22 May 2011

21 Mei 2011: Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat, Selangor.


Kejadian tanah runtuh yang menimpa Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, Selangor, petang semalam mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.


Pengarah Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata, tanah runtuh ini berkemungkinan berpunca daripada faktor alam semula jadi, iaitu aliran puing (debris flow). 

Debris flow ini berpunca daripada tiga faktor alam sekitar iaitu keadaan cuaca, keadaan muka bumi dan geologi, di mana ia turut berkaitan dengan sumber air atas bukit. Tekanan air atas bukit yang kuat ini turut membawa sekali batu, pokok serta tanah dan mengakibatkan pergerakan tanah punca berlakunya tanah runtuh.

Kejadian ini adalah normal berlaku di kawasan berbukit tetapi tidak diberi perhatian serius kerana jarang membabitkan kawasan didiami penduduk. 


Situasi yang berlaku semasa kejadian tanah runtuh. Credit gambar: Kosmo

Credit gambar: Metro

Credit gambar: Metro

credit gambar: Metro

Credit gambar: Metro


Sama-samalah kita sedekahkan doa kepada mereka yang telah 'pergi'. Semoga roh mereka tenang disana. Untuk mangsa-mangsa yang terselamat dan yang masih kritikal, kita doakan mereka supaya selamat dan tabah menjalani kehidupan mendatang. Amin.

Dapatkan berita terkini mengenai kejadian tanah runtuh ini di Metro.




UP FOR GRABS: DiGi is giving away free ASUS Eee PC Netbook + modem worth RM1,259 when you sign up for Explore 10GB broadband plan. For more details, click HERE.



2 Sweet Roses!:

@Nelly~Kesian kan, saya hampir nangis owh. :'(

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More