12 February 2011

Pelajar IPTA Rakam Gambar Bogel Dan Video Aksi Lucah Sendiri Untuk Goda Suami Orang


Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak hanya berminat menjalankan aktiviti menggoda suami orang, malah tidak segan silu merakamkan gambar bogelnya sebagai modal untuk memikat.

Perkara terbabit didedahkan seorang ahli perniagaan wanita yang mengesan hubungan sulit suaminya dengan pelajar IPTA terlampau itu selepas menemui rakaman video gadis terbabit di dalam telefon bimbit suaminya.

Menurut wanita itu yang mahu dikenali sebagai Siti, 35, dia melihat kiriman MMS bogel pelajar itu secara tidak sengaja ketika menyemak kandungan telefon bimbit suami. Tidak mahu perkara itu berlarutan, dia menghubungi pelajar itu untuk berbincang.

Selepas didesak berulang kali, pelajar tersebut mengaku gambar tersebut merupakan gambar bogel MMS dirinya, namun menafikan ada melakukan hubungan seks dengan suami Siti.

Menurut Siti, pada mulanya pelajar terbabit memohon maaf dan menyangka suaminya bujang, namun itu semua hanya lakonan kerana selepas itu dia masih menghantar klip video aksi lucah dan SMS kepada suaminya.

“Saya menghubunginya sekali lagi meminta dia menghentikan semua perbuatan buruknya supaya tidak mengganggu hubungan rumah tangga kami. Saya marah dia kerana tanpa segan silu menunjukkan aksi lucah dan gambar bogel kepada lelaki yang hanya dikenali melalui laman sembang sedangkan mereka belum mempunyai ikatan sah,” katanya.

Siti berkata, dia turut menakut-nakutkan gadis itu untuk menyebar gambar bogelnya di Internet. “Selepas saya cakap macam itu baru dia merayu saya tidak berbuat demikian, selain berjanji akan memutuskan perhubungan dengan suami,” katanya.

Ikuti berita penuhnya di SINI.



P/s: Nama saja pelajar universiti, tapi yang dia pro bukan dalam bidang pelajarannya tapi pro dalam bidang menggoda suami orang dan juga ada "production house" sendiri (rakam gambar bogel & aksi lucah). Bagus ko p matilah! Menyusahkan keluarga jak!


3 Sweet Roses!:

tua la.. manusia skang nie mcm2 prangai..

isk isk isk.. macam nie pon ade...

@Kiera & Aujinz~Dunia sekarang ni banyak betul berlaku perkara pelik2, makin maju makin ramai orang salahgunakan teknologi yang ada.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More