26 February 2011

WARNING: Malware Lagi! Malware Lagi!

Aduh! Hampir sakit jantung, you all ada nampak warning Malware bila masuk blog Zura tak? Zura sarankan you all guna Mozilla Firefox untuk buka, sebab bila Zura try buka gunakan Google Chrome, keluar pula warning dibawah ni. Tapi bila gunakan Mozilla Firefox, tiada pula, ish ish ish, apa nak jadi ni.


Sumpit2u.blogspot.com. Sila update blog kamu. Susah nanti kawan-kawan semua nak blogwalking. Huhuhu. 


Untuk mengetahui sama ada blog you all ada Malware atau tidak, sila baca entry "Tutorial - Ketahui Cara Mengesan Malware Pada Blog Kita". Zura dah check tadi, blog Zura selamat dari cengkaman Malware Keparatssss! Cuma ada link dari blog kawan2 yang effect blog Zura. Hopefully dorang manage too wipe out that stupid Malware.

Owh ya, kalau you all still nampak ada warning Malware, please let me know by leaving a message at my Facebook. Huhuhu.


Nina Montok Jadi Rebutan Penoreh Getah!


Polis menahan seorang wanita warga Indonesia yang diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan khidmat seks menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu. 

Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu. 

Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.

Ikuti berita selanjutnya di SINI.



P/s: Adeiii pandainya dia buat promosi, malangnya dia promosi "barang" yang salah, cuba dia promote kuih ka, nasi kuning ka, confirm polis pun datang membeli, bukannya datang untuk tangkap dia, ish ish ish. 


25 February 2011

Such A Bad Hair Day!

Holla, apa kabar semua. How's your day? A bit stress is it? Apa kata baca kisah lucu dibawah ni. Ceriakan diri anda, maniskan muka dengan senyuman. :)


Part 1
Cikgu: Nobita! Nape kamu tak dtg kelas ptg tadi hah??
Nobita: Maaf cikgu, petang tadi saya mengalami suatu keajaiban, pelik sangat.
Cikgu: Huh? Keajaiban apa? Apa yang terjadi kat kamu? (nada ambil berat)
Nobita: Ntah le, masa tu saya cuma baring2 atas katil, tiba2 je saya tak sedarkan diri. Ajaib btol.
Cikgu: GRRR!! Itu bukan ajaib! Itu tertido na...manya!! Arghh!!
Nobita: Oh, ye ke cikgu? Tak ajaib ek? Hehehe... (pastu cabut lari)

Part 2

Sizuka: Wah smartnye awak hari ni, wangi siap!
Nobita: Well, kan nak jumpa awak, mesti la smart, hehe.
Sizuka: Owh eh? Tadi awak smayang pon mesti pkai smart gak kan?
Nobita: Err, tadi smayang saye blom mandi. So pkai kain plikat + baju panas sudey.
Sizuka: Hurm, nak jumpa saye, smart lak. Tapi nak jumpa 'Dia', ala-ala kadar je?
Nobita: Teett!! Huhuhu.



Credit Story: Tuah Mohd Bakheet.
Jangan lupa baca sekali yang INI tau. Banyak kisah tauladan yang boleh kita baca. 


P/s: Kesian sangat2 dengan kawan satu office, kereta Alza dia langgar belakang kereta Nissan Sunny, pemilik kereta Nissan Sunny marah2 minta ganti rugi walaupun tiada kerosakkan apa2 pun, alasan dia, ada skru yang longgar (hahahahaha). Bila kawan Zura nak panggil mekanik untuk check and estimate ganti rugi yang sepatutnya dia bayar, pemilik kereta Nissan Sunny marah and mundurkan kereta dia langgar kereta Alza kawan Zura DUA kali sebelum cabut lari, ish ish ish. Ada2 jak manusia sekarang ni, pelik2. (-_-?)

23 February 2011

Sejauh Mana Persahabatan Antara Blogger


Segmen ni dianjurkan oleh Bro Framestone. Jom ramai-ramai sertai segmen khas ni.

Sebenarnya segmen ni khas buat Kyerull, salah seorang rakan blogger (Sahabat Blogger) yang dimasukkan ke dalam wad. Dia mungkin akan dibedah untuk menggantikan plat besi yang patah didalam kakinya dan akan diganti dengan plat besi yang baru. Sama-samalah kita doakan semoga pembedahan tersebut berjalan dengan lancar, dan semoga dia cepat sembuh.

Untuk lihat terma dan syarat untuk menyertai segmen ini, sila ke SINI.

Selama setahun lebih Zura berblogging, antara jenis-jenis blogger yang Zura pernah jumpa:
1. Sekadar I follow U, U follow I. (Only Few)
2. Sekadar I click iklan U, U click iklan I. (Only Few)
3. Tempat berkongsi masalah hidup dan minta pendapat.
4. Berkongsi tips dan petua pasal blogging. (macam Uncle)

5. Teman ajak lepak, gathering, karaoke, tengok wayang (macam WSB).
6. Penipu. Mempergunakan kawan-kawan blogger untuk kepentingan sendiri. (Only Few)
Tapi syukurlah, kebanyakkan kawan-kawan blogging Zura semua baik-baik. Yang jahat tu pun, rasanya dah sedar kesilapan diri, masing-masing cuba perbaiki diri. Zura pun bukanlah perfect sangat. Ini cuma pandangan Zura saja ya. Apa-apa pun, kalau ada salah silap, Zura minta maaf ya. Sayang kamu semua.

You all pula macam mana? Kongsikan pendapat anda. :)


Saya Nak Join Bloglist Nelly The Strange!


Yeah! Zura nak join juga. Jom ramai-ramai kita join bloglist Nelly. Untuk terma dan syarat, sila lihat di SINI

Ada 3 kategori yang boleh kamu pilih iaitu OTAI, SEMPOI atau COOL. Jangan lupa bagitau kawan-kawan lain untuk join sekali ya.

Kategori pilihan: SEMPOI

Tag khas untuk: DEV, YATS, MICHELLE



Tarikh tutup: 29 March 2011


22 February 2011

Peragut Tidak Sempat Bergembira Dengan Hasil Ragut Tapi Sempat Tempah Tiket Kelas Pertama Masuk Neraka


Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai, Ampang, semalam.

Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.

Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Ikuti berita selanjutnya di SINI.


P/s: Hahahaha! Tahniah, anda berjaya menempah tiket kelas pertama ke NERAKA. 


I Love You Nuffnang!

 Hurray! Hari ni dapat dua lagi buffered earnings. Thanks to Maxis CNY 2011 & NEF Drive Angry. Jom kita tengok apa yang best pasal iklan buffered earnings ni.

-Click for larger view or click HERE for more details-


-Click to play the video or click HERE for more details-


21 February 2011

100 Bloggers Diperlukan


Selamat pagi semua, apa kabar hari ni? Mudah-mudahan semuanya sihat-sihat saja. 

Pernah dengar tak Yiedpozi Blogwalking Widget ni? Zura pun baru cuba-cuba ni. Apa kita kita semua cuba sama-sama. Untuk info lebih lanjut mengenai widget ni, jom ke SINI.

Happy blogging semua! :)


20 February 2011

Facebook + Blogger = FACEBLOG?


Aduiiii cutenya layout Faceblog ni, pink-pink kaler lagi tu. So kepada mereka yang gila blogging dan gila Facebook, jom join Faceblog.

Apa itu Faceblog? Nak tahu tak? Jom ke SINI.

So tunggu apa lagi, jom ajak kawan-kawan sekali, kita join ramai-ramai. :)


SmileY BaggY GiveawaY


Yosh! Dapat tag untuk join GA lagi dari si Yats. Contest ini dianjurkan oleh Cheqppjoy. So kalau you all berminat untuk join, apa kata lihat terma dan syaratnya di SINI.

Hadiahnya fuyoh! Memang cantiklah. Hadiah utama ialah handbag yang you all boleh pilih sendiri dari koleksi handbag Smiley Baggy II. Tiga hadiah untuk pemenang saguhati pula akan diupdate kemudian.

 So, Zura nak tag 4 orang kawan2 yang cute ni untuk join sekali contest ni. :)


Tarikh tutup: 17 Mac 2011


19 February 2011

Contest Muncung Paling Cun Habis


Contest lagi, hehehe. Thanks dear Khuza, sebab tag sis Zura untuk join contest ni. Sebenarnya saya tak banyak gambar yang ada mulut muncung ni, saya pun sebenarnya bukan jenis yang suka bergambar, ekeke.

Contest ni dianjurkan oleh WawaWinkie, so untuk lihat terma dan syarat contest, sila lihat di SINI.


Nah, ini gambar yang saya pertaruhkan, tiada sudah gambar lain. Kekeke. :p

Dan saya tag 5 amoi liang-liang dibawah untuk join contest ni.


Tarikh tutup: 28 Februari 2011


18 February 2011

Terima Kasih Atas Doa Kamu Semua :')

Hai semua, just a short update, I am too happy to let you all know that papa can discharge from ward. Malam ni nak masak makanan yang sedap but yet berkhasiat untuk papa. Hopefully dia akan rasa lebih selesa. 

However, still ada berita sedih, my grandma is in critical condition. Doktor bagitau, grandma tiada peluang untuk sembuh. Dia terpaksa dibantu dengan alat pernafasan because she can't breath by her own. So sad. Mama still there taking care of her. I know she must be sad to see grandma like that. I just hope that everything will turn out well. (sigh)

So kawan2, please pray for my grandma. TQ semua atas doa2 dan nasihat dari kamu. Zura bersyukur dapat kawan2 macam kamu semua. Terharu baca semua comment2 kamu di entry "SAYA PERLUKAN DOA KAMU SEMUA :')".

Dan paling buat saya terharu, bila dapat sms dari si Jane (Sumandak Kinabalu). Sambil nangis saya baca sms dia. Thank you mandak, thank you for everything. I really mean E-V-E-R-Y-T-H-I-N-G. :)

 
Azura: God, I need some miracle. Will you do it for me?

16 February 2011

Saya Perlukan Doa Kamu Semua :')

Hai semua, sudah makan malam? 

Zura baru balik dari lawat papa di hospital tadi. Papa kena tahan di wad. Pagi tadi, dia tiba2 tak lancar bercakap, kami langsung tak faham apa dia cakap. Then Zura dengan adik perempuan Zura cepat2 bawa dia pergi hospital. Nasib baik ada Mr. Teddybear, ulang-alik dari rumah ke hospital, kesian pula banyak susahkan dia.

Sampai di wad kecemasan, kami bawa dia jumpa doktor, bila doktor ambil tekanan darah dia, doktor pun terkejut, sampai 3 kali dia ambil bacaannya, still juga 220/48. Then dorang pun suggest papa masuk wad untuk scan otak dia, takut ada brain damage dan ada sikit tanda2 dia kena strok.

Selesai urus pendaftaran papa masuk wad, papa dibawa ke wad 5 tingkat 2 Hospital Besar Tawau. Siang tadi Zura yang jaga dia, malam pula adik perempuan Zura yang jaga. Bila nampak dia sakit macam tu, rasa sedih sangat2, kenapalah yang sakit tu bukan Zura? Kalau boleh ganti tempat dengan papa, Zura sanggup. Zura sedih nampak nurse cucuk dia sana sini, ambil darah dia untuk test.

Ahad hari tu Zura gaduh dengan papa, sebab dia membebel tak tentu pasal. Bila dah jadi begini, rasa sedih pula, rasa bersalah pula, Zura tak minta apa2, asalkan papa sembuh, Zura sanggup kena bebel hari2. Biarlah. Zura cuma mahu nampak dia ketawa lagi, buat lawak lagi, cari pasal lagi, membebel lagi.

Okaylah semua, Zura dah tak sanggup menaip, airmata dah jatuh. Tolong doakan papa dan nenek Zura ya. Nenek pun masuk wad, kena strok, doktor bagitau nenek dah tiada peluang untuk sembuh. Tapi tiada yang mustahil kan? Mudah2an Tuhan dengar doa kita semua. Amin. :')


P/s: Sayangi orang tua kita, selagi mereka ada.

12 February 2011

Pelajar IPTA Rakam Gambar Bogel Dan Video Aksi Lucah Sendiri Untuk Goda Suami Orang


Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak hanya berminat menjalankan aktiviti menggoda suami orang, malah tidak segan silu merakamkan gambar bogelnya sebagai modal untuk memikat.

Perkara terbabit didedahkan seorang ahli perniagaan wanita yang mengesan hubungan sulit suaminya dengan pelajar IPTA terlampau itu selepas menemui rakaman video gadis terbabit di dalam telefon bimbit suaminya.

Menurut wanita itu yang mahu dikenali sebagai Siti, 35, dia melihat kiriman MMS bogel pelajar itu secara tidak sengaja ketika menyemak kandungan telefon bimbit suami. Tidak mahu perkara itu berlarutan, dia menghubungi pelajar itu untuk berbincang.

Selepas didesak berulang kali, pelajar tersebut mengaku gambar tersebut merupakan gambar bogel MMS dirinya, namun menafikan ada melakukan hubungan seks dengan suami Siti.

Menurut Siti, pada mulanya pelajar terbabit memohon maaf dan menyangka suaminya bujang, namun itu semua hanya lakonan kerana selepas itu dia masih menghantar klip video aksi lucah dan SMS kepada suaminya.

“Saya menghubunginya sekali lagi meminta dia menghentikan semua perbuatan buruknya supaya tidak mengganggu hubungan rumah tangga kami. Saya marah dia kerana tanpa segan silu menunjukkan aksi lucah dan gambar bogel kepada lelaki yang hanya dikenali melalui laman sembang sedangkan mereka belum mempunyai ikatan sah,” katanya.

Siti berkata, dia turut menakut-nakutkan gadis itu untuk menyebar gambar bogelnya di Internet. “Selepas saya cakap macam itu baru dia merayu saya tidak berbuat demikian, selain berjanji akan memutuskan perhubungan dengan suami,” katanya.

Ikuti berita penuhnya di SINI.



P/s: Nama saja pelajar universiti, tapi yang dia pro bukan dalam bidang pelajarannya tapi pro dalam bidang menggoda suami orang dan juga ada "production house" sendiri (rakam gambar bogel & aksi lucah). Bagus ko p matilah! Menyusahkan keluarga jak!


Chef Wanita Memasak Dalam Keadaan BOGEL!


Seorang chef wanita, Flora Cheung (gambar) akan mengendalikan program masakan di televisyen dalam keadaan berbogel, lapor sebuah akhbar di Hong Kong.

Flora yang berusia 26 tahun akan menjadi hos program yang disiarkan dalam rangkaian televisyen untuk orang dewasa. "Ramai lelaki tidak mahu memasak tetapi saya mahu menjadikan mereka meminati bidang masakan," katanya kepada akhbar South China Morning Post.

Dalam program itu, jurukamera akan mengikuti Flora berjalan di pasar basah di Hong Kong. Selepas dia membeli beberapa barang untuk dimasak, dia akan pergi ke dapur untuk memasak. Wanita itu kemudian akan berbogel dengan hanya memakai apron lut sinar yang boleh menampakkan susuk tubuhnya.

Walaupun Flora bukannya seorang chef yang profesional, penerbit program itu, Jesse Au berkata, wanita tersebut akan mampu menarik minat ramai orang untuk menontonnya.

Setiap episod akan berlangsung dalam tempoh 30 minit.





P/s: Lawak juga alasannya tu. Dia ingat kalau lelaki tu banyak tengok program masakan tu, dorang ingat mo salin resepi & cara masaknya tu? Biji mata sudah terkeluar, air liur sudah meleleh, mana ingat lagi mo tengok dia masak. Sibuk figuring out saiz bodynya! Adeh! Dunia dunia. 
(geleng-geleng kepala)


09 February 2011

Daily Blogwalking List Azura Banyak Cakap


Holla, Zura nak minta link you all semua, sebab link untuk blogwalking yang Zura simpan di Jom Exchange Link banyak yang tak aktif, dan ada juga yg bawa Malware, ish ish ish, takut.

Just tinggalkan link diruangan komen, nanti Zura akan add semua link ke dalam blogwalking list Zura. Tak kisahlah follower ataupun bukan follower, semua boleh join, yang penting aktif dan tak bawa Malware okay, nanti Zura sakit jantung nampak warning Malware, ekeke.

TQ atas bantuan kamu semua, sob sob.

[Updated July 2012] 
3. Aku Anak Pahang - http://akuanakpahang.blogspot.com
5. Fara Feroza - http://sayasukatulis2.blogspot.com
6. Lina Ramsah - http://www.linaramsah.blogspot.com
7. Jom Santai Sekejap - http://jomsantaisekejap.blogspot.com
8. Piah Becok - http://piahbecok.blogspot.com
9. Atyn Moshie - http://mrstaemin.blogspot.com
10. Bulan Purnama - http://bulanpurnama89.blogspot.com
11. Matnagger - http://matnagger-mcnagger.blogspot.com
12. Jane Martin - http://sabahwomen.blogspot.com
13. Hafiz - http://hafizreborn.blogspot.com
14. Keykho - http://keykho.blogspot.com
15. Beaty - http://beaty-memyselfandi.blogspot.com
16. AQuezyeZye - http://aquezyezye.blogspot.com
17. Nety Fadil - http://netyfadil.blogspot.com
18. Pembawa Wacana - http://wacanaku2009.blogspot.com
19. White Hooder - http://365times3oflaw.blogspot.com
20. Relevan - http://relevansokmo.com
21. Afiqah - http://akupunyaspace.blogspot.com
22. Sarah Sayuri - http://sarahsayuri.blogspot.com
23. Nurulatika - http://nurulaatika.blogspot.com
24. Nas - http://nash121.blogspot.com
25. Samizul - http://www.samizul.net
26. Sasa - http://sasatien.blogspot.com
27. Chii - http://chii-jaggedlittlepill.blogspot.com
28. Chii - http://perfect-2.blogspot.com
29. Ani - http://aqilaqilahduniaku.blogspot.com
30. Aemy Shamy - http://www.emynadira.com
31. Dee - http://arediya.blogspot.com
32. LipisLady - www.lipislady.blogspot.com
33. Just Story - http://www.just2story.com
34. Just Shoppe - http://www.just2shoppe.com
35. Hamba Ilahi - http://naimulfirdaus.blogspot.com
36. Ellen - http://www.mummynemo.com
37. Qyla Najwa - http://kiwicuteanime.blogspot.com
38. Hafizaiman95 @ Fizs - http://www.hafizaiman95.com
39. Hamdan - http://ctz-gallery.blogspot.com
40. Monster - http://disasterawrr.blogspot.com
41. Sutera Kasih - http://suterakasihyann.blogspot.com
42. Syahrinz - http://syahrinrahimi.blogspot.com
43. The Sick of Blogging - http://thesickofblogging.blogspot.com
44. Bee Ping - http://tanbeeping.blogspot.com
45. Hasslina - http://hasslina0508.blogspot.com
46. Ameerul Ashraf - http://kisahkitajer.blogspot.com
47. Cik Abbit - http://iniidopaku.blogspot.com



Azura: Blogwalking list ni sentiasa dibuka, ehehehe. so janganlah malu-malu tinggalkan link ya. :)


Wanita Berbogel Dan Berjoget Di Cheras Berjaya Ditenangkan Oleh Polis


Tindakan seorang wanita warga Afrika berbogel dan berjoget di tepi jalan raya di Cheras di sini, kelmarin dipercayai bukan disebabkan gangguan mental secara semula jadi, sebaliknya ia kesan sampingan selepas satu daripada puluhan bungkusan kecil dadah yang ditelannya pecah dalam perut.

Perkara itu terbongkar selepas hospital membuat imbasan X-ray pada bahagian perut wanita terbabit yang kelihatan agak buncit dan polis percaya wanita terbabit digunakan sebagai 'keldai dadah' oleh sindiket penyeludupan dadah ke negara ini.

Selepas kira-kira 15 minit dipujuk anggota polis dan orang awam, baru dia bersetuju memakai pakaiannya semula sebelum dibawa menaiki kereta peronda polis untuk dihantar ke PPHUKM bagi pemeriksaan kesihatan.

Ikuti berita penuhnya di SINI.


P/s: Adeh, tiba2 pula dia jadi model playboy kan, ekekeke. Macam mana dia telan dadah tu ah? Hrmm...


Bunuh Anak Sebelum Membunuh Diri Hanya Kerana Merajuk Dengan Suami?


Kesian, anak yang jadi mangsa, entah apa yang ada dalam fikiran si ibu ni, sampai sanggup mencampak anaknya dari tingkat 6 sebelum membunuh diri dengan terjun dari tingkat 10.

Sebelum kejadian, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Tan Meng Leng, 35, marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa bersama anak perempuan mereka.

Suaminya, Teoh Hock Hwa, 45, berkata kira-kira 10 minit selepas keluar dari rumahnya, dia mendapat panggilan daripada jiran memaklumkan isteri dan anaknya maut terjatuh dari bangunan.

Kenangan Teoh bersama mendiang isteri dan anak perempuannya.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan awal mendapati, selepas anaknya jatuh dari tingkat enam, ibunya terus naik ke tingkat 10 blok berasingan dan berdiri di atas sebuah kerusi sebelum terjun. Anak mangsa maut dengan kepalanya hampir berkecai manakala ibunya parah di seluruh badan dan kepala.

Ikuti berita penuhnya di SINI.

07 February 2011

Tips Pikat Si Jejaka Berdasarkan Tarikh Lahirnya [Part 2]

Hai semua, atas permintaan sahabat blogger Zura si Catherinepipegebus yang mahu Zura siapkan sambungannya, maka Zura pun ambil masa sekejap untuk siapkan entry ni, ihihihi. Maybe orang yang dia mahu tengok ni tarikh lahirnya berada diantara tarikh 16hb hingga 31hb, ekekeke, Betul ka geng? :D

Dah baca Part 1 belum ni? Kalau belum, terjah entry Tips Pikat Si Jejaka Berdasarkan Tarikh Lahirnya [Part 1].

Okaylah jom baca sambungannya. Selamat berblogging dan berblogwalking. :)

16hb
Garang! Tapi terselit sikap penyayang and romantik dia ni. Tapi awas, kalau tersilap langkah, pasti hari-hari kamu kena marah oleh si dia. So sekaligus menunjukkan yang lelaki jenis ni sukar didekati. Hanya gadis yang lemah lembut dan pendiam yang sesuai dengan lelaki seperti ini.

17hb
Lembut. Sekali pandang pasti kamu menyangka yang dia ni jenis lelaki lembut, aww aww gitu. Namun sebenarnya, lelaki jenis ini tegas dalam membina keharmonian sesebuah perhubungan. Cara paling sesuai untuk mendekatinya ialah dengan mengambil berat mengenai dia. Namun jangan pula kamu ambil kesempatan atas sikap lembutnya itu. 

18hb
Pandai melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masa dengan hobinya ni. Cuba minta dia melukis potret kamu. Manalah tahu nanti potret kamu pula terpampang di dinding rumahnya. Weweiit!

19hb
Mudah tersinggung dan agak manja. Suka dilayan seperti anak kecil oleh pasangannya. Melalui senyuman dan lirikan manja sudah cukup untuk menawan hatinya. Jangan pula kamu sampai bosan melayan karenahnya yang seperti budak-budak.

20hb
Tenang dan bersahaja. Riak wajahnya nampak tenang disaat dilanda masalah. Tapi dalam hati siapa yang tahu. Kamu juga perlu bersikap tenang dan jangan hipokrit, barulah kamu dapat mengetahui apa rahsia dan masalah yang dia sembunyikan.

21hb
Selalu moody tapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di cafe-cafe sambil mendengar muzik berentak perlahan. Kamu perlu tahan dan sabar dengan perangainya terutama sekali apabila mood si dia berubah. Pastikan kamu pandai lembutkan hainya kembali.

22hb
Emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi hatinya mudah cair dengan pujuk rayu seorang gadis. Tapi ini tak bermakna kamu perlu pujuk rayu si dia. Kamu cuma perlu lemah lembut dan bersopan santun bila berhadapan dengan si dia.

23hb
Ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Sangat mementingkan kawan-kawannya. Jika kamu sayang pada dia, kamu kenalah bertahan dengan sikapnya biarpun kamu selalu makan hati dengan perangainya. Cara paling sesuai untuk mengambil hatinya ialah dengan memasak masakan kegemarannya. 

24hb
Takut berhadapan dengan kekecewaan kerana pengalaman silamnya. Buktikan kamu lain daripada kekasihnya sebelum ini yang telah melukakan hatinya. Setialah dalam hubungan kamu dan cuba berdikari.

25hb
Happy-go-lucky dan suka buat lawak. Pasti hubungan kamu sentiasa aman jika kamu pun bersikap seperti dia. Alamat jaranglah berlaku perang! Tapi kalau tak pandai buat lawak, baik kamu diam saja, takut lawak kamu jadi lawak bodoh atau menyinggung perasaan orang lain.

26hb
Mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika kamu mendapati si dia ramai kekasih. Senang ditawan hatinya tetapi banyak rintangan yang akan kamu hadapi. Suka pada gadis yang berkarakter dan tahan lasak. Cuba ajak dia untuk aktiviti lasak seperti payung terjun ataupun 'Bunjee-jumping'. Pasti dia suka!

27hb
Nampak saja brutal tapi sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan ambil kesempatan ke atas dirinya kerana ini boleh melunturkan kepercayaannya terhadap kamu. Jika sudah berjanji pastikan ditepati. Lelaki jenis ini pantang kalau orang mungkir janji.

28hb
Suka memerintah! Teruk! Pastikan kamu mampu mengawal perasaan bila dia bersikap seperti itu dengan kamu. Kalau mahu si dia berubah, katakan baik-baik kepadanya bahawa kamu juga mempunyai hati dan perasaan. Manalah tahu si dia berlembut hati dan boleh berubah.

29hb
Playboy! Gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja kamu mampu mencairkan hati si dia. Tapi apa kata kamu jual mahal sikit, pasti dia akan merasakan kamu ni jenis gadis yang sukar didapati. Pasti si dia rasa tercabar dan cuba mendekati diri kamu.

30hb
Boros berbelanja terutama sekali memekapkan kereta kesayangannya. Cuba rapat dengan dengan dia dan nasihati dia untuk mengawal perbelanjaan dan simpan untuk masa depan.

31hb
Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Suka pada gadis yang berpersonaliti menarik. Kamu kenalah ubah penampilan untuk memikat hatinya. Tidak salah mencuba sesuatu yang trendy dan up-to-date. :)

**TAMAT**
Sumber: Remaja Edisi 01 Februari 2011


P/s: Ini hanya rekaan semata-mata. Hanya kamu yang boleh menilainya. :)

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI!


Waahhhh, cayalah dengan abg Ben Ashaari, ada saja segmen yang best2 untuk dijoin, ehehe, so jangan lepaskan peluang untuk join, terbuka kepada semua blogger. Untuk terma dan syarat, sila ke SINI.


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG! ANDA BAGAIMANA??



Tarikh Tutup: 09 Februari 2011


06 February 2011

Tutorial Letak Iklan ChurpChurp Dan Nuffnang Pada Sidebar Blog

Holla semua, hari ni Zura nak share satu tutorial dengan you all semua. Sebenarnya tutorial ni simple saja, so kalau berminat nak buat macam Zura, just follow stepsnya okay. :)

Steps:
1. Kenal pasti iklan yang kamu berminat untuk siarkan. Ambil link iklan dan link untuk imagenya. Zura sarankan kamu cuma gunakan 2 atau 4 iklan, supaya tak semak sidebar nanti.



2. DASHBOARD>Design>Page Element>Add A Gadget>Html/Javascript. Copy code dibawah dan paste pada ruang Html/Javascript. Boleh juga dipaste dibawah code iklan Nuffnang Skyscraper.

<a href="Link iklan"><img border="0" height="100" src="Link gambar iklan" width="100" /></a>
3. Jangan lupa gantikan bahagian Link iklan dan Link gambar iklan dengan link iklan dan link gambar iklan yang kamu telah pilih tadi. Saiz bahagian height="100" dan width="100" juga boleh diubah bergantung kepada luas sidebar kamu. 

4. Hanya ulang langkah yang sama untuk iklan seterusnya. Sebenarnya boleh juga diubah ke bahagian Header ataupun antara post. Semuanya terpulang kepada citarasa kamu.

Okay, siap sudah tutorial ni, jika ada sebarang masalah, just tinggalkan diruangan komen. Zura akan jawab secepat mungkin. :)

**UPDATED**

1. Requested by Stella :)





05 February 2011

Tips Pikat Si Jejaka Berdasarkan Tarikh Lahirnya [Part 1]


Kata orang tua-tua, tak baik perigi mencari timba, tapi tiada salah kan kalau wanita yang memulakan lagkah terlebih dahulu? Asalkan tidak keterlaluan dan menjaga kelakuan diri bila berhadapan dengan si dia. Apa kata kita kenal pasti ciri-ciri si dia, berdasarkan tarikh lahirnya.


01hb
Berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Apa kata ajak si dia bersiar-siar di persisiran pantai dan minta dia mainkan lagu dari petikan gitarnya khas untuk kamu. Tentu si dia berfikir yang kamu dua mempunyai cita rasa yang sama. 

02hb
Si dia berjiwa romantik. Bersikap malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kamu berdua mulakan hubungan sebagai kawan rapat. Manalah tahu selepas itu cinta boleh berputik dengan sendirinya.

03hb
Gemar melancong dan berkhemah dan ini membuatkan dia kurang masa untuk bersama kamu. Apa kata kongsi minat yang sama, supaya kamu dapat memahami sikap sebenar dia. Namn begitu, kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kerana sikap dia sukar diramal.

04hb
Kurang keyakinan dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Kamu haruslah sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepadanya.

05hb
Suka memendam perasaan. Sukar untuk berterus terang kepada gadis yang disukainya. Cuba perhatikan tingkah laku si dia. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda yang kamu sangat menyenangi dan suka padanya. Manalah tahu cinta boleh berputik kan?

06hb
Sangat popular, semua orang suka dan tertarik kepadanya. Ringan tulang dan sentiasa membantu sesiapa sahaja yang menghadapi masalah. Ambil masa untuk mengenalinya dan ambil peluang untuk lebih rapat dengannya. Siapa tahu hatinya boleh terbuka untuk kamu.

07hb
Panas baran dan cepat mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar. Suka menyinggung perasaan orang lain. Tapi marahya tidak lama. Kamu kenalah kuatkan hati jika betul-betul suka padanya. Cuba nasihatinya, siapa tahu dia akan dengar nasihat kamu.

08hb
Agak pendiam. Sukar untuk didekati. Si dia juga bijak dan telus hatinya. Kamu harus tahu mencari topik untuk dibincangkan kerana si dia hanya akan bersuara jika kena pada topiknya.

09hb
Pandai mengambil hati dan penyayang. Dan ramai yang mengejar dia (ramai saingan). Cuba rapat dengan si dia, dan jadi diri kamu sendiri. Kamu juga boleh berkongsi masalah dengannya kerana dia pasti berusaha untuk membantu kamu. Pasti hubungan kamu menjadi lebih rapat.

10hb
Jujur, berterus terang dan gigih berusaha untuk mendapatkan apa yang diingini. Disenangi semua orang dan kamu harus pandai mengambil hatinya. Salah satu cara ialah dengan selalu bertanya khabar dan ambil berat terhadap dia apabila dia ada masalah. Jika masih tiada respon positif, cuba berterus terang.

11hb
Terlalu mementingkan kerjayanya hingga kadang-kadang lupa dengan kehidupan sosialnya. Sekali-sekala cuba bawa dia ke majlis sosial. Dan nasihati dia jangan terlalu memikirkan soal kerja kerana dia juga perlu masa rehat yang mencukupi.

12hb
Bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal yang remeh. Kamu jangan pula tambah masalahnya dengan menceritakan masalah kamu. Untuk menambat hatinya, cubalah bersikap sederhana sepertinya dan jaga kelakuan apabila berada dihadapannya.

13hb
Tegas. Mungkin kali pertama mengenalinya, kamu akan cepat bosan.Namun sebenarnya jika kamu ambil masa untuk mengenalinya, dia sebenarnya berjiwa romantik dan penyayang. Di sebalik ketegasannya, terselit sifat halus yang hanya dicurahkan pada gadis yang berjaya menawan hatina.

14hb
Penyayang dan sukakan kanak-kanak. Mementingkan elemen kekeluargaan. Ambil kesempatan untuk mengenali keluarganya. Cuba bertanya mengenai ahli keluarganya dan ceritakan juga tentang keluarga kamu. Kamu juga perlu berjiwa kekeluargaan dan yang paling penting ialah, kamu juga sayang pada keluarganya seperti kamu sayang padanya.

15hb
Memendam rahsia. Mungkin diwajahnya terukir senyuman, tapi dhatinya siapa yang tahu. Jika kamu seorang yang caring dan manja, kamu sangat sesuai dengan si dia. Dan jangan lupa tapis dulu ayat kamu supaya da tidak tersinggung.

Sumber: Remaja Edisi 15 Jan 2011


P/s: Ini hanya rekaan semata-mata. Hanya kamu yang boleh menilainya. :)

04 February 2011

Contest Blog Paling Comel!


Hurray! Dapat tag dari my dear Khuza. Ermm, rasanya blog Zura taklah comel sangat, ekekeke, biasa2 je. Tap takpa, apa salah cuba nasib kan? :)

Contest comel ni dianjurkan oleh Creamlovebunny. So untuk lihat terma dan syarat penyertaan, sila ke SINI.

Rasanya Zura nak tag cewek2 dibawah ni, sebab blog dorang ni lagi comel dari blog Zura, ihihi.

1. Yats
2. Shiema
3. Pika

Tarikh Tutup: 05 Februari 2011

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More