17 January 2011

10 Cara Mudah Hilangkan Parut


Pernah tak kamu semua tercedera semasa memasak? Ataupun ada parut-parut jerawat yang susah nak hilangkan biarpun kamu sudah menghabiskan duit membeli pencuci muka atau ubar scar removal yang mahal? Apa kata cuba beberapa tips dibawah ni.

1.      LIDAH BUAYA
Sapukan gel lidah buaya pada kawasan luka yang masih baru. Cara ini berkesan mencegah pembentukan luka kekal.

2.      KAYU CENDANA
Buat satu campuran kayu cendana dengan air mawar. Sapukan ke kawasan luka pada malam hari, dan bersihkan pada keesokan paginya. Langkah ini dikatakan salah satu cara terbaik menghilangkan bekas luka.

3.      JUS LEMON
Jus lemon mampu membantu memutihkan dan menghilangkan bekas luka. Ia juga dikatakan boleh digunakan untuk menghilangkan belang-belang pada kulit.

4.      MINYAK LAVENDAR
Sapukan ke kawasan luka dengan menggunakan kapas dua kali sehari.

5.      MADU
Madu juga boleh disapukan ke kawasan luka. Sapukan beberapa kali sehari. Hasilnya kulit lebih berseri serta dapat menghilangkan bekas luka.

6.      JUS TIMUN
Sapukan jus timun ke kawasan luka. Biarkan selama 15 minit dan basuh dengan air suam.

7.      MINYAK KELAPA
Sapukan pada kawasan parut. Cara ini mampu menghilangkan parut sepenuhnya.

8.      MINYAK ZAITUN
Sapukan ke kawasan berparut. Amalkan setiap hari. Sedikit demi sedikit parut tersebut akan hilang.

9.      THE HIJAU
Basahkan kapas dengan the hijau dan sapukan pada kawasan parut.

10.  DAUN PUDINA
Ambil beberapa helai daun pudina dan hancurkan sehingga halus. Kemudian dengan mengunakan kain, ambil daun pudina yang sudah halus dan sapukan pada wajah atau kawasa berparut. Kulit pasti bersih tanpa sebarang parut.

Zura dah cuba gunakan LIDAH BUAYA pada luka Zura. Hari tu kena minyak masa tengah masak, ekekeke. Berkesan juga owh. Luka tu dah tak hitam.

Sumber: Remaja (Edisi 01/01/2011)

7 Sweet Roses!:

ohh tenx share

bley la guna pakai tips2 nnt kalo luka kt mna2 kn

betul2..lidah buaya memang bagus..letak kat rambut rase rambut lembap je~

Ya try jak geng, ni pun saya ambil sikit tips dari majalah Remaja. Hihihii.

Zura, zura....
nnati zura tlg buatkan utk zurina pulak ya...:D ahahaha.

thanks for sharing this. nice info ni zura :)

@Zurina~Ahahaha, bah bulih, jadi nenek kebayan sudah aku ni, ekekeke.

@Stella~Bah, no worries ya, hihihi, more to come later, tak sempat siapkan draft semalam, demam. :'(

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More