19 December 2011

Masih Bersedih Atas Pemergian Papa

Hai semua, lama tak chit-chat kan? Sorry lama tak update blog. Saya baru saja berpindah ke KK, so banyak hal yang perlu saya uruskan. Lagipun, belum ada idea lagi nak update blog. Otak kosong.
Hari ni, sudah masuk hari yang ketiga pemergian Papa. Sedih sangat-sangat. Rasa macam mimpi. Masih tak dapat percaya, kami telah kehilangan dia buat selama-lamanya. Selalunya nampak orang sedih bila mereka kehilangan ahli keluarga tersayang. Kali ni, giliran saya sendiri yang merasai kepedihan perasaan itu.




15/12/2011
Jam 8 malam, Papa mengadu sakit dada, mukanya sudah mula pucat dan muntah-muntah, sempat lagi bergurau senda dengan dia, tapi bila nampak mukanya makin teruk, kami mengambil keputusan untuk menghantar dia ke hospital Tuaran. Sempat lagi pujuk dia untuk ke hospital. 

11 malam. Papa masih ditahan di wad kecemasan hospital Tuaran. Doktor ambil X-ray, OK. Cuma pernafasan dia sedikit tercungap-cungap. Denyutan jantung dia lemah. So doktor rujuk Papa masuk ward hospital Queen Elizabeth 1. Sempat pegang tangan bapa dan bagitau dia, supaya jangan takut. Papa dihantar dengan ambulans ke sana. Kami excort dari belakang.

Hati berdebar-debar.

Sampai sana, Papa dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Papa makin serius. Apa yang dapat saya lakukan, cuma berdoa. Kami menunggu diluar ward kecemasan sehingga jam 4.30 pagi. Saya dan adik lelakai saya terpaksa pulang ke rumah. Mama dengan adik perempuan saya masih menunggu diluar wad.


16/12/2011
Jam 1.00 tengah hari, kami sampai ke hospital Queen Elizabeth 1 untuk melawat Papa. Mula-mulanya dia sempat lagi pegang tangan kami dan buka mata. Kemudian kami nampak dia menangis. 

Jam 2.00 petang, doktor suruh kami bersedia. Keadaan dia semakin teruk. Kami terdiam.

Jam 2.32 petang. Papa pergi, meninggalkan kami. Sampai hati dia buat kami macam ni. Kami semua menangis. Sampai hati dia tinggalkan kami. 

Sampai ke rumah, semua kami terdiam. Saya mengemas baju dan barang-barang milik Papa, sambil menangis.


17/12/2011
Konvoi beramai-ramai ke Kg. Tinutuan, Ranau, tempat lahir Papa. Papa dikebumikan disana. Itulah hajat terakhir dia. 

Now, he's home.



Cik Azura: Sangat terasa dengan kehilangan Papa. Tiada lagi gurau senda Papa. Tiada lagi bebelan Papa. Kami minta maaf ya Pa, sebab tak mampu balas budi Papa, tak mampu bagi kebahagiaan kepada Papa. Kami minta ampun banyak-banyak, atas segala dosa kami terhadap Papa. Halalkanlah makan-minum kami sepanjang dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Papa. Walau apapun terjadi, Papa sentiasa dihati kami.

I love you Pa. All ways. Always.


17 November 2011

[Dunia Oh Dunia] Wanita Lebih Rela Berkahwin Dengan Diri Sendiri


Pelik tapi apa nak buat?

Perempuan yang berasal dari Taiwan ini lebih rela berkahwin dengan diri sendiri kerana bosan dengan pandangan masyarakat sekeliling yang pelik dengan diri dia kerana belum berkahwin pada usia 30 tahun.

"Umur 30 tahun sangat sesuai untuk berkahwin. Pengalaman serta kerjaya saya berjalan dengan lancar, malangnya sampai ke saat ini, saya masih belum menemui pasangan hidup. Jadi saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan diri sendiri." - Chen
Untuk upacara perkahwinan tersebut, dia telah menggunakan belanja sebanyak NT$50,000 (US$1,500). Dia juga telah mengupah seorang perunding perkahwinan, mengambil gambar kahwin, serta menyewa sebuah dewan untuk meraihkan perkahwinan dia bersama 30 orang sahabat. Yang hebatnya, dia juga menempah pakej berbulan madu secara solo ke Australia! 

Perkahwinan dia ni mendapat liputan meluas secara online. Ramai yang memberikan komen tanda simpati dengan keputusan dia.

Ikuti berita selanjutnya di SINI.



Cik Azura: Kalau dia dah jumpa lelaki idamannya, terpaksa la bercerai ni kan? Bercerai dengan diri sendiri, tak juga rugi, hihihi. :P


[Pelik Tapi Benar] Kentang Kelihatan Seperti Kura-kura.


Xiuling Ma, seorang petani yang berasal daripada Kampung Longshan di Yanji, China, tiba-tiba menjadi terkenal kerana beliau berjaya menemui sebiji kentang yang kelihatan seperti seekor kura-kura di kebun beliau. 


Yang peliknya, kentang itu juga mempunyai dua titik pada bahagian kepala, sekaligus membuatkannya kelihatan seperti memiliki sepasang mata. Petani bertuah itu turut memberitahu wartawan bahawa, kentang ini turut memiliki ekor, tetapi malangnya ia terputus semasa mereka menggali tanah.

Ramai penduduk kampung yang tidak percaya berduyun-duyun datang ke rumah beliau untuk melihat sendiri kentang ini.

Sumber: Weirdasianews


Cik Azura: Aduiii comelnya, boleh minta ka? Kikikiki!



16 November 2011

[Sediakan Tisu] Kasih Sayang Seorang Ayah Yang Pekak Dan Bisu


Saya masih ingat lagi masa kecil.

Papa selalu control saya.
Tak bagi saya keluar malam.
Tak bagi saya berkawan dengan sembarangan orang.
Kalau exam tak dapat A memang kena rotan.
Tapi bagus juga kalau dapat A, sebab ada hadiah RM100.
Tak bagi saya tengok tv dengan rancangan yang bodoh2.
Paksa saya dengar lagu English, baca buku English atau Chinese.
Pernah sekali exam tak dapat Top 5, saya takut balik, sebab takut.
Papa selalu marah2 saya.

Saya selalu tu sakit hati, tapi bila dah besar rasa bersyukur pula, semuanya dia lakukan demi kebaikan saya. Thanks papa. I love you so much!




Wordless Wednesday #8


Kepada SPM candidates, jangan tiru ni ya, ekekeke!


21 October 2011

You Know What I'm Saying? #1



Children with disabilities are like butterflies with a broken wing. They are just as beautiful as all others, but they need help to spread their wings.




19 October 2011

Wordless Wednesday #7


[Courtesy of Kingsley Chang Yew Joe]



Wordless Wednesday #6


[Courtesy of Kingsley Chang Yew Joe]


Wordless Wednesday #5


[Courtesy of Kingsley Chang Yew Joe]



18 October 2011

Budak 2 Tahun Dilanggar 2 Kali Langsung Tidak Dipedulikan Oleh 18 Manusia Kejam!!


Kejam...

Itu saja yang dapat saya katakan. Kalau manusia jahanam yang langgar budak ni ada otak, dia pasti sempat selamatkan budak ni dengan menghantarnya ke hospital dengan cepat. Apa nak jadi dengan manusia sekarang ni. 18 orang yang boleh dilabelkan sebagai syaitan jahanam hanya tengok sebelah mata. Langsung tak bersimpati dengan nasib budak ni. Syukurlah ada seorang wanita baik hati, yang dengan cepat menariknya ke tepi, supaya tidak dilanggar lagi. Akhirnya mama budak tersebut datang dan membawanya ke hospital. 

Mulanya saya rasa sangat marah dan mulut ni pun tak henti-henti menyumpah pemandu jahanam dan 18 manusia yang tak berperikemanusiaan tu. Tapi bila saya baca komen dibawah ni, baru saya sedar, orang China sebenarnya takut untuk menolong orang. Terlalu ramai penipu di China, yang berpura-pura cedera, dan bila ada yang datang menolong, orang itu pula yang akan dituduh cuba mencederakan mereka. Dari situ, mereka akan cuba untuk memeras duit orang yang menolong mereka. 

It isn’t ignoring, it’s not daring. If one were to encounter a Nanjing judge, one would be screwed.
[Note: "Nanjing judge" refers to the infamous 2006 case of a man named Peng Yu who helped a woman to the hospital after she had fallen only to have the old woman accuse him of knocking her down. The Nanjing judge in that case ultimately ruled that common sense dictated that only the person who hit her would take her to the hospital, setting a precedent that continues only further discourages and reinforces many Chinese people's wariness to help others in similar situations.]

Macam-macamlah! Berita terkini mengenai kejadian ni boleh dibaca di SINI. Nampaknya pemandu jahanam tu sudah ditahan polis. Baguslah kalau begitu. 

Tapi bila dah tengok video ni, janganlah samakan orang Cina di negara kita dengan negara sana. Macam komen-komen dibawah ni. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Amalkan sikap hormat-menghormati antara kaun dan agama. Jangan cemuh atau hina orang yang berlainan agama dari kita. Semua agama mengajar kita untuk jadi orang baik. Elakkan komen negatif seperti dibawah ni. Nasib baik ada juga yang tak terpengaruh dengan hasutan negatif ni.



cina ni bodoh la..dah la mkn babi, berak x basuh,bgun pagi x mandi,gigi x penah gosok..perangai pon da mcm babi..sebok je duduk kat msia..cina-cina babi ni x yah ade pon xpe kat msia ni..bodoh x berati perut langsung..kena kat anak sendiri baru tau..faker
@yuolsak


jgn la nk judge org cina kat malaysia pn sama camni...diorg mkn babi tu hak diorg...kita ni islam...ade ke rasulullah ajar cemuh org yg beragama lain??jgn nk biadap sgt...ada je org kat china tu beragama islam...bahkan yg beragama islam tu lebih byk lg dr org islam di malaysia...
@kecomelan 


@kecomelan yg kau x puas hati apesal? same je cina china ngn cina malaysia..cina malaysia pon asalnya dari china jugak..dua2 pon mkn babi
@yuolsak 


@yuolsak bahasa tu jaga sikit...agak2 la nk sama kn cina china ngan cina malaysia....mane adab ko sebagai org islam??
@kecomelan


jgn judges orang lain la weh... orang2 kat negara lain pon blom tentu tidak skejam ini.. bukan orang china ja... 
@akuhjena92

Banyak lagi sebenarnya, malas nak tambah. So bercakap tu biarlah berotak. Jangan memalukan diri sendiri. 


28 September 2011

High Heels Berapi! Tolong Panggilkan Bomba!

Lagi-lagi design high-heels yang pelik, so yang mana satu you all nak cuba, ataupun berminat untuk bagi hadiah bagi gf atau isteri? Hihihi.

Hot! Burning Your Feet!














Wordless Wednesday #4


Never cry for the person who hurts you. 
Just smile and say "thanks for giving me a chance to find someone better than you".



24 September 2011

Fakri Arrahman Lahir Dengan Lidah Terjulur



Seorang bayi lelaki dilahirkan di Kampung Pampangan di sini dengan lidahnya terjulur. Bayi pasangan suami isteri, Sartika 23 tahun dan Anton 27 tahun, lahir secara normal pada pada 5 September lalu.

Sehingga semalam, bayi itu yang diberi nama Fakri Arrahman sudah dimasukkan ke Hospital Dr M Djamil untuk menjalani rawatan. Pengarah hospital berkenaan, Gustafianof berkata, pihaknya tetap menerima Fakri meskipun dia berasal dari keluarga miskin. Fakri berdepan dengan masalah untuk menghisap susu kerana sebagaian besar rongga mulutnya ditutupi lidahnya yang menjulur.

Lebih membimbangkan lagi, lidahnya semakin membesar dan memanjang. Kos untuk merawatnya ketika ini dtanggung oleh Badan Amil Zakat Kota Padang.

Sumber: Kompas


Cik Azura: Aduhhhh kesiannya baby tu. T___________T



22 September 2011

Spontaneous Thursday #2

There are things that we never want to let go of, 
people we never want to leave behind. 
But keep in mind that letting go isn't the end of the world, 
it’s the beginning of a new life.


via @NerdyAzura



Spontaneous Thursday #1

I'm just a girl, you're just a boy. 
This is my heart, it's not a toy.


via @NerdyAzura



Wordless Wednesday #3


Cute kan? ^_________^


[18SX] Lelaki Jadi "Pole Dancer" Untuk Dapat Banyak Duit

Pelik betul sekarang ni, perempuan nak jadi lelaki, lelaki pula nak jadi perempuan. Baru-baru ni kawan masa Universiti dulu confess yang dia berminat untuk tukar jantina dia daripada lelaki kepada perempuan. Ishhh, apa yang saya mampu buat, ialah bagi nasihat, dan suruh dia fikir baik-baik. Bingung saya dibuatnya.

Basic Butterfly by Mary AD
Dalam bidang pekerjaan pula, perempuan zaman sekarang ramai yang menceburi bidang yang biasanya dimonopoli oleh lelaki. Contohnya bidang ketenteraan, polis, pegawai kerajaan dan perniagaan. Manakala lelaki pula, ramai yang berminat mencuba bidang yang biasanya dimonopoli oleh perempuan. Contohnya seperti bidang masakan, make-up dan fesyen.

Pernah dengar tak "Pole Dancing"? 

Pole dance is a form of performing art, a combination of dance and gymnastics. It involves dancing and performing acrobatic tricks with a vertical pole and is an increasingly popular form of fitness and dance, practised by many enthusiasts in gyms or dedicated dance studios. A wide range of amateur and professional competitions are held in many countries around the world.

Bidang Pole Dancing ni biasanya diceburi oleh penari eksotik wanita. Tapi nampaknya lelaki pun sudah mula berminat untuk mencuba nasib sebagai penari Pole Dancing. 

Hao Tao yang berasal daripada China, berusia 23 tahun, berjaya menjadi seorang penari Pole Dancing professional. Dia meraih pendapatan sebanyak £6,000 (US 8,000) sebulan. Wow! Ikuti kisah beliau di SINI

Hrmmm.... Kalau perempuan yang menari Pole Dancing ni, mestilah seksi kan, kalau lelaki pula? Macam mana? Jom tengok video lelaki menari Pole Dancing ni. 



Cik Azura: Ada-ada saja dorang ni. The last part of this video: YIKES! Hihihihi!


14 September 2011

Wordless Wednesday #2


Stop animal cruelty. They have feelings too.


Wordless Wednesday #1


They say you must be happy, if your love is happy with someone else.
But can they tell what to do with the inside pain and tears?


12 September 2011

Lidah Oh Lidah. Pandainya Si Lidah Menari.

Wow Wow Wow! Gila eh, hebatnya amoi ni buat trick lidah, pandai menari-nari pula lidahnya ni. Saya langsung tak dapat buat, ekekeke.



tongue fold Weird Asian Tongue Tricks picture


Cik Azura: Kamu pandai buat ka? ^_________^

Bingung Memilih Tema Album Perkahwinan?



Lucu. Pelik. Kreatif. Tapi lucu bah zombi tu, siapalah yang malang kena suruh jadi zombi tu.

Inilah yang dilakukan oleh pasangan dari Korea ni. Julian Sunmi Park dan Benjamin Jinsuk Lee memang hebat! Saya pun mahu jugalah bila nak buat album perkahwinan nanti. Memang lain daripada yang lain!

Cuba lihat sendiri tema bagi album perkahwinan mereka. 













Cik Azura: Kiuttttnyaaaaa! Hihihi, Saya mahu test tema vampire macam Twilight tu la kunun, bulih ka? Hahahaha. 


10 September 2011

18SX: Ratu Colombia Malas Pakai Seluar Dalam??


Apa hal pula si Catalina Robayo ni? Aduhhhh, muka cantik tapi kenapalah malas pakai seluar dalam. Ish ish ish. Meleleh air liur lelaki-lelaki buaya yang nampak ni, hahaha. Minta-minta dia berubahlah lepas ni, satu dunia kecoh pasal dia. Best ka kecoh pasal kontroversi buduh macam ni? (-_-!)

Ikuti berita penuhnya di Beatyjohn.com.


Cik Azura: Tak faham betul. Cantik saja tiada guna kalau tiada otak, haiyaaa.


7 Orang Anak Buang Bapa Yang Uzur Tepi Masjid Pada Hari Raya Aidilfitri


Pilu hati seorang bapa, Wahid Hussin yang berusia 71 tahun apabila kerinduan yang terpendam dalam hati terhadap anak-anaknya berakhir dengan insiden yang tidak dijangka apabila dia dihantar "orang suruhan" anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam selepas melepaskan kepenatan dirumah anaknya.

Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu, sanggup menempuh perjalanan sejauh  lebih 60km menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama anak lelaki beliau yang berusia 40-an.

Warga emas yang telah kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja dibuang, malah duit hasil sumbangan dari ihsan orang ramai ketika beliau dirawat di hospital turut dikebas oleh anak beliau.

Syukurlah, warga emas ini bernasib baik apabila ditemui oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke perkarangan rumah ibadat untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.


Tanpa berselindung, Wahid menceritakan kisah beliau. "Selepas duduk beberapa jam dirumah anak, saya diarahkan untuk menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki sebelum diturunkan berhampiran masjid ini," katanya sebak. Pemandu terbabit sempat berpesan, supaya dia menunggu di masid itu dengan alasan ada orang lain yang akan mengambilnya nanti sebelum lelaki itu pergi. 

Bagaimanapun, selepas beberapa jam menanti, tiada sesiapa yang datang, dan dia mula menerima hakikat, bahawa anaknya itu ingin membuang dia jauh-jauh dari kehidupan mereka.

Adik kepada warga emas ini, Alias, berjaya dihubungi berikutan penemuan sekeping kertas tertulis nama dan nombor telefon adiknya dan dua orang anak warga emas ini. Anak warga emas ini tidak berjaya dihubungi. 

Sementara itu, Pegawai Unit Warga Emas JKM Labuan akan mendapatkan perintah mahkamah supaya warga emas ini ditempatkan dirumah warga emas. 

Sumber: Harian Metro



Cik Azura: Sedih, kenapalah 7 orang anak dia ni, satu pun tidak sanggup jaga dia. Betullah cakap orang. 1 orang bapa/mak mampu jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu sanggup menjada seorang bapa/mak.

Tuhan, ajarlah hatiku supaya sentiasa sayang dan mengenang budi mak dan papa yang sudah susah payah membesarkan aku dari kecil sehingga sekarang. Janganlah sampai aku pun ikut jadi anak derhaka macam dorang ni. Amin.


23 August 2011

Ada iPhone 4? Jom Tengok Casing Yang Comel Ni

Pondok Telefon
 

  


Piano
 


Radio & Kaset
  
  

Notepad
 
  

Games
 
 

Makanan
  



[Courtesy of: SquidooDesign Blog & Hardwaresphere.]




Cik Azura: So you all suka yang mana satu? Hihihihi.


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More