25 April 2011

Wallet Polo Dari Bro Darkbatman Dah Sampai! Hurray!


Hurray! Akhirnya, dompet berjenama Polo (ORIGINAL tau) dah sampai ke tangan Zura. Thanks ya bro Darkbatman, Zura suka sangat2 dengan dompet ni, actually dah pindahkan semua isi dompet lama ke dompet ni. Hehehe.

Nanti kalau ada GiveAway contest lagi, jangan lupa jemput Zura tau, ihihihi. :)

24 April 2011

Budak Paling Gemuk Di China Mempunyai Berat Badan 57Kg Pada Usia Tiga Tahun!

Credit gambar: Weirdasianews
Lu Hao, budak yang baru berusia 3 tahun, kini memnpunyai berat badan 57Kg! Dia kini dinobatkan sebagai budak yang paling gemuk di China.

Ibubapa Lu Hao cuba untuk mengawal pemakanannya, tapi ini hanya membuatkan budak ini marah dan histeria. Pola pemakanannya sangat menakutkan. Biasanya Lu Hao mampu menghabiskan 3 mangkuk besar nasi sekali makan.

Credit gambar: The Sun
Credit gambar: The Sun
Kerana badannya yang 5 kali ganda lebih besar daripada saiz badan kanak-kanak normal pada berusia 3 tahun, Lu Hao tidak dibenarkan masuk ke sekolah kerana pihak sekolah bimbang Lu Hao mampu membahayakan keselamatan kanak-kanak lain.

Credit gambar: The Sun
Credit gambar: The Sun
Credit gambar: The Sun
Jika pemakanannya masih tidak dikawal, berat badannya akan semakin bertambah dan dia boleh mati. Lu Hao mengalami kesukaran untuk bergerak, dan doktor mengatakan berat badannya yang melebih batas memberikan tekanan yang besar kepada jantungnya. 

Ikuti cerita selanjutnya di SINI dan di SINI.


[GAMBAR] Supatra Sasuphan, Budak Perempuan "Berbulu Paling Lebat" Di Dunia!

Supatra Sasuphan, kanak-kanak yang berusia 11 tahun yang berasal dari Thailand ini telah dinobatkan sebagai budak perempuan yang memiliki bulu paling lebat di dunia oleh Guinness Book of Records. 

Supatra Sasuphan menghidap penyakit ganjil yang dikenali sebagai Sindrom Ambras. Penyakit ini menyebabkan seluruh wajah, telinga, tangan dan kakinya dipenuhi dengan bulu.

Supatra Sasuphan juga selalu digelar 'perempuan serigala' atau 'monyet' oleh kanak-kanak lain. Namun sekarang semuanya berubah selepas namanya dimasukkan ke dalam Guinness Book of Records, dia menjadi popular di sekolah!

"Saya gembira nama saya berada dalam Guinness Book of Records. Ramai yang terpaksa berusaha keras untuk tersenarai tetapi saya hanya perlu menjawab beberapa soalan," katanya.






Credit gambar: Weirdasianews & Telegraph Buzz

Untuk mengikuti kisah lebih lanjut mengenai Supatra Sasuphan, sila ke SINI.


23 April 2011

You Are Not Welcome In My Blog! You Are Such A Jerk!

Paling tak suka orang yang tinggalkan komen macam ni, ingatkan dia ikhlas untuk jenguk blog kita tapi bila kita klik link dia untuk visit, terus keluar iklan ChurpChurp. 

Janganlah macam ni, blogging pun mesti ada etikanya, jangan suka visit blog kawan, then tinggalkan link iklan Says.my ataupun ChurpChurp sebagai link untuk kawan visit kembali. Duit yang ko dapat tu pun tak berkat tau! Melampau!

Waaahhhh macam best jak komennya kan? Ingatkan  berguna juga entry dalam blog sampai ada juga yang sudi share di blog dorang. Ish ish ish.

Bila kita mouse-over ke nama pengomen, keluarlah link ini, link ke iklan ChurpChurp. Miss Glory, sila jaga etika anda sebagai blogger. And for your information, you are not welcome in my blog anymore, go get a life! (in translation: GET LOST!)

22 April 2011

Hingus Terkeluar Masa Buat Liputan Secara Langsung?

SAPHIA KHAMBALIA masih membuat liputan di depan kamera walaupun hingusnya meleleh 
Seorang wartawan di Toronto, Kanada, Saphia Khambalia malu apabila hingusnya meleleh dari hidungnya semasa dia membuat liputan di depan kamera dan disaksikan oleh penonton.

Insiden yang memalukan itu berlaku semasa wanita itu yang bekerja untuk stesen televisyen City TV News Toronto membuat liputan mengenai kehadiran pelakon popular Hollywood, Charlie Sheen di bandar tersebut.

Semasa kali pertama hingusnya keluar, Khambalia, 23, menyapunya dengan menggunakan rambutnya tetapi sejurus kemudian, hingusnya masih lagi meleleh.

Bagi mengelakkan dirinya daripada terus malu, dia segera menamatkan laporannya apabila melihat hingusnya terus meleleh dan mengenai mikrofon yang dipegangnya.


Sumber: Kosmo

Azura: Adoiiii kenapalah macam tu, kalau selsema tu janganlah buat liputan, bagus minta MC cuti, ish ish ish.

Petik Daun Teh Menggunakan Mulut Si Gadis Yang Masih Dara



Sebuah ladang teh di Gushi, China hanya akan mengupah gadis yang masih dara untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun teh itu. Pemohon juga mestilah seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.

Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut. Daun teh yang sudah dipetik itu kemudiannya perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka. 

Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir. Ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.

Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Sumber: Kosmo

Azura: Ada-ada jak bah dorang ni ihihihi. Tapi lumayan oh gajinya, satu hari boleh dapat RM249! Wow! 


16 April 2011

formspring.me

Ask me anything, don't worry! (^-^)v http://formspring.me/azuraanisalaim

14 April 2011

Yahoo! Menang GiveAway Wallet Polo Dari Darkbatman!

Wahhhh, gembiranya rasa hati hari ni, menang [WALLET POLO] dari bro Darkbatman! Senyum sampai telinga sudah ni, ekekeke. Sekurang-kurangnya, stress di office pun hilang sebab dapat berita gembira ni.

Pemenang dipilih melalui cabutan bertuah dan diumumkan melalui video YouTube ni, Zura sebenarnya tak perasan pun yang Zura menang GA ni, nasib baik Syafiq Maula bagitau. Thanks ya Syah. :)



TQ bro Darkbatman! Zura betul2 tak sangka boleh menang. Sebab ramai bloggers yang join tau. Kalau ada GA contest lagi, jangan lupa jemput Zura ya bro, hehehe. :)


11 April 2011

Kepada Admin Page [FUCK SABAH], Sila Tutup Page Yang Menunjukkan Kebodohan Kamu!

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_156579144398862&ap=1
Wahhh sedap2 buat page yang terang2 menunjukkan kamu ni RACIST! Inikah semangat 1Malaysia? Hebatnya! 

Entah apa nak jadi dengan admin page ni, cinta kau kena tolak oleh sumandak Sabahan ka? Anduk kesian bah dia. Ihihihi. Muka jelek takpa bah, tapi kalau perangai jelek macam ni, mana2 perempuan pun tak berminat okay. Suit yourself!

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_156579144398862&ap=1
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000455968324
Dibawah ni antara gosip2 hangat yang dorang bincangkan dalam page ni. Banyak lagi sebenarnya, malas nak printscreen, some of it ada unsur lucah. Kesyiukan kali dorang gosip2 macam ni kan? Hahaha. 




Jika kamu anti-racism, sila report page ini. TQ. Malas nak komen lebih-lebih, nanti sama level jak sama katak2 dibawah tin ni.


P/s: Kalau image tak jelas, click for larger image atau terus click link dibawah image. :)


07 April 2011

Terima Kasih Atas Doa Kamu Semua! :)

Credit image: Graphicshunt.com
Hai semua, apa kabar hari ni? Sihat tak? Zura tengah sibuk kemas barang-barang Zura, mulai 15 April ni, Zura akan mula berkerja di company baru. Mudah-mudahanlah semuanya berjalan dengan lancar.

Sebelum tu, Zura nak ucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan, tak kiralah di Facebook, Twitter & Blogger yang turut mendoakan semoga papa Zura cepat sembuh. Terharu baca doa dan komen-komen you all semua.

Untuk pengetahuan kamu semua, papa Zura masih ditahan di wad. Doktor masih perlu menjalankan pemeriksaan lebih lanjut. Semalam lepas habis kerja, Zura ikut mama and adik-adik pergi lawat papa di hospital. Kesian papa, dia nampak lemah. Tapi sempat juga dia buat lawak. Ish ada-ada jak papa ni. Sakit macam tu pun masih ada mood buat lawak.

Tapi Zura respect juga sama papa, sebab semangat berjuang dia sangat kuat. Sedangkan doktor ada bagi tahu kemungkinan besar dia mengalami pendarahan di otak, dan jantung, paru-paru serta buah pinggangnya sudah rosak. Peluang untuk sembuh, tipis. Tapi syukurlah Tuhan mendengar doa-doa kita semua. Amin amin amin.

Okaylah ya, Zura nak sambung kemas barang ni, banyak lagi nota yang perlu Zura siapkan, nota ni Zura buat khas untuk pekerja yang akan menggantikan Zura. So, senang sikit dia guna untuk buat rujukan bila ada masalah.

For your information, company lama Zura ni still mencari pekerja. Mereka sedang cari pekerja untuk jawatan GENERAL CLERK. Kalau you all tinggal di Tawau dan sedang mencari kerja, dan teringin untuk mencuba nasib, boleh PM Zura di Facebook Zura. Zura boleh aturkan masa untuk interview. Okay? 



A Sincere Smile,



GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN

giveaway by darkbatman

Hurray, dapat tag GA dari si Yats lagi, lama tak join GA, mudah-mudahan kali ni nasib bagus. Wink wink. Contest ni dianjurkan oleh bro DARKBATMAN. Nama ganas owh, tapi sebenarnya dia ni baik tau, ekeke.

So untuk melihat terma dan syarat penyertaannya, sila ke SINI.

Jangan lupa ajak kawan-kawan join sekali, so zura nak ajak si Sumandak Kinabalu, Fantastic Ajane & Lina Ramsah. Selamat berGA ya geng, good luck! :)


Tarikh Tutup: 09 APRIL 2011


05 April 2011

Please Pray For My Dad :'(

Azura Ani SalaimNot feeling very well and feeling so sad. Papa has been warded again. He's unconscious. He can't even open his eyes. Doctor need to scan his brain to see if there's any internal bleeding. 

I can't do anything. I can only pray, that God will not take him away from us. I still have a lot of things that I wanna tell him. And yesterday morning, I promised him that I'll buy him a new handphone. Hopefully he still remember that and awake soon. 

Please pray for my dad. I need it so bad. TQ. (T_T)

Love,



04 April 2011

Biodata Peserta Akademi Fantasia Musim Ke-9

Click for larger view.

Nama Sebenar: Nuratiqah Shariffudin
Nama Afundi: EKA
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Pelajar di KLMU
AFUNDI Terkini: 0%**


Nama Sebenar: Khairul Najmuddin Bin Abu Samah
Nama Afundi: ERUL
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 20 tahun
Pekerjaan: Pelajar ASWARA
AFUNDI Terkini: 13%**


Nama Sebenar: Nur Suhada Jebat
Nama Afundi: AIDA
Asal: Melaka
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar UiTM, Shah Alam
AFUNDI Terkini: 21%**


Nama Sebenar: Mohamad Amirullah B. Jahari
Nama Afundi: AMIR
Asal: Sarawak
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar ASWARA
AFUNDI Terkini: 8%**


Nama Sebenar: Queennera Francine Francis Kitingon
Nama Afundi: NERA
Asal: Sabah
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar
AFUNDI Terkini: 16%**


Nama Sebenar: Ahmad Aliff Afif Bin Tirmizie
Nama Afundi: AFIF
Asal: Selangor
Umur: 25 tahun
Pekerjaan: Jurucakap syarikat perniagaan
AFUNDI Terkini: 11%**


Nama Sebenar: Nur Khaidir B. Muhid
Nama Afundi: KAY
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Bekerja sendiri
AFUNDI Terkini: 3%**


Nama Sebenar: Zulaikha Zahari
Nama Afundi: LAIKA
Asal: Cheras
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Peniaga
AFUNDI Terkini: 1%**


Nama Sebenar: Roshammizah Rosli
Nama Afundi: MIZA
Asal: Selangor
Umur: 27 tahun
Pekerjaan: Kerja sambilan sebagai tutor kepada pelajar kolej
AFUNDI Terkini: 3%**


Nama Sebenar: Mohamad Azri B. Abdullah
Nama Afundi: AZRI
Asal: Selangor
Umur: 24 tahun
Pekerjaan: Pemuzik Gamelan.
AFUNDI Terkini: 4%**


Nama Sebenar: Fahrur Raqib B. Abdul Majid
Nama Afundi: RAQIB
Asal: Melaka
Umur: 21 tahun
Pekerjaan: Pelajar
AFUNDI Terkini: 6%**


Nama Sebenar: Lenaber Binti Hadir
Nama Afundi: LENA
Asal: Sabah
Umur: 21 tahun
Pekerjaan: Peniaga pasar malam
AFUNDI Terkini: 6%**

(**AFUNDI Terkini merupakan peratusan undi setakat 04/04/2011 12:00PM sahaja.)


Siapa peserta favourite kamu? Saya suka suara Lena & Amir. Harap2 dorang mampu bertahan sampai ke FINAL. :)

Ya Ampun! Isteri Ku Seorang Lelaki??


Setelah bernikah selama enam bulan, seorang lelaki baru mengetahui bahawa isterinya itu ialah seorang lelaki tulen. Umar berkenalan dengan isterinya itu, Fransiska Anatasya Octaviany menerusi Facebook setelah tertarik dengan kecantikan wajahnya.


Semasa mereka bertemu, lelaki yang mengaku wanita itu memakai tudung. 

Pasangan itu berkahwin seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri setelah jiran-jiran Umar mengadu dia tinggal bersama Fransiska selama seminggu. Perbuatan tersebut tidak elok dipandang masyarakat dan agama. Jiran-jirannya itu meminta mereka berkahwin dan pasangan itu bersetuju.

Namun, setelah enam bulan bernikah, Umar melihat terdapat sesuatu yang mencurigakan pada tubuh isterinya itu kerana dia kelihatan tegap. Selepas diperiksa oleh Umar, ternyata Fransiska memang seorang lelaki tulen.

Umar yang berasa tertipu kemudian membuat laporan polis. 

Fransiska dikatakan memalsukan kad pengenalan dirinya, manakala dua orang rakannya menyamar menjadi ibu bapanya semasa akad nikah. Jika didapati bersalah, Fransiska akan dihukum penjara tujuh tahun kerana menyamar menjadi lelaki. 

Sumber: Kosmo

P/s: Hairan juga, kenapa ambil masa 6 bulan baru tau bininya tu LELAKI TULEN. So macam mana dengan malam pertama dorang tu ya? XD


02 April 2011

[Video] Apalah Yang Baby-baby Comel Tengah Cerita Ni? Macam Bergosip Jak.

 

 Hahaha, comelnya baby-baby ni. Entah apalah yang dorang tengah cerita tu, sampai ketawa-ketawa lagi. Video ni menjadi famous dalam sekelip mata, aduiii bahasa DADADA kali ni. Masa kita kecil pun maybe macam ni kan? Hahahaha!
Okaylah, tak sempat nak cerita lebih ni, dah sampai masa balik, ekeke. Lap u all, enjoy this video.


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More