07 February 2011

Tips Pikat Si Jejaka Berdasarkan Tarikh Lahirnya [Part 2]

Hai semua, atas permintaan sahabat blogger Zura si Catherinepipegebus yang mahu Zura siapkan sambungannya, maka Zura pun ambil masa sekejap untuk siapkan entry ni, ihihihi. Maybe orang yang dia mahu tengok ni tarikh lahirnya berada diantara tarikh 16hb hingga 31hb, ekekeke, Betul ka geng? :D

Dah baca Part 1 belum ni? Kalau belum, terjah entry Tips Pikat Si Jejaka Berdasarkan Tarikh Lahirnya [Part 1].

Okaylah jom baca sambungannya. Selamat berblogging dan berblogwalking. :)

16hb
Garang! Tapi terselit sikap penyayang and romantik dia ni. Tapi awas, kalau tersilap langkah, pasti hari-hari kamu kena marah oleh si dia. So sekaligus menunjukkan yang lelaki jenis ni sukar didekati. Hanya gadis yang lemah lembut dan pendiam yang sesuai dengan lelaki seperti ini.

17hb
Lembut. Sekali pandang pasti kamu menyangka yang dia ni jenis lelaki lembut, aww aww gitu. Namun sebenarnya, lelaki jenis ini tegas dalam membina keharmonian sesebuah perhubungan. Cara paling sesuai untuk mendekatinya ialah dengan mengambil berat mengenai dia. Namun jangan pula kamu ambil kesempatan atas sikap lembutnya itu. 

18hb
Pandai melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masa dengan hobinya ni. Cuba minta dia melukis potret kamu. Manalah tahu nanti potret kamu pula terpampang di dinding rumahnya. Weweiit!

19hb
Mudah tersinggung dan agak manja. Suka dilayan seperti anak kecil oleh pasangannya. Melalui senyuman dan lirikan manja sudah cukup untuk menawan hatinya. Jangan pula kamu sampai bosan melayan karenahnya yang seperti budak-budak.

20hb
Tenang dan bersahaja. Riak wajahnya nampak tenang disaat dilanda masalah. Tapi dalam hati siapa yang tahu. Kamu juga perlu bersikap tenang dan jangan hipokrit, barulah kamu dapat mengetahui apa rahsia dan masalah yang dia sembunyikan.

21hb
Selalu moody tapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di cafe-cafe sambil mendengar muzik berentak perlahan. Kamu perlu tahan dan sabar dengan perangainya terutama sekali apabila mood si dia berubah. Pastikan kamu pandai lembutkan hainya kembali.

22hb
Emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi hatinya mudah cair dengan pujuk rayu seorang gadis. Tapi ini tak bermakna kamu perlu pujuk rayu si dia. Kamu cuma perlu lemah lembut dan bersopan santun bila berhadapan dengan si dia.

23hb
Ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Sangat mementingkan kawan-kawannya. Jika kamu sayang pada dia, kamu kenalah bertahan dengan sikapnya biarpun kamu selalu makan hati dengan perangainya. Cara paling sesuai untuk mengambil hatinya ialah dengan memasak masakan kegemarannya. 

24hb
Takut berhadapan dengan kekecewaan kerana pengalaman silamnya. Buktikan kamu lain daripada kekasihnya sebelum ini yang telah melukakan hatinya. Setialah dalam hubungan kamu dan cuba berdikari.

25hb
Happy-go-lucky dan suka buat lawak. Pasti hubungan kamu sentiasa aman jika kamu pun bersikap seperti dia. Alamat jaranglah berlaku perang! Tapi kalau tak pandai buat lawak, baik kamu diam saja, takut lawak kamu jadi lawak bodoh atau menyinggung perasaan orang lain.

26hb
Mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika kamu mendapati si dia ramai kekasih. Senang ditawan hatinya tetapi banyak rintangan yang akan kamu hadapi. Suka pada gadis yang berkarakter dan tahan lasak. Cuba ajak dia untuk aktiviti lasak seperti payung terjun ataupun 'Bunjee-jumping'. Pasti dia suka!

27hb
Nampak saja brutal tapi sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan ambil kesempatan ke atas dirinya kerana ini boleh melunturkan kepercayaannya terhadap kamu. Jika sudah berjanji pastikan ditepati. Lelaki jenis ini pantang kalau orang mungkir janji.

28hb
Suka memerintah! Teruk! Pastikan kamu mampu mengawal perasaan bila dia bersikap seperti itu dengan kamu. Kalau mahu si dia berubah, katakan baik-baik kepadanya bahawa kamu juga mempunyai hati dan perasaan. Manalah tahu si dia berlembut hati dan boleh berubah.

29hb
Playboy! Gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja kamu mampu mencairkan hati si dia. Tapi apa kata kamu jual mahal sikit, pasti dia akan merasakan kamu ni jenis gadis yang sukar didapati. Pasti si dia rasa tercabar dan cuba mendekati diri kamu.

30hb
Boros berbelanja terutama sekali memekapkan kereta kesayangannya. Cuba rapat dengan dengan dia dan nasihati dia untuk mengawal perbelanjaan dan simpan untuk masa depan.

31hb
Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Suka pada gadis yang berpersonaliti menarik. Kamu kenalah ubah penampilan untuk memikat hatinya. Tidak salah mencuba sesuatu yang trendy dan up-to-date. :)

**TAMAT**
Sumber: Remaja Edisi 01 Februari 2011


P/s: Ini hanya rekaan semata-mata. Hanya kamu yang boleh menilainya. :)

4 Sweet Roses!:

hahaha...thankx ani...serius mau di tilik2 dulu sebelum d ngorat.hehe

@Aimi~Not 100% sure ni tau, ekekeke.

@Cat~Nah geng, mana satu juga bdaynya ni? ekekeke.

@Khuza~Jangan percaya 100% ya, ekekeke, cuba kau banding, betul ka tidak, ekekeke.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More