10 January 2011

Hari-hari Yang Zura Lalui Tanpa Kamu Semua. :)

Sila abaikan gambar ni, ekekeke. Ni sambutan Xmas 2010, saya sudah lari, bertapuk, takut kena paksa minum tapai. 
Holla, apa kabar semua, lama tak jumpa, ekekeke. Sorry lama tak update blog, line streamyx slow, siput pun laju lagi dari line internet di office ni. 

Hari ni busy sangat2 di office, banyak paperwork perlu disiapkan, belum ditambah dengan invoices, official receipts, credit notes yang perlu dibuat, lepas tu mo key-in masuk UBS lagi untuk buat statements, penat. Tapi sempat juga Zura mengular, miahahaha!

Semalam ada sambut majlis harijadi, not as perfect as I want it to be, but still Zura bersyukur juga, sebab dikelilingi oleh ahli keluarga dan Mr. Teddybear yang tersayang. Saja buat majlis untuk family jak, malas kecoh2, tua juga sudah, miahahaha!

09 January 2011 Genap usia Zura 26 tahun. Banyak tanya, "napa belum kahwin lagi?" Susahnya mau jawab soalan ni, miahahaha, kalau boleh sekarang juga Zura mahu kahwin, tapi maybe jodoh belum sampai. Apa boleh buat. Kadang2 jelez juga, tgk kawan2 yang dah bertunang, dah berkahwin, dah beranak-pinak, bestnya kan? Zura sudah tetapkan azam, kalau boleh tahun ni biarlah Zura dapat capai semua azam Zura dibawah.

1. Cari kerja lain (Better pay, dapat ambil leave).
2. Dapat lesen memandu.
3. Dapat kereta & rumah.
4. Slimkan lagi badan, miahaha! (Too chubby)
5. Bertunang & berkahwin.
6. Simpan duit banyak2 di bank.
7. Ambil kursus komputer, perakaunan, pertanian & perladangan.
8. Buka tanah keluarga di Ranau.
9. Lebih utamakan family dari anything else. Manjakan mereka sebaik mungkin.
10. Buang sifat negative: Hot-tempered, penakut, cerewet, tidak pandai buat keputusan sendiri.

Ermmm sebenarnya ada lagi, tapi lupa suda, miahahaha! Satu tahun ada 365 hari, rasa2nya cukup kot masa yang diperlukan untuk merealisasikan impian Zura, harap2 dapat mulakan langkah secepat mungkin. 

Hampir terlupa, ada kawan wasaber yang menyambut harijadinya ni hari, siapa lagi kalau bukan si catherinepipigebus! Nah cat, ambil ko kek dibawah ni, ekekeke. Nanti sambung gosip kita ah, ko memang, aku pun tak banyak cakap macam ko, miahahaha. Mudah2an panjang umur serta dimurahkan rezeki ya fren. Amin amin amin.

Cute kan kek ni? Kek ni dibeli oleh Mr Teddybear. Surprise from him. Sedap owh! Tapi saya tak suka makan ceri, yikes, macam rasa panadol budak2, yikes. 
Okaylah kawan2 semua, nak sambung buat kerja dulu, nanti kena marah boss tak siap kerja, ekekeke. Daaaaa!

7 Sweet Roses!:

bah ngam tu azam baru ko...

bulih tahan azam ko tu geng...nda apa bru 10 ja tu ada juga 365 hari kan...na pandai2 la ko meng'ajas'nya tu..hahahaha

@Beaty~Hahahaha, tq mandak, doakan sa kio. :)

@Yats~Hahaha, mo tambah lagi bah ni, nantilah pikir dulu kunun, miahahaha!

waaaaaaaaaa...ani,kek tu nampak enak woo..tp x buleh mkn byk nnt gumuk :p

owwhh...26 ko suda...muda bah lagik..aku ni 28 suda...teeetttt pecah tembelang.lom kawin juga.sedang mncari cinta...ada ka yg sudi kekeke

sama2 kita capai impian yaa ani...thankx 4 being my fren..pnjng umur jumpa2 kita aa...

@Cat~Ya bah geng, harap2 tahun ini kita tamatkan zaman bujang, ekekeke! Keep in touch ah, ada masa kita p jalan2, ekekeke!

Happy belated buufday my fren! Waa.. bnyk wishlist ko utk thn ni kan?! Sia rasa semua org mo simpan bnyk duit d bank tp utang lbh bnyk dr saving pulak! Huhuhu.. anyway, sia pun mo ada lesen n rmh thn ni.. hrp2 klu nda semua pun, ada la bbrp list ko yg tesangkut! :D

@Just~TQmandak, harap2 menjadilah, hihihihi, macam banyak ketinggalan owh sa rasa ni, sebab tu mo catch up sudah ni, nda mau tangguh2 lagi. Ko pun sama kio, good luck, mudah2an tercapai azam baru, hihihi. :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More