30 May 2011

Dunia Oh Dunia!

Perasan tak, kebelakangan ni, banyak betul perkara pelik berlaku, bukan saja di Malaysia, tapi seluruh dunia. Adakah kerana manusia sudah hilang pegangan agama, sehingga tidak dapat membezakan mana baik dan mana yang buruk? Bagi yang kuat pegangan agama pula, ada yang terlalu obses sehingga memakan diri mereka sendiri.

Bunuh Diri: Tiru Proses Jesus Christ Disalibkan
Seorang lelaki di Korea Selatan dikatakan membunuh diri selepas perayaan Easter dengan meniru proses penyaliban Jesus Christ. Kim, dijumpai mati disebuah kuari terbiar di Mungyeong pada 01hb May 2011. Mayat kim hanya dijumpai selepas seminggu. Semasa ditemui, Kim hanya berseluar dalam dan terdapat mahkota berduri diatas kepalanya.


Polis Korea Selatan menjumpai nota dengan tulisan tangan Kim yang menunjukkan dengan terperinci proses penyalibannya. Walau bagaimanapun, pihak polis masih meneruskan siasatan untuk memastikan sama ada dia mendapat pertolongan dari orang lain semasa dia membunuh diri. Ikuti berita penuhnya di SINI.

Kerana tidak mampu membelikan teman wanitanya seekor anjing, dia membenarkan teman wanitanya melayannya seperti anjing.
Siapakah mereka? Lelaki itu bernama Feng, seorang guru Matematik yang selalu dilihat memegang handbag berwarna pink dan kipas berwarna kuning. 

Teman wanitanya, Tang, teringin untuk memiliki seekor anjing Chow Chow. Oleh kerana Feng tidak mampu untuk membelikannya seekor anjing, dia merelakan dirinya diperlakukan seperti anjing, dengan mengikat lehernya dengan kabel berwarna biru semasa mereka keluar bersiar-siar. Ikuti berita penuhnya di SINI.


5 Sweet Roses!:

OMG!!! punya bego...ish3...sot o..

@Mic~Hahaha, lucu kan? Adehhh, makin pelik pemikiran manusia sekarang ni.

@Akemi~I guess so, macam-macam hal pelik terjadi, di Malaysia pula, terbaru, pasal kes simbah asid tu. Seram.

Aku mau kata bodoh tapi sekarang ni hati aku masih baik n berlembut. Jadi komenku, semua kes2 camni adalah mangsa psikologi sendiri. HILANG KEWARASAN AKAL.

@Samizul~Gila kali kan? Haisssh inda tau apa yg ada dalam kepala otak dorg ni. :D

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More