22 February 2011

Peragut Tidak Sempat Bergembira Dengan Hasil Ragut Tapi Sempat Tempah Tiket Kelas Pertama Masuk Neraka


Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai, Ampang, semalam.

Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.

Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Ikuti berita selanjutnya di SINI.


P/s: Hahahaha! Tahniah, anda berjaya menempah tiket kelas pertama ke NERAKA. 


5 Sweet Roses!:

haha,, amik kamuuu,, kapok kapok! sapa suruh buat jahat dekat orang lain nie,, kan kaw kaw padah datang,,

@Warna Warni Kehidupan~Hahaha, tak kejam pun, sebab dia yang cari nahas sendiri, cuma kesianlah, hidup dia end up like that, sia2. :)

@Arep~A'ah kan, sepandai-pandainya tupai melompat, akhirnya jatuh ke longkang juga. :p

rasakan lor... padan muka tu la nyusah kan hidup org lain ajer..

Apa boleh buatkan, mati dalam keadaan yang memalukan, ish ish ish.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More