29 January 2011

Inikah Jalan Yang Terbaik? (T-T)


Salam semua, hari ni Zura sedih sangat2. Asal dekat CNY, mesti ada pekerja yang kena buang. Nasib baik ada Fiona call Zura pagi2 tadi, ada nangis sikit. Tapi dia buat Zura rasa selesa, dan happy, dengan hanya menjadi pendengar setia.

Hari ni, boss buang lagi pekerja lama di company kami. Satu orang dah confirm termination letternya, yang lagi satu masih dalam proses. Kesian pula. Tapi apa boleh buat, harap2 lepas ni rezeki si kawan akan bertambah bagus, dan dapat kerja yang lagi bagus. Sebab Zura dapat nampak juga, dia selalu stress kerja disini. Maybe ini jalan yang terbaik. 

Tapi apa yang saya tak berpuas hati, boss suruh dia sain payment voucher without tulis descriptionnya, Zura risau, takut payment voucher tu disalahgunakan, untuk claim duit. Tapi siapa juga Zura ni, tak layak nak bersuara. Apa yang Zura dapat buat, diam saja. Hati rasa tak senang, mahu saja tanya boss, kenapa buat macam ni.

Nanti habis waktu kerja, maybe nak luangkan masa sikit dengan si kawan. Nak tenangkan dia, dia nampak macam sedih, tapi dia still ketawa and said, "everything is okay". Maybe dia tak nak orang risau kot. Cian dia bah.

Zura pun rasanya dah tawar hati kerja disini. Tengok jak cara dorang layan pekerja pun rasa benci. Boss janji nak naikkan gaji dan bagi bonus, tapi susah nak percaya, nanti bini boss confirm bising. Kedekut mau mampus kan. Tapi apa guna, bila perlu disayang-sayang, bila tak perlu dibuang-buang? 

Zura pun bosan sudah selalu kena tuduh gelapkan duit company. Bukan dorang percaya cakap Zura, sibuk ikut cakap si tukang komplen. Then tak tanya terus dengan Zura, sibuk pass sana pass sini, memalukan Zura saja. Nasib baik ada Fiona and Patricia, selalu selamatkan Zura. :'(

Masa untuk maju selangkah, cari kerja lain. Biar tak banyak gaji, yang penting kerja happy. Bila dah dapat kerja, then Zura resign. Zura tak tahan hati diam saja tengok cara dorang layan pekerja. 

(mengeluh panjang)


6 Sweet Roses!:

sabar ya ani...
aku rasa kau mmg perlu tukar kerja segera
majukan diri
x perlu lagi tenung muka bos yang tak suci itu lagi!

go go chaiyokkkkkkkkkkk!

aku pun mahu tukar kerja jugak ni..tapi kena bersabar dulu..

Sedih owh, duit gaji pun tidak dikasi ni, dia just bagi duit RM500 untuk duit minyak balik kg, sebab pekerja tu dari branch HQ kk, pindah ke tawau, macam menghalau anjing jak ni.

Boss apa jenis begitu Zura, layan pekerja macam bukan orang...
Cepat-cepat cari kerja lain, bukan nak jadi batu api tapi banyak lagi rezeki diluar sana tu...Sometimes, kita bukan mau gaji ribu riban. Appreciation tu lagi penting bagi saya, ini sudahlah penat kerja...silap sikit terus kena bambu

Sama-sama kita berdoa, saya pun tiada hati dah kerja tempat sekarang ni. Super stressed!!

@Jane~Betul2 kecewa owh sa sama company ni, adik kawan saya pula, sudahlah kena kasi berhenti, duit gaji bukan dikasi, boss kasi duit RM200 jak, hari Isnin ni sa mau bincang sama boss owh, saya betul2 tak puas hati, mana boleh dia buat gitu.

dorg buang pekeja sbb mo kurgkan bonus tuh..tmpt keja laki aku yg d wong kwok dlu slalu buat gitu..dkt2 taun br cina buang pekeja..lps taun br cina ambil pekja br yg gaji lebih rendah..

@Lina~Betul owh kan, staff yg gajinya lebih seribu kena buang owh, babi anjing sial punya manusia.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More