17 May 2011

Bayi Dilahirkan Berkepala Dua Berada Dalam Keadaan Sihat


Sepasang suami isteri di China yang sedang menunggu kelahiran bayi pertama mereka, terkejut apabila doktor mengesahkan yang bayi perempuan mereka mempunyai satu badan dengan dua kepala selalu ujian ultrasound ketiga, awal bulan Mei lalu.

Bao Qiaoyang, 25 tahun dan suaminya Liao Guojun akhirnya memutuskan untuk menggugurkannya. Tapi sebelum sempat proses pengguguran itu dilakukan, Bao sudah menunjukkan tanda-tanda mahu melahirkan semasa tiba di hospital untuk melakukan penguguran. Akhirnya pembedahan C-section (Caesarean section) terpaksa dilakukan.

Bayi perempuan itu berada dalam keadaan sihat. Hasil pemeriksaan menunjukkan bayi perempuan ini juga mempunyai dua tulang belakang dan satu setengah jantung. Mereka berkongsi organ-organ lain.

Doktor tidak dapat melakukan pembedahan untuk memisahkan mereka. Mereka harus hidup bersama-sama.


P/s: Kalau sudah nasib baby untuk terus hidup, macam mana cara kita mahu buang atau gugurkan pun, hidup juga baby. Harap-harap pasangan suami isteri ni tabah. Kalau dorang putus asa, siapa lagi dapat tolong baby mereka ni. :)


MAD: RM68 instead of RM386 for a Balinese Full Body Massage + Full Body Scrub + Herbal Ball Massage OR Aroma Ear Candling at Emperor Spa, Damansara Utama. Click HERE for free discount voucher! :)

6 Sweet Roses!:

ada sya nmpk d tv ni.. sian oh kan...

alahaiii kesian sungguh bayi ini. moga mereka akan hidup dengan sempurna kelak

Kesian kan? Entah apalah nasib baby ni, uhuhuhu. :'(

Aduhh kesiannya baby ni..it strongly shows us how great the God is. I wish they'll survive.

@Aemy~Sedih saya tengok baby ni. Nak pisahkan pun tak boleh. Uhuhuhu!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More