22 April 2011

Petik Daun Teh Menggunakan Mulut Si Gadis Yang Masih Dara



Sebuah ladang teh di Gushi, China hanya akan mengupah gadis yang masih dara untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun teh itu. Pemohon juga mestilah seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.

Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut. Daun teh yang sudah dipetik itu kemudiannya perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka. 

Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir. Ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.

Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Sumber: Kosmo

Azura: Ada-ada jak bah dorang ni ihihihi. Tapi lumayan oh gajinya, satu hari boleh dapat RM249! Wow! 


0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More