04 April 2011

Ya Ampun! Isteri Ku Seorang Lelaki??


Setelah bernikah selama enam bulan, seorang lelaki baru mengetahui bahawa isterinya itu ialah seorang lelaki tulen. Umar berkenalan dengan isterinya itu, Fransiska Anatasya Octaviany menerusi Facebook setelah tertarik dengan kecantikan wajahnya.


Semasa mereka bertemu, lelaki yang mengaku wanita itu memakai tudung. 

Pasangan itu berkahwin seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri setelah jiran-jiran Umar mengadu dia tinggal bersama Fransiska selama seminggu. Perbuatan tersebut tidak elok dipandang masyarakat dan agama. Jiran-jirannya itu meminta mereka berkahwin dan pasangan itu bersetuju.

Namun, setelah enam bulan bernikah, Umar melihat terdapat sesuatu yang mencurigakan pada tubuh isterinya itu kerana dia kelihatan tegap. Selepas diperiksa oleh Umar, ternyata Fransiska memang seorang lelaki tulen.

Umar yang berasa tertipu kemudian membuat laporan polis. 

Fransiska dikatakan memalsukan kad pengenalan dirinya, manakala dua orang rakannya menyamar menjadi ibu bapanya semasa akad nikah. Jika didapati bersalah, Fransiska akan dihukum penjara tujuh tahun kerana menyamar menjadi lelaki. 

Sumber: Kosmo

P/s: Hairan juga, kenapa ambil masa 6 bulan baru tau bininya tu LELAKI TULEN. So macam mana dengan malam pertama dorang tu ya? XD


3 Sweet Roses!:

iisyyy...camni pon ade ek..pelik2..

Pelik la... Tak kan ambil masa 6 bulan baru dapat tahu jantina sebenar?....

Memang pelik, napa pula lepas 6 bulan baru dapat tahu wife dia tu lelaki kan? Ish ish ish.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More