07 May 2011

Bila Si Kawan Makan Kawan

Credit image: BlingCheese.com
Hai semua, sorry lama tak blogwalking dan update blog ni, banyak sebenarnya kisah yang Zura nak kongsikan bersama kamu semua. Setiap hari banyak pengajaran yang Zura dapat dari kehidupan seharian Zura. Tapi tak tahu macam mana nak mulakan. 

Hari ni, Zura kerja half day, then Zura bergegas ke company lama Zura untuk sambung kerja dan ambil gaji bulan April. Manager Zura, si Patricia dah pesan supaya Zura turun ke sana setiap hari Sabtu, untuk belajar Accounting UBS dengan dia sambil buat kerja disitu, kira part time lah. Dan ada gaji diberikan untuk Zura. Terharu pula.

Kerani baru yang ganti Zura tu ada juga minta ajar Zura buat Statement, sebab dia tak pandai guna UBS, so Zura ajarlah dia dengan penuh kesabaran. Dia ni pun Zura yang rekomenkan masuk kerja. Sebab ingatkan dia baik, dan Zura sedikit bersimpati dengan keadaan dia, seorang ibu tunggal yang berusaha membesarkan dua orang anak. Tapi betul la cakap orang, "Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain". Di belakang Zura, dia siap complaint Zura lagi, cakap dengan bini boss yang Zura tak buat kerja dengan baik. 

Damn her!

Nasib baik bini boss dan Patricia tak percaya. Bingung kepala Zura. Tak tahu apa motif dia cakap macam tu. Maybe dia cemburu sebab lelaki yang dia suka tu suka dengan Zura. Dia asyik cerita dengan Zura, yang lelaki tu selalu hantar dia balik rumah, then sometimes dorang ada keluar makan malam. The problem is, Zura sikit pun tak layan lelaki tu lebih dari seorang kawan biarpun Zura dah kenal lelaki tu lebih dari dua tahun. Sebab perangai lelaki tu memang BUAYA. Dia pernah janji dengan Zura, kalau Zura terima dia, dia akan setia dengan Zura. Pergi Jahanamlah!

Rasa sedih sangat-sangat, sebab Zura dah berusaha sedaya upaya bantu dia dapat kerja ni. Tapi ini balasan yang dia bagi pada Zura. Dan Zura pun dah anggap dia sebagai kawan biarpun baru kenal. 

Sebaliknya, bila Zura check kerja-kerja yang dia buat, hampir Zura sakit jantung. Langsung tak kemas, dia buat kerja tak ikut yang Zura ajar, adoiii, pening pening pening. Cakap tak serupa bikin!

So pengajarannya, JANGAN TERLALU PERCAYA DENGAN ORANG. Orang yang baik didepan kita ni, tak semestinya baik dibelakang kita. So beware!


Quote of the day: Before you go, would you take this knife out of my back? You will need it again someday, BACKSTABBER!


5 Sweet Roses!:

betul.. don't trust too much to others.. mau pandai juga jaga diri..manatau kwn tikam belakang pula, mcm yg dlm gmbr ko tu hehe

dah biasa kena orang mcm ni.....what to do lah....orang mcm tu..someday kena balik juga..karma.... =)

hai zura..
emm lum perna lg jumpa org camni..kalu jumpa..menkali nangis sudah aku huuuhu

aisehmen! bagus2 urg kasi cari dia keja.. dia kutuk dr blkg pulak. menyesalnya sia rekomen dia. oppss... terlebih pulak sia ni! Ada hari kena balas jg tu zura.

@Stella~Yalor, sa kecewa bah sama dia. T_T Sampai hati dia owh buat sa macam tu.

@Angel~Sabar jaklah kan dear, sa pun malas mo p cari hal, buang masa bah.

@Mama JnJ~Huhuhu baguslah sis belum pernah jumpa orang mcm ni, sakit betul hati bah, uhuhuhu.

@Just~Hahahaha, memang itu pula yg sa rasa, menyesal tolong dia pun ada tau, hahahaha.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More