14 December 2010

Suami Paksa Isteri OKU Tidur Dengan Rakannya Untuk Dapatkan Duit Beli Arak



Seorang wanita lembam yang baru enam bulan berkahwin menjadi mangsa penganiayaan suaminya yang kaki mabuk apabila dipaksa tidur bersama rakannya dan dibayar upah RM50.

Wanita yang baru berusia 18 tahun dan termasuk dalam kategori orang kurang upaya (OKU) itu dipercayai tidak memahami apa yang berlaku ke atasnya kerana dia dengan gembira menunjukkan wang RM50 yang diterimanya kepada anggota keluarganya.

Sejurus mangsa menunjukkan wang RM50 diperolehnya, keluarganya hairan kerana sebelum ini dia tidak pernah memiliki wang, malah suaminya yang berkerja sebagai pencari barang lusuh juga tidak pernah memberikan kepadanya kerana kehidupan mereka yang terlalu daif.

Apabila ditanya daripada mana dia memperoleh wang terbabit, mangsa menceritakan yang rakan suaminya memberikan wang itu dan ini menimbulkan rasa hairan dikalangan ahli keluarganya. 

Mangsa kemudiannya menceritakan kepada ibu dan bapanya bahawa suaminya memaksa dia bermalam di rumah rakannya sebelum dia diajak menonton filem lucah dan kemudian melakukan hubungan seks dengan lelaki terbabit.

Bapa mangsa kemudian membawanya ke balai polis untuk membuat laporan sebelum dibawa menjalani pemeriksaan di hospital. Difahamkan, mangsa dipaksa suaminya yang ketika itu dalam keadaan mabuk. Suami mangsa sanggup bertindak demikian kerana dia memerlukan wang untuk membeli bekalan arak bagi menghilangkan ketagihannya.

Setakat ini, polis masih mengesan suami mangsa yang terus menghilangkan diri selepas kejadian itu. Rakannya yang mengambil kesempatan merogol dan meniduri mangsa turut dicari bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.




P/s: Teruknya, sampai hati buat isteri macam ni. Ish ish ish. Nasib baik dapat tahu lebih awal, kalau tak, tentu berterusan si isteri dibuat macam tu oleh si suami. &%$#*!!

2 Sweet Roses!:

Ni memang kes ambil kesempatan nie...
Betul-betul tiada hati perut, OKU pun kena layan begitu...

@Sumandak~Mau duit untuk benda tak berfaedah, melampau betul!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More