31 January 2011

Kebakaran Di Kg Titingan [31.01.2011]

Kesiannya, tempat ni yang lebih dikenali sebagai "ICEBOX" oleh penduduk Tawau memang selalu kebakaran, harap2 tiada yang cedera. Ni picture yang saya pinjam dari MyTawau, takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. :'(


Credit: Andy Sahak Jabar Payungemas


Credit: Andy Sahak Jabar Payungemas
Credit: Andy Sahak Jabar Payungemas




Apa2 perkembangan terbaru akan diupdate nanti, sama2 kita berdoa mudah2an keluarga mangsa yang terlibat dapat bersabar dengan dugaan ni.

Boleh lihat video secara live di SINI.
P/s: Kamu perasan ka? Dalam gambar yang first tu, semua sibuk ambil gambar, ish ish ish. Macam reporter pula, adesss...

30 January 2011

Lelaki Macam Ni Patut Dicincang Kasi Makan Ikan Jerung!

Sakit hati.

Napa kebanyakkan lelaki dalam Tagged ni gatal2 ah? Ada penyakit ka di kemaluan dorang ni? Bagus potonglah kasi makan jerung. Aduiiii bikin hati panas and telinga berasap jak bila baca.

Sedap2 mulutnya cakap macam ni ya. Saya boleh lapor polis tangkap dia ni atas kesalahan SEXUAL HARRASMENT! Kurang ajar!

Lain kali kalau bercakap tu biarlah berpada, jangan ingat kalau pakai nama lain and gambar lain kamu boleh lepas dari tindakan undang2, bukannya susah mo trace kamu di mana, bodoh! 

Nah saya siarkan profile ko disini, biar ko femes sikit. Pervert!

29 January 2011

Inikah Jalan Yang Terbaik? (T-T)


Salam semua, hari ni Zura sedih sangat2. Asal dekat CNY, mesti ada pekerja yang kena buang. Nasib baik ada Fiona call Zura pagi2 tadi, ada nangis sikit. Tapi dia buat Zura rasa selesa, dan happy, dengan hanya menjadi pendengar setia.

Hari ni, boss buang lagi pekerja lama di company kami. Satu orang dah confirm termination letternya, yang lagi satu masih dalam proses. Kesian pula. Tapi apa boleh buat, harap2 lepas ni rezeki si kawan akan bertambah bagus, dan dapat kerja yang lagi bagus. Sebab Zura dapat nampak juga, dia selalu stress kerja disini. Maybe ini jalan yang terbaik. 

Tapi apa yang saya tak berpuas hati, boss suruh dia sain payment voucher without tulis descriptionnya, Zura risau, takut payment voucher tu disalahgunakan, untuk claim duit. Tapi siapa juga Zura ni, tak layak nak bersuara. Apa yang Zura dapat buat, diam saja. Hati rasa tak senang, mahu saja tanya boss, kenapa buat macam ni.

Nanti habis waktu kerja, maybe nak luangkan masa sikit dengan si kawan. Nak tenangkan dia, dia nampak macam sedih, tapi dia still ketawa and said, "everything is okay". Maybe dia tak nak orang risau kot. Cian dia bah.

Zura pun rasanya dah tawar hati kerja disini. Tengok jak cara dorang layan pekerja pun rasa benci. Boss janji nak naikkan gaji dan bagi bonus, tapi susah nak percaya, nanti bini boss confirm bising. Kedekut mau mampus kan. Tapi apa guna, bila perlu disayang-sayang, bila tak perlu dibuang-buang? 

Zura pun bosan sudah selalu kena tuduh gelapkan duit company. Bukan dorang percaya cakap Zura, sibuk ikut cakap si tukang komplen. Then tak tanya terus dengan Zura, sibuk pass sana pass sini, memalukan Zura saja. Nasib baik ada Fiona and Patricia, selalu selamatkan Zura. :'(

Masa untuk maju selangkah, cari kerja lain. Biar tak banyak gaji, yang penting kerja happy. Bila dah dapat kerja, then Zura resign. Zura tak tahan hati diam saja tengok cara dorang layan pekerja. 

(mengeluh panjang)


28 January 2011

1st GiveAway Ang Pow Chinese New Year


Tak lama lagi sambutan CNY, walaupun Zura tak sambut perayaan ni, tapi semangat nak sambut tetap ada, ekeke, sebab ramai family and kawan2 Chinese. Tak sabar nak tengok tarian naga ni. 

GiveAway ni dianjurkan oleh Rekha. If you all nak join, jom lihat terma dan syaratnya di SINI.

So sempena CNY ni, Zura nak ucapkan semoga dimurahkan rezeki dan gembira selalu.:)


Nak tag 3 kawan saya yang comel, siapa lagi kalau bukan si Yats, Just & Stella.

So tunggu apa lagi, jom kita join ramai2.

Tarikh tutup: 10 Februari 2011

27 January 2011

Ada Rasa Geram! Ada Rasa Menyampah!

Penatnya hari ni, satu office saya kemas. Haiyaaa, saya ni merangkap kerani, merangkap cleaner sudah ni. Kedekut kan bini boss, cleaner pun tak mau cari. Malam ni boss datang, ish nasib baik bini boss tak datang. Kalau dia ada satu jam pun rasa macam 10 tahun berlalu, ekekeke.

Besok memang sah akan busy satu hari. Sebab esok ada kontena masuk. So banyak keja nak buat. Harap2 semuanya berjalan lancarlah, mulai esok, semua sistem dalam company akan berubah, harap2 semua pekerja dapat terima dan berpuas hati dengan sistem baru yang akan diperkenalkan.

Ingatkan tahun ni boleh dapat angpau and bonus tahunan. Adoiiiii, kecewa pula hati kami semua ni, sebab bini boss bilang tahun ni tiada bonus, tiada angpau, tiada limau. Melampau! Terus hilang mood mo keja ni, ish ish ish. Teruk betul, harap2 besok boss datang, ada juga dia kasi2 angpau, kalau dia ni boleh runding lagi, ekekeke.

Hrmmm, hari ni Tawau mendung jak ni, uiiinaaa kalau dirumah kompom tidur berabis ni, ekekeke. Mo main game Cityville dengan Mighty Pirate, line Streamyx offine ni KO, haissh, ada juga bawa laptop, tapi malas pula mo buka, sebab busy betul, makan lunch pun kelang kabut, ish ish ish. Owh ya, sapa main Cityville tu add lah Zura sebagai neighbour okay.

Malam ni kita sambung cerita ya, ada tutorial untuk dikongsi, tapi belum siap lagi, ekekeke. Nantikan tutorial "Letak Iklan ChurpChurp Dalam Blog". At least senang sikit orang klik iklan ChurpChurp kita kalau dorang berminat. Then, sekaligus meningkatkan unique click untuk campaign iklan ChurpChurp kita.

Okaylah, Babai! :)

Suami Minta Perlindungan Polis Kerana Tidak Tahan Isteri Kuat Seks

Credit Image: http://zukidin.blogspot.com
Seorang lelaki Turki yang menetap di Jerman mendapatkan perlindungan polis daripada isterinya yang kerap meminta melakukan hubungan seks.

Lelaki itu berkata, dia telah tidur selama empat tahun di sofa untuk mengelak tuntutan daripada isteri yang mahu melakukan seks. Walaubagaimanapun, isterinya sering datang ke ruang tamu meminta dia melakukan seks sehingga membuatkan dia meminta pertolongan polis untuk mendapatkan tidur pada waktu malam.

Isterinya itu telah dikahwini selama 18 tahun dan dia mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinannya itu. Dia bercadang untuk bercerai dengan isterinya itu dan keluar dari rumah dengan harapan dia pergi ke tempat kerja dalam keadaan yang cergas sepenuhnya.

 

P/s: Astaga, si auntie ni, matilah laki mu nda lama ko kerjakan, ekekekeke.

25 January 2011

Kenapa Saya Suka Drama Korea?

 Waseh! Waseh! Syioknya, curi tag dari si Michelle bah ni, gatal tangan mo juga membalas.

Bilang adik saya and kawan saya, saya ni memang hantu Korea, dorang bilang bagus saya balik Korea, tinggal sana, cess, ekekeke. Tapi ahhh! Pedulilah, sebab saya mengaku juga saya memang gila tengok drama Korea, kadang2 sampai jam 4 pagi baru saya tidur sebab tak sanggup menanggung penderitaan menunggu untuk tengok episode seterusnya, ekeke.

1. Dari kecik sampai besar panjang sekarang, berapa sudah drama Korea yang kamu tengok?
Wow soalan cepu emas, tak tau pula, tak terkira owh.

2. Kalau kamu hebat, drama Korea biasanya ada berapa episod?
Hah! Senang ni soalannya, biasanya ada 16 episode, paling banyak pun 20 episode. Jarang2 lebih 20 episode.

3. Mana part yang paling kamu suka dalam drama Korea? Kenapa?
Part paling syiok, time lucu especially kalau si hero ni selalu gaduh dengan si heroin, time hero and heroin jatuh cinta (dalam diam suka2 kenen) and part sedih2 (ada salah faham atau halangan dalam hubungan si hero sama si heroin). Waseh waseh, kadang2 gara2 terlampau feeling, ketawa terbahak-bahak (time lucu) and nangis teresak-esak (time sedih). Memalukan!

4. Mana part yang paling kamu tidak suka? Kenapa?
Part yang paling tidak syiok mestilah part yang tiada kaitan dengan si hero sama si heroin, buang filem jak, ekekekee. (Jahatnya saya!)

5. Drama Korea yang paling kamu suka?
Ni senarai drama Korea yang baru2 saya tengok, punya main syiok, aduiiiii. Pssssst! Jangan kasitau orang ya, tak tau berapa kali sudah saya ulang2 tengok ni, ekekekeke.
Secret Garden


Marry Me Mary


You're Beautiful


  Playful Kiss

Antara empat drama ni, saya paling suka Marry Me Mary & You're Beautiful, sebab heronya cute, pandai menyanyi and pandai main gitar, ekekeke. (Gatal betul!)

Ni dia hero pujaan saya, ekekeke. Sorry ya Mr Teddybear sayang, tapi apa2 pun Teddybear tetap no 1 dalam hati, ekekeke.



Astaga, jom sambung soalan seterusnya, terlebih mencarut sudah saya ni, ekekeke.

6. Kasi senarai 5 sebab kenapa kamu suka drama Korea?
# Cerita dia dari awal sampai habis tidak membosankan. Ada lucu, ada cinta2, ada sedih. Somehow kita juga dapat pengajaran tau dari cerita dia ni.#

# Fashionista!#
Aduiiiiii, fesyen baju dorang ni cute2! Pelakonnya pun cute2. Tak bosan mata tengok, ekekeke.

# Bahasa#
Saya lebih suka bahasa Korea daripada bahasa Jepun, manja bah, ekekeke.

# Lakonan mantap!#
Hebat lakonan dorang ni, kalau jelek memang betul2 dibuatnya muka jelek. Bukan macam pelakon Malaysia, berlakon watak orang gila pun pakai bulu mata palsu, yisssh! Palui! Bidak dan yang sewaktu dengannya.

# Jalan cerita macam fairytale. Ada pengajaran, dia show setiap masalah tu ada penyelesaiannya. Dan hidup memang perlu ada ups and downs, barulah kita akan menghargai hidup kita.#

7. Tag 5 orang geng drama Korea yang kamu tahu.
Anduk bah, tak tau sapa yang gila Korea macam saya ni, hihihii. Bah feel free to tag yourself kio.
Okaylah sekian laporan dari saya, ekekeke. Nanti ada masa, saya akan buat review dan link untuk tengok drama ni secara online ya. :)

Histeria. Pelajar Jilat Darah Sendiri Dan Cuba Membunuh Diri!


Anggota bomba cuba menyelamatkan pelajar yang cuba terjun dari kelasnya yang mempunyai ketinggian 8 meter.
Kejadian ini berlaku apabila mangsa yang berada di dalam kelasnya yang terletak di tingkat dua bangunan itu tiba-tiba menjerit-jerit mengatakan dia hendak terjun dari kelasnya yang mempunyai ketinggian lapan meter.
Mangsa kemudiannya melompat ke balkoni melalui tingkap kelasnya selepas setengah jam menjerit-jerit. Pelajar itu juga menjilat darah di tapak tangannya yang luka dipercayai terkena cermin tingkap.

Keadaan bertambah kecoh apabila mangsa berlari-lari di sepanjang balkoni itu sebelum berdiri di hujung balkoni sambil mendepakan kedua-dua belah tangan.
Ikuti berita penuh di SINI.



P/s: Kalau orang yang dah kena histeria ni, dia sendiri saja pun boleh kalahkan 10 orang. Ish pelik, tiba2 jadi kuat pula. Biasanya kalau sekolah Zura buat Kem Bina Semangat dulu, mesti ada jak pelajar2 yang kena histeria. Paling lucu bila ada satu junior Melayu ni kena rasuk tiba2 pandai cakap Mandarin, ish ish ish. Nasib baik "benda" yang rasuk dia tu tak jahat. "Dia" just nak bagitau "Dia" rindu zaman persekolahannya. Bila dia dah puas cakap, dia pun keluarlah dari badan junior tu. Ish ish ish.

Nora Danish Punca Perpisahan Fasha Sandha Dan Jejai? Wow!


Huiishhh, pagi-pagi lagi dah terkejut beruk baca statement dari si Jejai di myMetro yang mengatakan bahawa cinta antara dia dan Fasha Sandha telah pun berakhir. 

Hari tu cakap dah planning nak kahwin, ish. Ni tiba2 la pula cakap cinta dah berakhir. Cian Fasha Sandha. Apakah punca perpisahan mereka? Adakah benar Nora Danish punca perpisahan mereka? 

Ikuti berita selanjutnya di SINI.

24 January 2011

Hadiah GA Contest Dari Sumandak Kinabalu! TQ Dear!


Hurray! Sampai sudah hadiah dari Sumandak Kinabalu. Hihihi. Macam tau-tau jak bah memang ini pilihan saya, ekekeke. Thank you ya my dear sebab susah2 kirim kasi saya. Terharu pula. Adoiii happy betul saya hari ni. Biarpun demam, tapi rasa terhibur juga hati sebab dapat hadiah, ekekeke.

Owh ya mandak, kalau ada GA contest lagi, jangan lupa kasitau kio. Miahahaha!

First time menang GA contest, sob sob.... (masih terharu)

23 January 2011

Blogwalking List 2011 Bersama AbgferOz


AbgFeroZ

Hurray! Dapat invitation untuk masuk Blogwalking List Abg Feroz. Kalau you all nak join juga pun boleh, senang jer tau. Sila lihat terma dan syaratnya di SINI.


 Jom kita join ramai, jangan lupa share dengan kawan2 juga tau. :)

22 January 2011

Cash Out Nuffnang Earnings Yang Pertama! :)

Hi semua, apa kabar? Sihat tak? Zura busy sikitlah, banyak kerja yang tertunggak. So kena siapkan secepat mungkin, sebab tak lama lagi nak naik audit. 

Hari tu Zura lupa pula nak bagitau yang Zura dah dapat cheque dari Nuffnang. Masalahnya Zura tak sempat gi bank-in, sebab entah mana Zura simpan buku-buku bank Zura, ekekekeke. Balik ni kena cari lagi lah, lupa mana Zura simpan fail tu. 


Plan yang nak dibuat dengan duit ni, tak tau lagi. Maybe nak beli domain ataupun buat satu GA sempena setahun usia blog Azura Banyak Cakap. Harap-harap kesampaianlah, ekekeke.

Okaylah, Zura nak sambung buat keja dulu, malam nanti kita jumpa lagi ya. :)

18 January 2011

[Promote] Tempahan Sulaman Untuk Yang Berminat

Hai semua, hari ni Zura nak buat review untuk kawan Zura si Waty and partnernya Mimie. Dia ada menerima tempahan sulaman tau. So siapa2 yang berminat boleh lihat beberapa contoh sulaman dibawah ni, cantik kan? Especially sulaman kerawang tu, memang terpikat habis Zura tengok. Ni sikit jak ni, banyak lagi design yang ada sama dia. Cuba you all check di SINI. Jangan lupa add dia, baru you all dapat tengok semua gambarnya.


















So, kalau kamu berada di KK dan berminat untuk menyulam baju, apa kata hubungi Waty di facebooknya. Dan kalau kamu berada di Tawau pula, senang saja, just call Mimie di 0165843259. Koreklah mana-mana contoh sulaman yang kamu jumpa, dari majalah boleh, cipta sendiri pun boleh. 

Kalau kamu bingung tak tahu apa corak nak pakai, serahkan pada yang pakar, ehehehe. Bawa kain kamu, bagi si Waty atau si Mimie tengok. Sure dapat corak yang paling cantik dan sesuai dengan kain baju kamu. Trust me, hehehe. :)


P/s: Waty juga ada menjual barangan kosmetik dan juga koleksi beg. Jom kita serbu dia, jangan lupa tolong promote dengan kawan-kawan ya. :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More