22 December 2010

Pelik! Tikus Berkicau Seperti Burung!


Saintis-saintis Jepun mengumumkan semalam mereka berjaya mencipta tikus yang boleh berkicau seperti burung dalam evolusi kejuruteraan genetik yang diharap dapat membantu merungkai asal usul bahasa manusia suatu hari nanti.

Sekumpulan penyelidik di Universiti Osaka menghasilkan haiwan tersebut menerusi kajian yang dinamakan 'Projek Evolusi Tikus' yang mana mereka menggunakan tikus modifikasi genetik yang cenderung bermutasi.


"Mutasi adalah pencetus evolusi. Kami telah membuat kacukan ke atas tikus modifikasi genetik selama beberapa generasi untuk melihat apa yang akan berlaku," kata ketua penyelidik berkenaan, Arikuni Uchimura. Menurutnya, kelahiran tikus berkicau itu berlaku kerana hukum alam tetapi ciri-ciri berkenaan akan diwarisi oleh generasi akan datang.

Pasukan saintis itu berharap penemuan tersebut dapat memberi petunjuk berhubung bagaimana evolusi bahasa manusia berlaku.

Berita selanjutnya di SINI.


P/s: Hrmmm, kalau ciri2 ni diwarisi generasi tikus akan datang, habislah, tikus pakai bahasa burung sudah, maybe boleh bercinta sama burung kali ni, ekekeke. Cian si tikus. Mutasi ni memang ajaib. Inilah cara kita untuk survive dalam persekitaran ekstrem. Kadang2, mutasi ini ada yang bagus ada yang tak bagus. Silap2 bahan kajian boleh jadi monster. Huhuhu. Takut eh. 
Teringat pula kuliah Genetik masa study dulu, memang best! Tapi susah owh, kakakaa! 

2 Sweet Roses!:

nie cm tikus kt umah c zura nie siak :p.. pandai tikus c zura nie berkicau yea :p

@Mamat~Hahahaha, jahat erk, selalu intip rumah Zura ke ni? Sampai boleh tahu Zura ada simpan tikus ajaib ni, ekekekeke!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More