05 February 2011

Tips Pikat Si Jejaka Berdasarkan Tarikh Lahirnya [Part 1]


Kata orang tua-tua, tak baik perigi mencari timba, tapi tiada salah kan kalau wanita yang memulakan lagkah terlebih dahulu? Asalkan tidak keterlaluan dan menjaga kelakuan diri bila berhadapan dengan si dia. Apa kata kita kenal pasti ciri-ciri si dia, berdasarkan tarikh lahirnya.


01hb
Berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Apa kata ajak si dia bersiar-siar di persisiran pantai dan minta dia mainkan lagu dari petikan gitarnya khas untuk kamu. Tentu si dia berfikir yang kamu dua mempunyai cita rasa yang sama. 

02hb
Si dia berjiwa romantik. Bersikap malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kamu berdua mulakan hubungan sebagai kawan rapat. Manalah tahu selepas itu cinta boleh berputik dengan sendirinya.

03hb
Gemar melancong dan berkhemah dan ini membuatkan dia kurang masa untuk bersama kamu. Apa kata kongsi minat yang sama, supaya kamu dapat memahami sikap sebenar dia. Namn begitu, kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kerana sikap dia sukar diramal.

04hb
Kurang keyakinan dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Kamu haruslah sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepadanya.

05hb
Suka memendam perasaan. Sukar untuk berterus terang kepada gadis yang disukainya. Cuba perhatikan tingkah laku si dia. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda yang kamu sangat menyenangi dan suka padanya. Manalah tahu cinta boleh berputik kan?

06hb
Sangat popular, semua orang suka dan tertarik kepadanya. Ringan tulang dan sentiasa membantu sesiapa sahaja yang menghadapi masalah. Ambil masa untuk mengenalinya dan ambil peluang untuk lebih rapat dengannya. Siapa tahu hatinya boleh terbuka untuk kamu.

07hb
Panas baran dan cepat mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar. Suka menyinggung perasaan orang lain. Tapi marahya tidak lama. Kamu kenalah kuatkan hati jika betul-betul suka padanya. Cuba nasihatinya, siapa tahu dia akan dengar nasihat kamu.

08hb
Agak pendiam. Sukar untuk didekati. Si dia juga bijak dan telus hatinya. Kamu harus tahu mencari topik untuk dibincangkan kerana si dia hanya akan bersuara jika kena pada topiknya.

09hb
Pandai mengambil hati dan penyayang. Dan ramai yang mengejar dia (ramai saingan). Cuba rapat dengan si dia, dan jadi diri kamu sendiri. Kamu juga boleh berkongsi masalah dengannya kerana dia pasti berusaha untuk membantu kamu. Pasti hubungan kamu menjadi lebih rapat.

10hb
Jujur, berterus terang dan gigih berusaha untuk mendapatkan apa yang diingini. Disenangi semua orang dan kamu harus pandai mengambil hatinya. Salah satu cara ialah dengan selalu bertanya khabar dan ambil berat terhadap dia apabila dia ada masalah. Jika masih tiada respon positif, cuba berterus terang.

11hb
Terlalu mementingkan kerjayanya hingga kadang-kadang lupa dengan kehidupan sosialnya. Sekali-sekala cuba bawa dia ke majlis sosial. Dan nasihati dia jangan terlalu memikirkan soal kerja kerana dia juga perlu masa rehat yang mencukupi.

12hb
Bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal yang remeh. Kamu jangan pula tambah masalahnya dengan menceritakan masalah kamu. Untuk menambat hatinya, cubalah bersikap sederhana sepertinya dan jaga kelakuan apabila berada dihadapannya.

13hb
Tegas. Mungkin kali pertama mengenalinya, kamu akan cepat bosan.Namun sebenarnya jika kamu ambil masa untuk mengenalinya, dia sebenarnya berjiwa romantik dan penyayang. Di sebalik ketegasannya, terselit sifat halus yang hanya dicurahkan pada gadis yang berjaya menawan hatina.

14hb
Penyayang dan sukakan kanak-kanak. Mementingkan elemen kekeluargaan. Ambil kesempatan untuk mengenali keluarganya. Cuba bertanya mengenai ahli keluarganya dan ceritakan juga tentang keluarga kamu. Kamu juga perlu berjiwa kekeluargaan dan yang paling penting ialah, kamu juga sayang pada keluarganya seperti kamu sayang padanya.

15hb
Memendam rahsia. Mungkin diwajahnya terukir senyuman, tapi dhatinya siapa yang tahu. Jika kamu seorang yang caring dan manja, kamu sangat sesuai dengan si dia. Dan jangan lupa tapis dulu ayat kamu supaya da tidak tersinggung.

Sumber: Remaja Edisi 15 Jan 2011


P/s: Ini hanya rekaan semata-mata. Hanya kamu yang boleh menilainya. :)

5 Sweet Roses!:

waaaaaaaaa x besnya ada sambungan.

cepat2 la sambung...:)

@Catherinepipigebus~Miahahaa, ya japlah aku sambung, ekekeke. :p

@NoNickname~Hahaha, bah you're beautiful too, everyone of us in this world is beautiful. :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More