungan cinta itu akan bertahan atau tidak. Jika kita tak berani mengambil risiko, dan takut kecewa, buat apa bercinta?

Satu lagi, jika kita tak suka orang yang suka dengan kita, janganlah bagi dia harapan. Letak diri kita ditempat mereka, dan rasakan apa yang mereka akan rasa bila cinta mereka dipermainkan. Tolaklah cinta mereka dengan baik. Jangan buang masa. 

Okaylah, selamat membaca. Sorry entry terlalu panjang. Tiba-tiba mood jiwang pula. Hahaha. Doakan saya jumpa jodoh yang paling tepat untuk saya. Amen. :)


4 Sweet Roses!:

i like your entry zura!! sygkan hubungan yg 1st tu? 5yrs++ ended up with 3rd party n she is your friend??! OMG!!! Sorry to hear that...

I wonder what's up with the 2nd relationship. but apa2 pun cinta mmg tidak indah yg kita sangkakan!! I wonder mcmana ada yg buli bethn sama bepuluh2 thn! but i bet they went through a lot as well!! manada yg perfect kan.. sedangkan lidah lg tergigit!

nyway, all the best to you n your lovey2! hehehe...

i like this - Love is not about finding the right person but creating a right relationship. it's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end.

Till then, cheers... happy kaamatan! :D

@Just~Itulah pasal geng, I think I still waiting for him (second one) to come back. Even though it is impossible. Haisshhh, so sad lah. Banyak juga yg cakap mahu hubungan serius sama saya, tapi kenapa saya tak suka ya? Mcm buduh bah sa ni. Sa pun nda faham napa mcm ni.

hati ko blm tebuka mo terima yg lain ba tu moy... jgn la ko susah2 ati... sure there is someone out there is meant for you cuma timing seja nda tau bila.. :D

@Just~Yakah mandak, harap2 macam tu lah. Thanks ah, senang sikit hati sa ni, dengar nasihat ko, ekekeke. You're such a great friend. Terharu sa owh. :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More