10 January 2011

Keputusan AJL 25 Mengejutkan. Ramai Yang Tidak Berpuas Hati Dengan Pilihan Juri.

Barisan Pemenang AJL 25
(Foto: ASMARUDDIN JAMALUDDIN & NOORADZRENE. MOHD. NOOR)

Pemenang Anugerah Juara Lagu 25
Juara - Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
Naib Juara - Drama King (Meet Uncle Hussein & Black)
Tempat Ketiga - Noktah Cinta (Hafiz)

Persembahan Terbaik - Hanyut (Faizal Tahir)
Vokal Terbaik - Hafiz (Noktah Cinta)

Mengejutkan. Menghampakan. Itulah antara keluhan yang didengar daripada peminat dan rakan-rakan yang turut sama menyaksikan Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) semalam. Seakan-akan tidak percaya dengan keputusan yang diumumkan.

Malah penonton bertindak meninggalkan stadium tika nama Ana Raffali diumumkan sebagai Juara Lagu 25. Buat pertama kalinya pemenang di booo penonton. Biasanya peminat tunggu untuk dengar si juaranya membuat persembahan semula. Entah di mana silapnya sehingga rata-rata yang menonton tidak dapat menerima kenyataan Ana Raffali merangkul anugerah berprestij ini. 

Juara AJL 25, Ana Raffali.
(Foto: ASMARUDDIN JAMALUDDIN & NOORADZRENE. MOHD. NOOR)
Ketua juri, M. Nasir menjadi individu pertama dipersoal tika pemenang diumumkan, namun dia tetap yakin keputusan yang dibuat begitu tepat. Baginya lagu "Tolong Ingatkan Aku" mempunyai nilai kejujuran yang tinggi dan keputusan dilakukannya dengan penuh kesedaran.

Ana Raffali bila ditanya hanya menjawab, "Saya tak sedih orang tak suka kemenangan saya. Kalau orang tak suka saya nak buat macam mana. Mungkin mereka balik awal sebab tak mahu bersesak-sesak (ketawa). Ternyata saya bukan peserta pilihan mereka. "Namun peminat kena faham keputusan juri sebab juri terdiri daripada individu berpengalaman dan bijak pandai dalam muzik. Mendapat persetujuan mereka merupakan satu kemenangan terindah.

"Nak atau tidak, saya sudah mendapat kemenangan. Lagipun masih terlalu awal untuk berkata orang tak sukakan saya. Saya masih baru dalam industri dan ini penampilan pertama dalam AJL, berilah masa dan peluang," luahnya bersyukur dikurniakan kemenangan walau diuji pelbagai masalah sebelum persembahan.

Paling mengejutkan, terdapat individu yang mencipta Facebook fanpage Kami tidak bersetuju Ana Raffali menang AJL 25 dan juga page Kami bersetuju Ana Raffali menang AJL 25. Lihat screenshot dibawah. Malangnya, pihak blog [Azura Banyak Cakap] tidak sempat mengambil screenshot untuk page "Kami tidak bersetuju Ana Raffali menang AJL 25". Maybe admin page tersebut sudah mendeactivatekan page tersebut. 

Kami bersetuju Ana Raffali menang AJL 25
Harap-harap lepas ni isu ini akan reda. Buat apa nak pertikaikan kemenangan peserta AJL 25. Kamu juri? Bukan kan? So just terima kenyataan ni. Lagipun juri yang mengadili semua peserta ini merupakan mereka-mereka yang pakar dalam bidang ni. Dan ingatlah, juri memilih lagu yang bagus, bukan lagu yang popular. 

Apa-apa pun, tahniah yang tak terhingga kepada Ana Raffali, go go go! You can do it! Jangan sia-siakan kepercayaan juri dengan bakat yang ada pada Ana Raffali. 


2 Sweet Roses!:

@Mknace~Hahaha ko ni semualah terbaik. :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More