09 February 2011

Bunuh Anak Sebelum Membunuh Diri Hanya Kerana Merajuk Dengan Suami?


Kesian, anak yang jadi mangsa, entah apa yang ada dalam fikiran si ibu ni, sampai sanggup mencampak anaknya dari tingkat 6 sebelum membunuh diri dengan terjun dari tingkat 10.

Sebelum kejadian, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Tan Meng Leng, 35, marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa bersama anak perempuan mereka.

Suaminya, Teoh Hock Hwa, 45, berkata kira-kira 10 minit selepas keluar dari rumahnya, dia mendapat panggilan daripada jiran memaklumkan isteri dan anaknya maut terjatuh dari bangunan.

Kenangan Teoh bersama mendiang isteri dan anak perempuannya.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan awal mendapati, selepas anaknya jatuh dari tingkat enam, ibunya terus naik ke tingkat 10 blok berasingan dan berdiri di atas sebuah kerusi sebelum terjun. Anak mangsa maut dengan kepalanya hampir berkecai manakala ibunya parah di seluruh badan dan kepala.

Ikuti berita penuhnya di SINI.

4 Sweet Roses!:

aish.. dunia amkin pelik.. nsb baik bkn org islam..

@Aimi~Kesian kan, anak pun ikut jadi mangsa. Tak kisahlah dia Muslim, Christian, Buddha, Hindu, or what-so-ever religions, still dia tak patut bunuh diri. Haisss.... Sedih.....

Sedih saya baca, tergamak juga kerana marah anak pula yang jadi sasaran...
Macam jadi trend pula, sikit2 mau bunuh diri...nipis sudah kali nilai-nilai moral manusia

@Sumandak~Itulah ba ni, kali ada masalah tapi dia simpan jak, nah lama2 kan beban tu tak tertanggung, cian itu anak. Haizz...

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More