19 March 2011

Helah Si Penjual Karpet! Jangan Terpedaya Dengan Mulut Manisnya!


Ramai penjual karpet warga Pakistan dikesan berkahwin secara mudah dengan wanita Melayu di Selatan Thailand dipercayai dengan niat tersembunyi untuk mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) dan seterusnya MyKad agar boleh terus tinggal serta berniaga di Malaysia.

Kegiatan itu terbukti apabila statistik pernikahan yang direkod Pejabat Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Thailand, mendapati ramai wanita tempatan berkahwin dengan lelaki Pakistan berbanding lelaki warga negara lain. 

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, pihak berkuasa Malaysia perlu menjalankan siasatan terperinci berhubung perkahwinan mudah di selatan Thailand, terutama membabitkan warga Malaysia dengan penduduk dari benua kecil India iaitu Pakistan, India, Nepal dan Bangladesh serta warga asing lain dari seluruh dunia. Ini untuk mengelakkan perkahwinan itu dilangsungkan dengan niat tersembunyi iaitu ingin memudahkan usaha mereka mendapat PR dan MyKad.

Ikuti berita selanjutnya di SINI.
P/s: So jangan terpedaya okay, kalau pun dia bagi diskaun atau bekalan carpet selama 10 tahun kalau ko jadi kawen sama dia pun jangan terima, ekekeke. Tapi susah juga kan, kalau sudah jodoh macam mana tu? Harap2lah kalau jodoh tu biarlah dapat yang betul2 suka kita, jangan yang ada niat busuk yang tersembunyi baru mahu sama kita, ish ish ish.

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More