30 March 2011

[Video] Kamu Pilih Rupa Atau Bakat? ABCundi Cepat!


Nah, macam mana? Hebat owh dia ni, suara perempuan okay, suara lelaki pun boleh. Tapi saya masih blur, dia ni original perempuan ka, atau original lelaki. Terngangah mulut saya dengar dia menyanyi. Ish ish ish.

Still, sa jelezzzz, cantiknya diaaaa.... O.O

Undian bermula:

23 March 2011

Syok Sendiri. Badan Binasa.

Syok sendiri. 

Kadang-kadang benda yang kita rasa lucu, tak semestinya lucu juga pada orang lain. So berhati-hatilah bila bercakap atau membuat sesuatu. Jangan nanti kita yang malu sendiri, sebab mata manusia ni, pantang kalau ada silap sikit, mesti dia akan tegur tu. Kalau tegur secara baik, takpa, tapi kalau sampai dia malukan kita depan orang, nah kan susah?


Dikala dunia dan rakyat Jepun masih bersedih dengan malapetaka yang melanda negaranya, ada pula kartunis negara kita sendiri, melukis kartun Ultraman yang lari lintang-pukang dikejar Tsunami. Mungkin dia tidak bermaksud apa-apa. Mungkin bagi dia sekadar gurauan sahaja. Tapi tidak semua berfikiran seperti itu. 

Sebagai rakyat Malaysia, saya sendiri pun malu. CNN pun ada membuat liputan mengenai isu ini. Malu 1Malaysia tau. Sila klik SINI untuk membacanya.

Ikuti berita selanjutnya di Donnyien.com.


Wanita Sembunyikan 54 Beg Heroin Dalam Kemaluannya!


Polis menahan reman seorang wanita dari Pennsylvania, Amerika kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian selepas kereta yang dipandu oleh wanita itu terbabas. Yang peliknya polis tidak menyangka wanita tersebut turut menyembunyikan 54 beg heroin di dalam kemaluannya! Wow! Hebat!

Karin Mackaliunas, 27 tahun, yang berasa tidak selesa pada bahagian kemaluannya, akhirnya mengaku menyorokkan heroin. Polis menjumpai 54 beg berisi heroin, 31 beg kosong untuk mengisi heroin, 8 pil perancang, dan wang $51.22 (RM155) dalam kemaluannya. 

Ikuti berita selanjutnya di SINI.

P/s: Peliknya, hahahaha, macam mana boleh muat tu aarhh? Ish ish ish, gara2 duit, manusia sanggup buat apa saja, pelik pelik.


19 March 2011

[Video] Kereta Ditelan Tsunami Semasa Merakam Video Tsunami

 

 Perhatikan betul-betul. Kalau kamu yang berada dalam kereta ni, apa yang kamu rasa, dan apa yang kamu fikir? Kalau Zura, maybe pengsan sudah kali ni, panic, palis-palis.

Please pray for Japan.


Kris Dayanti Yakin Raul Mampu Menjadi Suami Yang Terbaik Untuknya. Selamat Pengantin Baru KD.

KRIS DAYANTI bersama ayahnya, Trenggono dan kakaknya, Yuni Shara
Menjelang sehari sebelum majlis pernikahannya, penyanyi Kris Dayanti, 36, semalam tetap yakin dengan lelaki pilihannya, Raul Dos Ries Lemos mampu menjadi suami yang terbaik untuknya. Perkahwinan ini merupakan kali yang kedua buat KD.

Dalam pertemuan bersama Kosmo! selepas majlis bacaan suci al-Quran dan tazkirah perkahwinan di kediamannya di Radio Dalam, Jakarta Selatan semalam, Kris menyatakan dia kali ini sudah cukup bersedia untuk menjadi isteri.

“Saya yakin Raul adalah pemimpin rumah tangga yang mampu mendidik saya dengan baik. Paling utama dia (Raul) menerima saya seadanya, bukan sebagai seorang artis tetapi sebagai wanita biasa,” katanya.

Majlis pernikahan pasangan itu dijadualkan berlangsung di Masjid Sahid Nurul Iman di sini pada pukul 8 pagi ini. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 25 Mac ini di Hotel Mulia, Senayan, Jakarta Selatan iaitu sehari selepas penyanyi terkenal itu menyambut ulang tahun ke-36.

(Sumber: Kosmo)


P/s: Mudah2an berpanjanganlah jodoh mereka berdua. Perkara lepas tu biarlah berlalu, mulakan hidup baru. Selamat pengantin baru KD. :)


Helah Si Penjual Karpet! Jangan Terpedaya Dengan Mulut Manisnya!


Ramai penjual karpet warga Pakistan dikesan berkahwin secara mudah dengan wanita Melayu di Selatan Thailand dipercayai dengan niat tersembunyi untuk mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) dan seterusnya MyKad agar boleh terus tinggal serta berniaga di Malaysia.

Kegiatan itu terbukti apabila statistik pernikahan yang direkod Pejabat Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Thailand, mendapati ramai wanita tempatan berkahwin dengan lelaki Pakistan berbanding lelaki warga negara lain. 

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, pihak berkuasa Malaysia perlu menjalankan siasatan terperinci berhubung perkahwinan mudah di selatan Thailand, terutama membabitkan warga Malaysia dengan penduduk dari benua kecil India iaitu Pakistan, India, Nepal dan Bangladesh serta warga asing lain dari seluruh dunia. Ini untuk mengelakkan perkahwinan itu dilangsungkan dengan niat tersembunyi iaitu ingin memudahkan usaha mereka mendapat PR dan MyKad.

Ikuti berita selanjutnya di SINI.
P/s: So jangan terpedaya okay, kalau pun dia bagi diskaun atau bekalan carpet selama 10 tahun kalau ko jadi kawen sama dia pun jangan terima, ekekeke. Tapi susah juga kan, kalau sudah jodoh macam mana tu? Harap2lah kalau jodoh tu biarlah dapat yang betul2 suka kita, jangan yang ada niat busuk yang tersembunyi baru mahu sama kita, ish ish ish.

18 March 2011

[Video] Anjing Terselamat Daripada Tsunami Setia Menjaga Temannya Yang Cedera

 

Sementara para penyelamat mengejar masa untuk mencari mangsa-mangsa Tsunami yang masih hidup, organisasi pencinta haiwan juga sibuk menyelamatkan binatang-binatang peliharaan yang ditinggalkan oleh tuan mereka semasa menyelamatkan diri. 

Dua ekor anjing ini terselamat dan salah seekor daripadanya cedera parah. Perhatikan betapa setianya anjing ini menjaga kawannya yang cedera parah. Hati ini pun ikut terharu, sedih dan tersentuh melihat video ni. 

Seperti manusia, binatang-binatang ini juga semakin hari semakin lemah. Mereka  kesejukan dan tidak mempunyai makanan. Jika tidak diselamatkan, mereka juga akan mati.

Syukurlah ada juga organisasi dan insan-insan yang berjiwa mulia sudi menghulurkan bantuan. Merekalah yang menyelamatkan binatang-binatang ini. Dan tahniah juga kepada oerganisasi ini, Japan Earthquake Animal Rescue and Support yang sampai ke saat ini masih bertungkus-lumus mencari dan menyelamatkan binatang-binatang ini.

Sama-samalah kita doakan, semoga mangsa-mangsa Tsunami, tak kiralah manusia ataupun binatang yang masih hidup sempat diselamatkan dan berjaya disatukan dengan keluarga masing-masing. Amin.

Ikuti berita penuh mengenai anjing ini di SINI.


Praying: God, please help Japan. Provide comfort, food, water, shelter, love, reassurance, guidance, strength, hope, reunions with loved ones, and protection.

Melakukan Maksiat Dalam Mahligai Yang Dibina Atas Pokok?

Credit gambar: myMetro
Seorang lelaki sanggup berbelanja besar untuk mengubah suai pangkin bagi mencapai hasratnya mendirikan sebuah ‘mahligai’ di atas pokok bagi membolehkan dia tinggal sebumbung bersama kekasihnya.

Bagaimanapun, kediaman ibarat chalet itu yang lengkap dengan elektrik, tempat tidur, televisyen dan tandas milik lelaki itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Credit gambar: myMetro
Dalam serbuan itu, Jaim menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan kekasihnya, wanita warga Indonesia berusia 23 tahun yang mendiami pondok terbabit. Turut ditahan ialah anak saudara lelaki terbabit berusia 22 tahun yang berada dalam rumah di atas pokok itu dipercayai mengunjungi mereka.

Apabila disoal siasat, wanita itu tiada hubungan mahram dengan kedua-dua lelaki terbabit. Wanita itu juga mengaku tinggal di dalam pondok terbabit bersama lelaki berusia 31 tahun itu yang juga kekasihnya.

Dua lelaki dan wanita warga Indonesia terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya.

Ikuti berita selanjutnya di SINI.


12 March 2011

Tolong Doakan Saya :)

Credit image: Adila
Hai semua, apa kabar? Lama tak sembang kan? Sorry Zura lama tak update blog, tiada idea sebenarnya, dan kebelakangan ni, banyak sangat masalah. Sampai nak update blog pun susah.

Hari ni Zura nak g interview, tolong doakan Zura semoga berjaya dalam interview ni ya, tak kisahlah dapat atau tidak, yang penting Zura cuba. Walaupun hati sedikit sedih, sebab jika Zura berjaya dapat kerja ni, ada syarat yang Zura kena ikut. Sebenarnya hati ni rasa macam tak nak pergi interview ni.

Macam terpaksa pula kan?

Apa-apa pun, Zura percaya dengan kuasa Tuhan. Kalau Dia rasa hidup Zura akan lebih baik bila dapat kerja ni, pasti Dia akan tolong Zura lalui interview ni dengan baik. 

Happy blogging semua, love you all, especially my beloved blogger family, WSB. :)


10 March 2011

Happiness

They say that in this world, there are two kinds of happiness. One kind of happiness you only know after the moment has passed, and the other one is a happiness you feel in the moment. That happiness you feel in the moment, is so precious, that they say that the memories of this kinda of happiness can stay with you and enlighten your life.

Maybe we can turn today, into the kind of happiness you feel in the moment, so that we can remember this happiness for the rest of our life.

--Dream High--

03 March 2011

Hrmmm, Maxis Hotlink Internet Prepaid? Jom Kita Cuba!

Hurray! Dapat BE lagi, syukurlah, berkat rezeki dari kamu semua, thank you sebab selalu support blog Zura yang jarang diupdate ni, ihihi.

Kali ni, Zura dapat BE dari Maxis Hotlink Internet Prepaid. Nak tau apa yang hebat sangat pasal promosi dari Maxis ni, jom kita usha!

Click for larger view.

Macam mana? Okay tak? Apa? Ada soalan? Hrmmm, jom baca FAQ ni untuk maklumat lanjut. Sorry tak dapat translate FAQ ni, takut nanti salah info pula kalau ditranslate, ekekeke. :)

1. How do I get Prepaid Broadband?
Customers can purchase a Hotlink SIM pack from the nearest centre/dealer. Existing customers can purchase the service by dialing *100#.

2. Does the package come with a modem?
No, Prepaid Broadband doesn’t come with a modem.

3. Do I need to register for the service?
No registration is necessary.

4. Do I need to change the settings of my modem/handset?
Yes, please key in the below accordingly:
• APN = unet
• Number to dial = *99#

5. How do I check my usage?
Step 1: Key in #100* and press SEND.
Step 2: Select “Services” and press SEND.
Step 3: Select “Prepaid Broadband” and press SEND.
Step 4: Select “Check Status” and press SEND.

6. How do I know if I’m nearing the volume quota?
An SMS notification will be sent at 90% of the allocated volume or 10 minutes before your session expires. You can also perform a status check via *100#.

7. What happens if I am using the service halfway and my subscription expires?
You will be disconnected from the session. You can re-connect to the service but will be charged pay-per-use rates. You can continue using the service by purchasing more Prepaid Broadband via *100#.

8. If my Hotlink credit expires but I still have an existing prepaid broadband subscription, can I still use the Prepaid Broadband service?
Yes, you can continue to use the Prepaid Broadband service even though the Hotlink credit has expired. However, to buy another Prepaid Broadband subscription, you will need to top up and reactivate your Hotlink credit before you can purchase another subscription.

9. How do I terminate the service?
There is no termination for Prepaid Broadband. Just finish up your quota as the service is not auto renewable.

10. Can I upgrade my Prepaid Broadband?
No upgrades are applicable for Prepaid Broadband.

11. Can I have International Data Roaming?
International Data Roaming does not apply for these packages.

So tunggu apa lagi? Jom kita sama-sama cuba! (demi CITYVILLE, lol!)

02 March 2011

Tumpang Tanya, Ada Jual Ubat Untuk Penyakit Malas Ka?

Holla semua, sorry lama tak update blog, busy sikit, tengah sibuk buat closing account untuk 2010, pening kepala tengok ledger untuk setahun tu, belum siap check lagi, huh.

Sebenarnya Zura tiada idea untuk buat entry baru, ada juga rasa-rasa nak buat entry tutorial yang simple macam dibawah ni, tapi tak tau mana satu yang nak dibuat dulu, boleh tak you all pilih satu untuk Zura?

1. Tutorial cara download video dari Youtube dengan FreeStudio
2. Tutorial convert video Youtube kepada Mp3 dengan FreeStudio
3. Tutorial buat photo collage/video dengan Picasa
4. Tutorial buat Shoutmix icon dengan Photoscape
5. Tutorial download Mp3
Ermm, bingung.

Atau you all ada tutorial lain nak request? Let me know, Zura akan cuba sedaya upaya untuk buat, kalau Zura tak pandai, Zura akan cari blog yang ada buat tutorial tu. Ada juga benda untuk buat entry, ekekeke! :)

Okaylah, jangan lupa sarapan ya. Dan jangan lupa senyum selalu. Jom tengok video dibawah ni, cuteeeee!


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More