18 March 2011

Melakukan Maksiat Dalam Mahligai Yang Dibina Atas Pokok?

Credit gambar: myMetro
Seorang lelaki sanggup berbelanja besar untuk mengubah suai pangkin bagi mencapai hasratnya mendirikan sebuah ‘mahligai’ di atas pokok bagi membolehkan dia tinggal sebumbung bersama kekasihnya.

Bagaimanapun, kediaman ibarat chalet itu yang lengkap dengan elektrik, tempat tidur, televisyen dan tandas milik lelaki itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Credit gambar: myMetro
Dalam serbuan itu, Jaim menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan kekasihnya, wanita warga Indonesia berusia 23 tahun yang mendiami pondok terbabit. Turut ditahan ialah anak saudara lelaki terbabit berusia 22 tahun yang berada dalam rumah di atas pokok itu dipercayai mengunjungi mereka.

Apabila disoal siasat, wanita itu tiada hubungan mahram dengan kedua-dua lelaki terbabit. Wanita itu juga mengaku tinggal di dalam pondok terbabit bersama lelaki berusia 31 tahun itu yang juga kekasihnya.

Dua lelaki dan wanita warga Indonesia terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya.

Ikuti berita selanjutnya di SINI.


8 Sweet Roses!:

Keikhlasan hati utk sanggup bersama dah ada.
Tapi ada salah lain yg tak diambil berat.

ish3 macam2 la...
takper advance tu buat projek atas pokok..
mana pernah dibuat orang kan??

@Matrikgold~Hahaha, sanggup bersusah payah kunun kan, macam munyit jak tinggal atas pokok.

@AH7~Tu la pasal, pelik2 ni manusia sekarang.

@Budu Masin~Hahahaha, maju lagi dari kita kan? Kalah juga monyet, sebab rumah dia lengkap, nasib baik tak jatuh, ekekeke.

Myygoddd. Begitu sekali sanggupnyaaa

@Cinoi~Hahahaha, betul bah, kira Tarzan & Jane sudah dorang ni. :p

Errk, kenapa nda kawin saja kan...habis cerita
Mau buat banglo kah atas tu pokok, tiada orang kisah...

@Jane~Ya bah mandak, kalau dorang ni sudah kawin, mana ada urang mo peduli tu. Maybe ada urang jeles, nah ada point dia mo kasi kena dorang ni.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More