17 January 2011

Cara Atasi Rasa Bosan Ditempat Kerja


Aduiiii, hari-hari rasa bosan ditempat kerja. Maybe sebab setiap hari buat benda yang sama saja. Sebab tu sudah mula rasa bosan. Ish ish ish.

Credit to f-buzz.com
Tak boleh jadi ni, kalau dibiarkan berterusan, pasti prestasi kerja menurun. So, Zura dah buat plan superb untuk atasi rasa bosan ditempat kerja. Mudah-mudahanlah berhasil.  Sempena tahun baru ni, berubahlah sikit. Hihihi. Apa kita kamu pun cuba juga?

Okay, so secara kasar, macam ni.

1. Pelajari hal-hal baru dalam pekerjaan
Apa kata belajar sesuatu yang diluar bidang tugasan kita. Minta tunjuk ajar staff yang lebih pandai. Bila dah ada ilmu baru yang kita dapat, pasti kita rasa lebih gembira bekerja. 

2. Ambil kursus-kursus berkaitan
Bagus juga kalau kita nak majukan diri, apa salahnya kan? Selagi berpeluang, carilah ilmu sebanyak mungkin. 

3. Cari idea-idea baru
Bila kita sudah biasa buat kerja dengan cara lama, mesti bosan kan? Apa kata cari cara atau pendekatan baru yang lebih efektif. Pasti dengan cara ni, kerja dapat diselesaikan dengan lebih sempurna dan cepat. Boss pun puji. Mana tau ada can naik gaji lagi, ekekee.

4. Hidup bukan untuk bekerja sahaja
Hehehe, memanglah kalau tak bekerja kita tak dapat duit cari makan. Tapi sometime, kita perlu masa rehat juga. Kalau dah penat sangat bekerja, apa kata bercuti? Atau buat aktiviti lain untuk variasikan hidup kita. Tak juga bosan kan, bangun buka mata, terus pergi tempat kerja, pulang terus tidur. Ish ish ish bosan eh! So apa kata sebelum ke tempat kerja dengar sikit lagu untuk ceriakan mood. Selepas pulang kerja pula, pergilah bersukan, hehehe. Badan sihat, otak pun cergas.

Nah, siap sudah. Cayok2 Zura! You can do it, jangan berfacebook saja keja ko!

2 Sweet Roses!:

klu company hntr sia utk training2 ni mesti siok tp company luki betul!

@Just~Sa pun sama, cubalah dia hantar gi kursus akaun ka, apa ka, eeee, tapi memang pun company kami ni kedekut, ekekeke. Nda tau ada bonus ka tidak untuk Chinese New Year ni.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More