16 February 2011

Saya Perlukan Doa Kamu Semua :')

Hai semua, sudah makan malam? 

Zura baru balik dari lawat papa di hospital tadi. Papa kena tahan di wad. Pagi tadi, dia tiba2 tak lancar bercakap, kami langsung tak faham apa dia cakap. Then Zura dengan adik perempuan Zura cepat2 bawa dia pergi hospital. Nasib baik ada Mr. Teddybear, ulang-alik dari rumah ke hospital, kesian pula banyak susahkan dia.

Sampai di wad kecemasan, kami bawa dia jumpa doktor, bila doktor ambil tekanan darah dia, doktor pun terkejut, sampai 3 kali dia ambil bacaannya, still juga 220/48. Then dorang pun suggest papa masuk wad untuk scan otak dia, takut ada brain damage dan ada sikit tanda2 dia kena strok.

Selesai urus pendaftaran papa masuk wad, papa dibawa ke wad 5 tingkat 2 Hospital Besar Tawau. Siang tadi Zura yang jaga dia, malam pula adik perempuan Zura yang jaga. Bila nampak dia sakit macam tu, rasa sedih sangat2, kenapalah yang sakit tu bukan Zura? Kalau boleh ganti tempat dengan papa, Zura sanggup. Zura sedih nampak nurse cucuk dia sana sini, ambil darah dia untuk test.

Ahad hari tu Zura gaduh dengan papa, sebab dia membebel tak tentu pasal. Bila dah jadi begini, rasa sedih pula, rasa bersalah pula, Zura tak minta apa2, asalkan papa sembuh, Zura sanggup kena bebel hari2. Biarlah. Zura cuma mahu nampak dia ketawa lagi, buat lawak lagi, cari pasal lagi, membebel lagi.

Okaylah semua, Zura dah tak sanggup menaip, airmata dah jatuh. Tolong doakan papa dan nenek Zura ya. Nenek pun masuk wad, kena strok, doktor bagitau nenek dah tiada peluang untuk sembuh. Tapi tiada yang mustahil kan? Mudah2an Tuhan dengar doa kita semua. Amin. :')


P/s: Sayangi orang tua kita, selagi mereka ada.

10 Sweet Roses!:

dear...be strong k...
ieyla doakan papa sis sembuh cepat..
doa banyak2 ek...
u have to be strong...don't cry k..

be strong dear...
ieyla doakan papa sis cepat sembuh...
u have to be strong k...
don't cry tau...always here for u..

hai Zura...belum aku makan malam lg ni...huhu

Yakah? aduiii...sekarang ni byk kes darah tinggi kan...mudah2an uncle & nenek sihat kembali...amin...:)

Jangan la ko terlalu susah hati geng..ko mesti kuat utk kluarga ko..sbb klu ko lg sakit bertambah2 susah...

Entri Terkini : Remy mengalami kecederaan di tulang rusuk kanan akibat kena tendang

semoga dorg cepat sembuh zura..jgn brenti berdoa..

semoga papa dan nenek kamu cepat sembuh.. amiin
kuatkan hati ya..

dev doakan papa zura cepat sembuh...:( sedihnya....kadangkala kita tanpa sengaja tersilap kata..apa yg penting, kita masih syg ibubapa kita...

salam zura semoga papa dan nenek kamu kembali sihat walafiat...tabah kan hati yer :)

insyaallah...kami doakan yg terbaik.
jgn putus asa zura...

dear, be strong ya!
Moga papa zura cepat2 sembuh dan sihat!
jaga papa elok2 ya

siggah dr SB

pray for them zura.. be strong ya! *hugs*

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More