31 May 2011

Saya Nak Join Bloglist andyhowtt


Selamat pagi semua. Jom kita ramai-ramai join bloglist si Andyhowtt. Senang sikit nak tukar info ataupun tips. Just click link kat bawah ni ya. You will not regret it! :)



Nenek 74 Tahun Pegang Rekod Ahli Bina Badan Wanita Paling Tua


Walaupun sudah berusia 74 tahun dan bergelar nenek, kekuatan dan stamina Ernestine Shepherd sukar ditandingi oleh wanita muda. 

Malah, warga emas itu diiktiraf Guinness Book of Records sebagai ahli bina badan wanita kompetitif paling tua di dunia. "Usia hanyalah angka semata-mata," kata Ernestine yang mempunyai perut langsing dan berotot.

Suaminya yang berusia 54 tahun, Collin Shepherd berkata, sejak 18 tahun lalu, isterinya telah menyertai 18 acara marathon dan memenangi dua pertandingan bina badan. Pasangan tersebut menetap di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) bersama anak lelaki dan seorang cucu yang berusia 14 tahun. 

Mengenai rutin hariannya, Ernestine bangun seawal pukul 3 pagi untuk bermeditasi sebelum berjoging sejauh 16 kilometer di sebuah taman. Dia cuma makan nasi perang, dada ayam dan sayuran bersama segelas putih telur tiga kali sehari untuk kekal bertenaga dan langsing.

Azura: Jangan macam2 owh, patah badan kamu dia kerjakan kalau kamu cari pasal. 


30 May 2011

What Is The Meaning Of True Love? Can You Please Tell Me?

Semua orang tahu apa itu CINTA kan? Semua orang juga mungkin pernah merasainya. Tak kisahlah cinta itu indah atau cinta itu menyakitkan. Saya sendiri pun pernah merasainya, dan masih berusaha memahami apa erti sebenar cinta.

Terus-terang saya katakan, saya hanya pernah serius bercinta sebanyak dua kali. Cinta monyet pasti ada, tapi tak penting pun. Cinta pertama saya bertahan selama 5 tahun setengah. Walaupun dia tidaklah kaya, tidaklah kacak, dan berlainan bangsa serta agama dengan saya, tapi dia sangat menghormati keluarga saya. 

Walaupun kami berjauhan, kami selalu menghabiskan masa bersms dan bertelefon. Keluarga dia juga mampu menerima saya seadanya biarpun saya ni berlainan bangsa dan agama dengan mereka. Terasa seperti mimpi. Terasa seperti hidup dalam fairytale. Semuanya indah. Semuanya berjalan dengan lancar. Sehinggalah satu hari, saya dapat tahu, dia curang, curang dengan sahabat saya sendiri. 

Saat itu baru saya sedar, cinta itu tak selalunya indah. Usia hubungan tidak memberi jaminan, hubungan cinta yang terjalin tidak akan mengalami masalah. Dia akhirnya meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Kerana saya sayang dan ingin menjaga hati kedua-dua keluarga, saya memaafkannya, walaupun hati sudah berubah. Akhirnya, saya mengundurkan diri bila mendapat tahu, dia masih berhubungan dengan sahabat saya. Saya memberanikan diri untuk memutuskan hubungan. Dan mulakan hidup baru.

Cinta kedua, berlaku secara tidak sengaja. Si dia baru dipindahkan dari Head Branch ke cawangan kami. Selepas sebulan berkenalan, kami sah menjadi couple selepas dia datang ke rumah, dan memberitahu family saya, yang dia mahu ada hubungan serius dengan saya. Saya terkejut dan malu! Hahahaha!

Lucu kan? Perangai dia yang macam ni buat saya betul-betul sayang sama dia. Hubungan kami bertahan selama 2 tahun setengah dan kami terpaksa berpisah. Bukan sebab pihak ketiga, tapi kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. 

Dia lain dari lelaki yang lain. Dia jenis yang kuat cemburu, cepat marah, manja, dan selalu buat saya marah, benci (tapi sayang). Hahaha. Bila saya sakit, dialah yang paling risau, dia akan masak dan jaga saya, masakan dia memang sedap, ada juga saya belajar memasak dari dia. Bila hujan, dia sanggup ambil jaket atau baju tutup kepala saya kalau kebetulan tiada payung. Bila dalam kereta, saya kena panas atau kena matahari, dia pasti turunkan penghadang matahari. 

It's the little things that he do, that make me fall in love over and over again. But now, he's not here with me. Saya terpaksa mulakan hidup baru tanpa dia walaupun saya masih sayangkan dia. Mula-mula memang tidak biasa hidup tanpa dia, tapi sekarang, saya lebih berani, dan tak pernah berputus asa. Cuma kadang-kadang sunyi juga, tiada tempat mengadu, tiada tempat luahkan rasa sedih, beginilah kehidupan orang single kan? Hahaha. 

Lagipun saya belum bersedia menerima lelaki lain dalam hidup saya. Mungkin kerana takut kecewa, atau takut jumpa lelaki yang tak serius bercinta dengan saya. Ungkapan "I Love You" dan "I Miss You" dari lelaki lain rasa macam masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Rasa macam tak bererti. Rasa macam kosong. Hati saya, sedikit pun tidak terusik. Saya tak perlukan ramai peminat, saya cuma perlukan seorang lelaki yang betul-betul mencintai saya, dan mampu menerima saya seadanya.

Apa yang saya belajar dari pengalaman cinta saya, kita tidak boleh menaruh harapan tinggi terhadap pasangan kita. Apa yang boleh kita lakukan, ialah terima segala risiko dan menghargai masa-masa kita bersama pasangan kita. Ujian dalam bercinta itu bagus, kerana itulah penentu sama ada hubungan cinta itu akan bertahan atau tidak. Jika kita tak berani mengambil risiko, dan takut kecewa, buat apa bercinta?

Satu lagi, jika kita tak suka orang yang suka dengan kita, janganlah bagi dia harapan. Letak diri kita ditempat mereka, dan rasakan apa yang mereka akan rasa bila cinta mereka dipermainkan. Tolaklah cinta mereka dengan baik. Jangan buang masa. 

Okaylah, selamat membaca. Sorry entry terlalu panjang. Tiba-tiba mood jiwang pula. Hahaha. Doakan saya jumpa jodoh yang paling tepat untuk saya. Amen. :)


Dunia Oh Dunia!

Perasan tak, kebelakangan ni, banyak betul perkara pelik berlaku, bukan saja di Malaysia, tapi seluruh dunia. Adakah kerana manusia sudah hilang pegangan agama, sehingga tidak dapat membezakan mana baik dan mana yang buruk? Bagi yang kuat pegangan agama pula, ada yang terlalu obses sehingga memakan diri mereka sendiri.

Bunuh Diri: Tiru Proses Jesus Christ Disalibkan
Seorang lelaki di Korea Selatan dikatakan membunuh diri selepas perayaan Easter dengan meniru proses penyaliban Jesus Christ. Kim, dijumpai mati disebuah kuari terbiar di Mungyeong pada 01hb May 2011. Mayat kim hanya dijumpai selepas seminggu. Semasa ditemui, Kim hanya berseluar dalam dan terdapat mahkota berduri diatas kepalanya.


Polis Korea Selatan menjumpai nota dengan tulisan tangan Kim yang menunjukkan dengan terperinci proses penyalibannya. Walau bagaimanapun, pihak polis masih meneruskan siasatan untuk memastikan sama ada dia mendapat pertolongan dari orang lain semasa dia membunuh diri. Ikuti berita penuhnya di SINI.

Kerana tidak mampu membelikan teman wanitanya seekor anjing, dia membenarkan teman wanitanya melayannya seperti anjing.
Siapakah mereka? Lelaki itu bernama Feng, seorang guru Matematik yang selalu dilihat memegang handbag berwarna pink dan kipas berwarna kuning. 

Teman wanitanya, Tang, teringin untuk memiliki seekor anjing Chow Chow. Oleh kerana Feng tidak mampu untuk membelikannya seekor anjing, dia merelakan dirinya diperlakukan seperti anjing, dengan mengikat lehernya dengan kabel berwarna biru semasa mereka keluar bersiar-siar. Ikuti berita penuhnya di SINI.


25 May 2011

Murid Perempuan Berumur 10 Tahun Nyaris Jadi Mangsa Rogol Lelaki Gila Seks!


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa rogol selepas diculik lebih satu jam oleh seorang lelaki dari kawasan sekolahnya berhampiran Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian mangsa dilaporkan keluar dari kelasnya untuk ke tandas sebelum disapa suspek yang berada di luar pagar sekolah berkenaan. Apabila mangsa menghampiri suspek, lelaki dipercayai berusia 30-an itu segera memegang tangan mangsa dengan kuat. Dia melilit badan mangsa menggunakan kain pelekat sebelum mengangkat mangsa keluar melepasi pagar sekolah.

Ketika itu, mangsa menjerit ketakutan, namun tidak didengari sesiapa. Suspek kemudian meletakkan mangsa di atas motosikalnya dan membawa kanak-kanak itu ke satu kawasan semak di Jalan Semarak, kira-kira dua kilometer dari sekolah.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek dipercayai gila seks menculik mangsa dengan tujuan merogolnya, namun mangsa terselamat apabila penjenayah terbabit melarikan diri selepas menyedari beberapa orang awam melalui kawasan semak tempat dia melarikan kanak-kanak berkenaan.

Sumber: Metro


Tutorial: Hilangkan Warning "You May Be A Victim Of Software Counterfeiting" Pada Windows XP Anda

Credit image: ghacks.net
Pernah tak dapat warning macam ni? Geramnya saya, kerana kegatalan tangan saya yang suka ubah setting lappy sana sini, dan cari updates online, tiba-tiba screen lappy saya jadi hitam, hilang wallpaper "BOYFRIEND" kesayangan saya si JANG GEUN SUK. Aduiii perasan juga saya ni. Kita abaikan, hahaha!

Romantic scenes from Korean Drama: You're Beautiful!
Hampir jatuh biji mata saya nampak screen lappy jadi hitam, so fikir punya fikir, saya terpaksa memberanikan diri bertanya dengan MR. GOOGLE. Bila tanya dia pula, dia suruh saya cari sendiri, tapi ada jugalah dia bagi saya hints sikit2, hahaha. Contohnya di SINI

Bila korek punya korek, saya rasa link dibawah jak yang senang difaham and senang diikut. Saya takut salah ajar, so saya akan bagi link sahaja ya, kalau tak dapat buat, baru saya siapkan steps tutorial one by one. Okay? Hehehe. 




P/s: Sila bagi komen atau cadangan selepas mencuba tutorial ni ya. Terima kasih. :)


22 May 2011

21 Mei 2011: Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat, Selangor.


Kejadian tanah runtuh yang menimpa Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, Selangor, petang semalam mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.


Pengarah Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata, tanah runtuh ini berkemungkinan berpunca daripada faktor alam semula jadi, iaitu aliran puing (debris flow). 

Debris flow ini berpunca daripada tiga faktor alam sekitar iaitu keadaan cuaca, keadaan muka bumi dan geologi, di mana ia turut berkaitan dengan sumber air atas bukit. Tekanan air atas bukit yang kuat ini turut membawa sekali batu, pokok serta tanah dan mengakibatkan pergerakan tanah punca berlakunya tanah runtuh.

Kejadian ini adalah normal berlaku di kawasan berbukit tetapi tidak diberi perhatian serius kerana jarang membabitkan kawasan didiami penduduk. 


Situasi yang berlaku semasa kejadian tanah runtuh. Credit gambar: Kosmo

Credit gambar: Metro

Credit gambar: Metro

credit gambar: Metro

Credit gambar: Metro


Sama-samalah kita sedekahkan doa kepada mereka yang telah 'pergi'. Semoga roh mereka tenang disana. Untuk mangsa-mangsa yang terselamat dan yang masih kritikal, kita doakan mereka supaya selamat dan tabah menjalani kehidupan mendatang. Amin.

Dapatkan berita terkini mengenai kejadian tanah runtuh ini di Metro.




UP FOR GRABS: DiGi is giving away free ASUS Eee PC Netbook + modem worth RM1,259 when you sign up for Explore 10GB broadband plan. For more details, click HERE.



[Gambar] Hidup Tanpa Rumah Memaksa Mereka Mencari Tempat yang Sesuai Untuk Berehat Dan Tidur

Bilangan penduduk yang tidak mempunyai rumah diseluruh dunia dikatakan semakin meningkat. Kerana hidup serba kekurangan, mereka terpaksa mencari "tempat" yang sesuai (ataupun pelik) untuk tidur. Sama-sama kita doakan pihak berwajib dapat memberikan mereka tempat tinggal dan pekerjaan untuk kehidupan yang lebih selesa.

Seorang wanita dijumpai tidur diatas pokok. Ikuti beritanya di SINI.

Seorang lelaki dikatakan menghabiskan malamnya dalam sebuah paip. Ikuti beritanya di SINI.

Seorang wanita berusia 58 tahun dikatakan tinggal dalam almari seorang lelaki selama setahun tanpa dikesan! Ikuti berita penuhnya di SINI.  Gambar sekadar hiasan.

Ada gambar lain untuk dikongsi? Sila emailkan ke jhoann_dreams@hotmail.com. Selamat bercuti semua. Selamat menyambut perayaan Kaamatan. Jangan aramaiti sampai lugai2 kio. :)


17 May 2011

Bayi Dilahirkan Berkepala Dua Berada Dalam Keadaan Sihat


Sepasang suami isteri di China yang sedang menunggu kelahiran bayi pertama mereka, terkejut apabila doktor mengesahkan yang bayi perempuan mereka mempunyai satu badan dengan dua kepala selalu ujian ultrasound ketiga, awal bulan Mei lalu.

Bao Qiaoyang, 25 tahun dan suaminya Liao Guojun akhirnya memutuskan untuk menggugurkannya. Tapi sebelum sempat proses pengguguran itu dilakukan, Bao sudah menunjukkan tanda-tanda mahu melahirkan semasa tiba di hospital untuk melakukan penguguran. Akhirnya pembedahan C-section (Caesarean section) terpaksa dilakukan.

Bayi perempuan itu berada dalam keadaan sihat. Hasil pemeriksaan menunjukkan bayi perempuan ini juga mempunyai dua tulang belakang dan satu setengah jantung. Mereka berkongsi organ-organ lain.

Doktor tidak dapat melakukan pembedahan untuk memisahkan mereka. Mereka harus hidup bersama-sama.


P/s: Kalau sudah nasib baby untuk terus hidup, macam mana cara kita mahu buang atau gugurkan pun, hidup juga baby. Harap-harap pasangan suami isteri ni tabah. Kalau dorang putus asa, siapa lagi dapat tolong baby mereka ni. :)


MAD: RM68 instead of RM386 for a Balinese Full Body Massage + Full Body Scrub + Herbal Ball Massage OR Aroma Ear Candling at Emperor Spa, Damansara Utama. Click HERE for free discount voucher! :)

15 May 2011

Dalam Proses Membuat Keputusan. Bingung!

Hai semua, sorry lama tak update blog, kebelakangan ni, Zura busy sikit. Dalam dua tiga hari ni, Zura bingung, selalu termenung sebab banyak betul yang Zura fikirkan.

Credit Image: Beautyhealthwomen.com
12/05/2011

  1. Patricia sms Zura, yang dia dan juga bini boss mahu Zura bekerja semula dengan mereka.
  2. Gaji dinaikkan serta merta jika Zura bersetuju untuk bekerja semula disana.
  3. Alasan mereka: Zura lebih berpengalaman dan pekerja baru bersikap kurang ajar.

Situasi Tempat Kerja Baru (15/04/2011 - 14/05/2011)
  1. Busy dari jam 8 pagi sampai jam 5 petang. 
  2. Handphone diletakkan ditempat yang dikhaskan. Tidak boleh memegang handphone semasa waktu bekerja.
  3. Kadang-kadang terpaksa lambat pulang. Paperwork perlu disiapkan dalam hari yang sama walaupun tugasan itu baru diterima jam 4.30 atau 5.00 petang.
  4. Selalu tiada masa untuk breakfast, lunch atau rehat. Zura selalu gastrik.
  5. Terpaksa buat semua kerja walaupun bukan kerja Zura. Kadang-kadang kerja sendiri tak siap, disuruh buat kerja lain, layan customer, bila kerja lambat siap, kena tegur oleh boss lagi, cakap kita lambat buat kerja. 

Pendapat Dari Orang-orang Yang Rapat Dengan Zura
  1. Mama: Kalau boleh, bertahanlah sampai hujung bulan baru berhenti.
  2. Miss Khim (Sifu ditempat kerja baru): Fikirlah mana yang terbaik. Kalau mahu kerja di company baru ni, terpaksa tahan dengan perangai cerewet bini boss. Situasi dan suasana tempat kerja tidak seperti di tempat kerja lama. Semua kerja mesti dibuat kalau dapat arahan dari bini boss. Pulang pun selalu lambat sebab bini boss suka bagi kerja last minute, tapi dia mahu disiapkan cepat, macam jak kita ni robot, tapi dia sendiri bagi gaji lambat. Buat kerja pun lagi lambat dari kita. Slip gaji tidak pernah diberikan. 
  3. Patricia (BM company lama): Baliklah kerja disini. Kerja tidak sesibuk ditempat kerja baru. Disini masa breakfast, lunch, minum petang, semua teratur. Dekat lagi dengan rumah. Semua orang rindukan kau, pulanglah. Pekerja baru terlampau kurang ajar dan tidak mengikut arahan. Dia berani melawan, dan berkira bila disuruh buat kerja. Kadang-kadang berani call bini boss untuk complain pekerja lain.
Seriously, Zura tak tahu apa yang patut dibuat. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. But to tell you the truth, Zura selalu rindukan tempat kerja lama. Padahal dulu Zura selalu mengeluh, dan tak berpuas hati dengan cara mereka layan staff. LOL!

But somehow, bila Zura nampak dunia luar, walaupun baru sebulan meninggalkan tempat kerja lama, baru Zura sedar, pressure yang Zura terima ditempat kerja baru lebih teruk dari ditempat kerja lama. Tapi Zura tak menyesal juga mencuba suasana kerja baru, sekurang-kurangnya Zura dapat tengok dunia luar, dan cuba cabaran baru, something yang Zura tak pernah buat.

Dan satu hal lagi, kalau Zura balik kerja disana, pekerja yang ganti Zura tu akan dibuang. Kasihan juga. Aduhhh. Kelmarin zura datang office pun dia tak layan Zura, peliklah, maybe dia tak suka Zura datang. Nak tahu kenapa? Sila baca di entry [Bila Si Kawan Makan Kawan].

So, apa cadangan kamu? Please pray for me. :)


07 May 2011

Bila Si Kawan Makan Kawan

Credit image: BlingCheese.com
Hai semua, sorry lama tak blogwalking dan update blog ni, banyak sebenarnya kisah yang Zura nak kongsikan bersama kamu semua. Setiap hari banyak pengajaran yang Zura dapat dari kehidupan seharian Zura. Tapi tak tahu macam mana nak mulakan. 

Hari ni, Zura kerja half day, then Zura bergegas ke company lama Zura untuk sambung kerja dan ambil gaji bulan April. Manager Zura, si Patricia dah pesan supaya Zura turun ke sana setiap hari Sabtu, untuk belajar Accounting UBS dengan dia sambil buat kerja disitu, kira part time lah. Dan ada gaji diberikan untuk Zura. Terharu pula.

Kerani baru yang ganti Zura tu ada juga minta ajar Zura buat Statement, sebab dia tak pandai guna UBS, so Zura ajarlah dia dengan penuh kesabaran. Dia ni pun Zura yang rekomenkan masuk kerja. Sebab ingatkan dia baik, dan Zura sedikit bersimpati dengan keadaan dia, seorang ibu tunggal yang berusaha membesarkan dua orang anak. Tapi betul la cakap orang, "Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain". Di belakang Zura, dia siap complaint Zura lagi, cakap dengan bini boss yang Zura tak buat kerja dengan baik. 

Damn her!

Nasib baik bini boss dan Patricia tak percaya. Bingung kepala Zura. Tak tahu apa motif dia cakap macam tu. Maybe dia cemburu sebab lelaki yang dia suka tu suka dengan Zura. Dia asyik cerita dengan Zura, yang lelaki tu selalu hantar dia balik rumah, then sometimes dorang ada keluar makan malam. The problem is, Zura sikit pun tak layan lelaki tu lebih dari seorang kawan biarpun Zura dah kenal lelaki tu lebih dari dua tahun. Sebab perangai lelaki tu memang BUAYA. Dia pernah janji dengan Zura, kalau Zura terima dia, dia akan setia dengan Zura. Pergi Jahanamlah!

Rasa sedih sangat-sangat, sebab Zura dah berusaha sedaya upaya bantu dia dapat kerja ni. Tapi ini balasan yang dia bagi pada Zura. Dan Zura pun dah anggap dia sebagai kawan biarpun baru kenal. 

Sebaliknya, bila Zura check kerja-kerja yang dia buat, hampir Zura sakit jantung. Langsung tak kemas, dia buat kerja tak ikut yang Zura ajar, adoiii, pening pening pening. Cakap tak serupa bikin!

So pengajarannya, JANGAN TERLALU PERCAYA DENGAN ORANG. Orang yang baik didepan kita ni, tak semestinya baik dibelakang kita. So beware!


Quote of the day: Before you go, would you take this knife out of my back? You will need it again someday, BACKSTABBER!


06 May 2011

OST Cinta Melody: Zivilia Band - Aishiteru


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimi ga tooku ni ite mo
Kimi no omoi ga tsunagaru kara
Shinjiteru yo shinjiteru yo

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Wo..wo..wo..
Wo..wo..wo..a a ai aishiteru


--Download lagu ini di SINI--


02 May 2011

OSAMA Bin Laden Berjaya Dibunuh!

Hai semua lama tak banyak cakap dengan you all, hehehe, sorry lama tak update, line broadband mengalahkan siput, mo tunggu loading pun susah, rasanya Zura kena tukar template, tapi masih malas nak cari, ehehe.

Hari ni still cuti, cuti ganti untuk Hari Pekerja, so Zura stay di rumah saja, malas nak keluar. Cuaca di Tawau, sekejap panas, sekejap mendung, sekarang nampaknya macam mahu hujan sudah ni. Bagus juga kalau hujan, boleh tidur, ekekeke!



Ada dengar cerita tak pasal OSAMA BIN LADEN? Dalam Twitter sibuk cakap pasal si Osama ni. Ramai yang cakap si Osama ni sudah mati, tak pasti jugalah. Tapi bila Zura baca berita di CNN, pihak CNN pun dah sahkan yang berita ni memang benar. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca di SINI.

STORY HIGHLIGHTS:
  • Osama bin Laden was the leader of the al Qaeda terrorist group
  • The Islamic militant was born into a wealthy Saudi family
  • He was behind the 9/11 attacks in the United States, among others
  • Bin Laden was killed along with other family members outside Islamabad
  • Sources say U.S officials have the body of Bin Laden
  • President Barrack Obama is expected to address the nation shortly





P/s: Ada Blackberry? Apa kata pilih pakej yang ditawarkan oleh DiGi khas untuk pengguna Blackberry?


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More