28 December 2010

Suami Bunuh Isteri Kerana Tak Mahu Melihat Isteri Terus Menderita


Seorang lelaki tua dituduh membunuh isterinya yang sakit dengan menikam kepalanya dengan pemutar skru. Menurut laporan media Taipei, kejadian berlaku beberapa minggu selepas lelaki itu menulis dalam blognya bahawa dia mungkin akan membunuh isterinya kerana kasihan.


Bekas jurutera, Wang Ching-hsi, 83, disyaki memberi pil tidur kepada isterinya awal kelmarin dan kemudian membunuhnya. “Mengapa saya melakukannya? Ia ada dalam blog saya,” kata Wang kepada wartawan ketika ditahan oleh polis.

Tulisan bertarikh 5 Disember dalam blog yang dipercayai milik Wang mendedahkan secara terperinci bagaimana isterinnya, Sun, Yuan-ping, 80, sudah putus asa untuk meneruskan kehidupan. Menurut tulisan itu, dia mengalami penyakit Parkinson dan baru-baru ini patah kaki kiri.

“Dia menderita,” kata Wang dalam blognya. Pasangan itu dikatakan mencapai persetujuan 10 tahun lalu untuk ‘mati dalam keadaan tenteram.’ Media memetik Wang sebagai berkata dalam blog itu: “Apabila tiba masanya, saya akan membunuh kamu.” Selepas membunuh isterinya, Wang menelefon polis dan menyerah diri di apartmennya.


(Link)


P/s: Hrmmm, apa pun alasannya, Zura tetap rasa dia tak patut bunuh isterinya. Titik!

6 Sweet Roses!:

HUHUHU.. mengapakah!!!!!!!!! dunia..duniaaaa

@Yats~Dia bilang gara2 kasihan, huhuhuhu, nda patutlah!

@Kila~Tak taulah apa hukuman dia ni nanti, siap post dalam blog lagi, yang dia nak bunuh wife dia, ish ish ish.

@Nonoi~Ntahlah, kasihan konon dia bilang, huhuhu.

Kalau ya pun kerana kasihan, kenapa tikam pakai pemutar skru...
I read and watch lots of crime story. Selalu kalau kerana kasihan, dorang bunuh secara hormat bah. Contohnya, kasi makan ubat tidur or let them drink something...

@Sumandak~Hahaha, adeiii memang ko paling manang mandak kalau pasal CSI kan, hehehe, tp betul owh kan, sudah dia kasi makan pil tidur, dia cucuk lagi pakai pemutar skru, mulau.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More