15 May 2011

Dalam Proses Membuat Keputusan. Bingung!

Hai semua, sorry lama tak update blog, kebelakangan ni, Zura busy sikit. Dalam dua tiga hari ni, Zura bingung, selalu termenung sebab banyak betul yang Zura fikirkan.

Credit Image: Beautyhealthwomen.com
12/05/2011

  1. Patricia sms Zura, yang dia dan juga bini boss mahu Zura bekerja semula dengan mereka.
  2. Gaji dinaikkan serta merta jika Zura bersetuju untuk bekerja semula disana.
  3. Alasan mereka: Zura lebih berpengalaman dan pekerja baru bersikap kurang ajar.

Situasi Tempat Kerja Baru (15/04/2011 - 14/05/2011)
  1. Busy dari jam 8 pagi sampai jam 5 petang. 
  2. Handphone diletakkan ditempat yang dikhaskan. Tidak boleh memegang handphone semasa waktu bekerja.
  3. Kadang-kadang terpaksa lambat pulang. Paperwork perlu disiapkan dalam hari yang sama walaupun tugasan itu baru diterima jam 4.30 atau 5.00 petang.
  4. Selalu tiada masa untuk breakfast, lunch atau rehat. Zura selalu gastrik.
  5. Terpaksa buat semua kerja walaupun bukan kerja Zura. Kadang-kadang kerja sendiri tak siap, disuruh buat kerja lain, layan customer, bila kerja lambat siap, kena tegur oleh boss lagi, cakap kita lambat buat kerja. 

Pendapat Dari Orang-orang Yang Rapat Dengan Zura
  1. Mama: Kalau boleh, bertahanlah sampai hujung bulan baru berhenti.
  2. Miss Khim (Sifu ditempat kerja baru): Fikirlah mana yang terbaik. Kalau mahu kerja di company baru ni, terpaksa tahan dengan perangai cerewet bini boss. Situasi dan suasana tempat kerja tidak seperti di tempat kerja lama. Semua kerja mesti dibuat kalau dapat arahan dari bini boss. Pulang pun selalu lambat sebab bini boss suka bagi kerja last minute, tapi dia mahu disiapkan cepat, macam jak kita ni robot, tapi dia sendiri bagi gaji lambat. Buat kerja pun lagi lambat dari kita. Slip gaji tidak pernah diberikan. 
  3. Patricia (BM company lama): Baliklah kerja disini. Kerja tidak sesibuk ditempat kerja baru. Disini masa breakfast, lunch, minum petang, semua teratur. Dekat lagi dengan rumah. Semua orang rindukan kau, pulanglah. Pekerja baru terlampau kurang ajar dan tidak mengikut arahan. Dia berani melawan, dan berkira bila disuruh buat kerja. Kadang-kadang berani call bini boss untuk complain pekerja lain.
Seriously, Zura tak tahu apa yang patut dibuat. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. But to tell you the truth, Zura selalu rindukan tempat kerja lama. Padahal dulu Zura selalu mengeluh, dan tak berpuas hati dengan cara mereka layan staff. LOL!

But somehow, bila Zura nampak dunia luar, walaupun baru sebulan meninggalkan tempat kerja lama, baru Zura sedar, pressure yang Zura terima ditempat kerja baru lebih teruk dari ditempat kerja lama. Tapi Zura tak menyesal juga mencuba suasana kerja baru, sekurang-kurangnya Zura dapat tengok dunia luar, dan cuba cabaran baru, something yang Zura tak pernah buat.

Dan satu hal lagi, kalau Zura balik kerja disana, pekerja yang ganti Zura tu akan dibuang. Kasihan juga. Aduhhh. Kelmarin zura datang office pun dia tak layan Zura, peliklah, maybe dia tak suka Zura datang. Nak tahu kenapa? Sila baca di entry [Bila Si Kawan Makan Kawan].

So, apa cadangan kamu? Please pray for me. :)


0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More