19 March 2011

Kris Dayanti Yakin Raul Mampu Menjadi Suami Yang Terbaik Untuknya. Selamat Pengantin Baru KD.

KRIS DAYANTI bersama ayahnya, Trenggono dan kakaknya, Yuni Shara
Menjelang sehari sebelum majlis pernikahannya, penyanyi Kris Dayanti, 36, semalam tetap yakin dengan lelaki pilihannya, Raul Dos Ries Lemos mampu menjadi suami yang terbaik untuknya. Perkahwinan ini merupakan kali yang kedua buat KD.

Dalam pertemuan bersama Kosmo! selepas majlis bacaan suci al-Quran dan tazkirah perkahwinan di kediamannya di Radio Dalam, Jakarta Selatan semalam, Kris menyatakan dia kali ini sudah cukup bersedia untuk menjadi isteri.

“Saya yakin Raul adalah pemimpin rumah tangga yang mampu mendidik saya dengan baik. Paling utama dia (Raul) menerima saya seadanya, bukan sebagai seorang artis tetapi sebagai wanita biasa,” katanya.

Majlis pernikahan pasangan itu dijadualkan berlangsung di Masjid Sahid Nurul Iman di sini pada pukul 8 pagi ini. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 25 Mac ini di Hotel Mulia, Senayan, Jakarta Selatan iaitu sehari selepas penyanyi terkenal itu menyambut ulang tahun ke-36.

(Sumber: Kosmo)


P/s: Mudah2an berpanjanganlah jodoh mereka berdua. Perkara lepas tu biarlah berlalu, mulakan hidup baru. Selamat pengantin baru KD. :)


0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More